Posts

Showing posts from March, 2019
WAYTHAMOORTHY DAN LIABILITI KEPADA PH Lee Kuan Yew seorang yg bijak dan tinggi daya pengamatan juga boleh buat silap . Dia mengambil Lim Chin Siong menjadi anggota PAP kerana LCS berpendidikan sekolah Cina yg berkiblatkan kpd China Komunis . Taat setianya kpd China dan bukan kpd Singapura . Harapan Lee ialah utk menarik pengundi berpendidikan Cina utk mengundi PAP . Dalam bahasa mudahnya ialah Lee nak kejar kuasa sehingga terlepas pandang pengaruh komunis sedang meresapi PAP menerusi Lim Chin Siong . Kesilapan y g sama juga di lakukan oleh Sukarno di Indonesia . Harganya amat mahal sekali iatu peristiwa lubang buaya iatu pembunuhan beramai2 Jeneral TNI .Dalam isu Lee pula nasib baik ia cepat di sedari . Lim Chin Siong , seorang komunis dan seorang pemimpin berpendidikan Cina yg rasis , mengakhiri karier politiknya di penjara , dgn peranan utama penahanannya di mainkan oleh Lee . Dia membawa Lim Chin Siong ke dalam PAP , memberikannya peluang menjadi pemimpin dan Lee juga menama
BERJUANGLAH DGN CARA NABI MUHAMMAD Bagaimanakah Nabi Muhammad berjaya memperolehi sokongan dari seluruh umat manusia dari pelbagai latarbelakang ? Adakah Baginda berdakwah dgn mengatakan Kabilah Quraisy itu betul dan kabilah Arab yg lain itu salah ? Adakah Baginda berdakwah dgn mengatakan bangsa Arab itu betul dan bangsa Parsi itu salah ? Sudah tentu tidak . Nabi Muhammad berdakwah di atas prinsip apa yg betul dan apa yg salah . Bukannya di atas prinsip siapa yg betul dan siapa yg salah . Oleh itu umat manusi a melihat Baginda bercakap perkara yg benar secara universal dan hakiki , bukan hanya benar bagi kaumnya sahaja . Ia melembutkan hati semua bangsa di dunia ini utk mempercayainya dan menjadi pengikut Saya sedar yg like posting saya bukan semuanya penyokong kerajaan , tetapi juga penyokong pembangkang ( Umno ) . Bukan bermakna mereka hendak u - turn , tetapi mereka faham prinsip tulisan saya . Hendak u- turn adalah kuasa Allah , kerana hanya Dia yg berkuasa memegang hati ma
VSS UTUSAN MELAYU Lagi 5 hari VSS Utusan Melayu . Seramai 800 pekerja akan meninggalkan syarikat . Sebagai ' bekas " saya turut merasa sebaknya . Adakah Saad di Utusan Melayu Johor Bahru juga menerimanya ? Saad adalah sahabat saya di Utusan . Dia lebih dari seorang sahabat . Bila ada konflik rumahtangga saya akan makan minum dan tidur di rumahnya . Bila waktu pagi dia akan menumpang kereta saya ke pejabat Utusan di Jalan Serampang . Saad tidak ada kereta atau motor Itu dahulu . Sekarang saya  kembali ke hometown di Shah Alam . Bulan Julai yg lalu saya balik ke JB . Saad telah pun membeli kereta . Malam itu saya tidur di rumahnya . Esoknya dia tumpang kereta saya ke pejabat Utusan . Saya sengaja minta dia jgn bawa keretanya . Sengaja.....utk mengingati hari2 yg telah berlalu di JB . Tetapi sekiranya Saad juga telah mengambil VSS , nampaknya saya tiada sesiapa lagi di sana . Dia ada beritahu saya jika dia ambil VSS , mungkin akan pulang ke kampungnya di Parit Buntar . Mak
PORTAL UNTUK CYTRO  Mungkin anda fikir apa yg saya buat cukup bagus . Mengkritik secara terus terang Menteri PH . Namun sebenarnya saya katakan tiada apa yg bagus pun . Pada yg berkenaan posting tersebut tidak beri kesan apa2 . Komen dua dozen . Like 10 dozen . Sedangkan Media Sosial di huni oleh lebih 15 juta akaun Begitulah cara mereka menilai . Jika sekadar 5000 rakan dan 640 pengikut , abaikan sajalah . Bunyi nyamuk lebih kuat dari itu . Well , sekarang mungkin anda lebih memahami mengapa k ita ini ( cytro yg sehaluan dgn saya dan anda2 semua ) yg tiada pangkat Dato , Tan Sri , tiada berjuta wang dalam bank , harus bersatu utk menubuhkan sebuah portal khas agar suara kita akan lebih di dengari Sebelum ini saya fikir Cytro2 PH boleh menulis secara terselaras . Hari ini saya sedar bahawa itu adalah ' mission imposible ' . Kenaifan menyebabkan ada yg berfikir semua Cytro PH adalah sukarela tanpa berbayar . Realitinya tidak lah begitu . Masing2 ada masalah tersendiri
KONVENSYEN CYTRO  Pembangkang mendakwa PM tidak dapat mengawal Menteri2nya . Mereka juga mendakwa PH tiada komunikasi berpusat . Saya seperti bersetuju dalam perkara ini . Kita harus faham mengapa Tun tidak boleh mencengkam kuat para Menteri2nya . Tetapi kita sebagai Cytro boleh mencengkam kuat semua Menteri2 ini jika kita bersatu hati . Tiada sebarang implikasi yg buruk kepada kerajaan . Tidak mungkin ada Parti yg sanggup bercerai dari PH gara2 serangan hebat dari Cytro . Tetapi jika Tun yg b erbuat demikian , memang tinggi risikonya Yg kita hendak serang ialah Menteri , bukan Parti . Syaratnya jangan lihat serangan itu dalam konteks Parti , tetapi lihat dalam konteks individu . Dalam bahasa mudahnya semua Cytro Bersatu , PKR , DAP , Amanah , Warisan bercakap dalam nada yang sama . Adakah kita boleh ? Jawabnya belum cuba belum tahu . Mungkin kita perlu sebuah konvensyen khas yang menyatukan semua Cytro Parti2 komponen PH . Agendanya mudah sahaja , iatu bagaimana nak melanyak
Tun Maharezza dan saya Semalam saya terima satu panggilan dari seseorang . Agak mengejutkan kerana hampir separuh abad hidup saya tidak ada yg pernah telefon saya utk mengucapkan selamat hari lahir . Dan orang ini bukanlah dari pihak saya ( PH ) tetapi hardcore Umno yg di kenali ramai di fb . Dahulu kami selalu berperang di fb mengenai 1mdb . Kadangkala satu dengan satu , kadangkala di belakang beliau ialah TMX dan gengnajibrazak . Mereka seperti 1 batalion tentera . Sementara saya di bantu oleh   Tajol Ariffin Omar dan Ahmad  Ahmed Redha Abdullah  . Its a bloody fight actually Namun itu dahulu . Lawan paling ketat kini bertukar menjadi sahabat . Kami tidak pernah bertemu tetapi beliau memahami nilai2 saya dari tulisan . Dan beliau menghargai apa yg saya tulis , walaupun berbeza pendapat dan ideologi . Sebenarnya beliau menilai manusia dari sudut Tuhan , bukan dari sudut manusia Manusia kebanyakannya akan menilai manusia lain dari sudut harta dan pangkat . Jika anda seorang
SETAHUN TELAH BERLALU Hari ini bermakna bagi saya  Walaupun di lahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan tetapi saya tidak berasa rendah diri terhadap dunia dan seluruh isinya . Saya tahu tujuan Malaikat Jibril menyebut IQRAQ kepada Nabi dahulu . Sesungguhnya mesej itu besar sekali kpd umat manusia Dgn ilmu manusia tidak perlu bimbang di mana mereka akan di humbankan oleh takdir . Dgn ilmu manusia yg muflis boleh menjadi kaya kembali . Ilmu itu memandu manusia di dalam kegelapan dan penderitaan mereka . Tanpa ilmu manusia yg terhumban dalam takdir yg gelap akan terus meraba2 di dalam kegelapan sepanjang hayat mereka . Untung sabut timbul , sebaliknya ...hidup mereka akan berakhir dalam kesunyian , dalam kemiskinan , dalam kehinaan Saya melakukan perkara yg hampir sama setiap hari utk hidup . Saya sedar ini bukanlah apa yg sepatutnya yg Tuhan mahu saya lakukan . Saya akan di lihat sebagai suatu pembaziran olehNya kerana seolah2 tidak menggunakan apa yg telah di anugerahk
TIPS UNTUK YB MAZLEE Saya beri tips kpd YB Mazlee mengenai apa yg penting kpd rakyat . Jatidiri amat penting kpd pelajar sekolah . Mereka yg kena lambung2 depan kamera sebab dapat 10A dalam SPM tu belum tentu ada jatidiri yg hebat dalam diri mereka . Setakat menghafal Pak Pandir pun boleh menghafal dan dapat 10A jika mereka bersungguh2 mencuba Mereka yg kena lambung ini bila keluar negara dan jumpa Mat Salleh , jiwa mereka dah jadi lain . Pakaian pun jadi lain . Cara bercakap dan menyatakan pend apat pun dah jadi lain . Senang cakap kalau boleh segala2nya dalam hidup mereka mesti ada unsur Mat Salleh . Mungkin malu nak hidup cara orang Melayu . Agama Islam dah lama padam dari dalam jiwa . Setiap perkara yg di tulis dalam kitab mesti di bahaskan terlebih dahulu . Pukul anak tidak boleh . Semua manusia lelaki dan wanita mesti samarata . Semua agama itu sama .Seolah2nya apa yg di tulis dalam kitab itu adalah suatu perbincangan yg perlu terus di bahaskan . Walaupun telah di nyata
TIADA LAGI INSENTIF DARI TUN Tiada lagi insentif . Dr M mahu rakyat bekerja . Hukumnya sama seperti penawaran dan permintaan . Jika penawaran lebih dan permintaan kurang , harga akan turun . Sama juga jika manusia di sogok dgn banyak keselesaan hidup , sifat mereka akan layu . Sebaliknya kesukaran dan cabaran menjadikan manusia itu kreatif , gagah dan hebat . Bandingkan Tanah Melayu dgn Pulau Jepun . Bandingkan pula dgn pengalaman para cowboy AS yg merantau dari Pantai Timur negara tersebut ke Californ ia sekitar tahun 1848 dahulu . Pulau Jepun yg selalu di timpa bencana alam melahirkan bangsa yg gagah lagi kreatif . Begitu juga para cowboy yg terpaksa bertarung dgn Red Indian , padang pasir serta angin puting beliung sebelum menemui lombong emas . Itulah bangsa Amerika Syarikat pada hari ini . Gagah dan kreatif . Bagaimana pula sifat orang Melayu di Tanah Melayu ? Tanah yg hampir2 tiada bencana alam , puting beliung besar2an dan Tsunami ? Oleh itu benar sangatlah maksud tersir
MUJAHID DENGAN PERJUANGAN ' KEWANITAANNYA '  Sampai masanya saya nak belasah seorang Menteri Amanah ni cukup2 . Dulu sekali dia dah buat kenyataan tanpa akal yg panjang . Kali ini dia kata nak kenakan sekatan bank ke atas bekas suami yg liat bayar nafkah ? Adakah dia sudah buat kajian mendalam mengapa perkara ini berlaku ? Adakah dia cuba buat dialog terlebih dahulu dgn pihak2 yg memahami isu ini ? Adakah dia sedar betapa banyaknya perintah Mahkamah Syariah yg tidak di laksanakan dgn sempurna ? Perintah yg memberi hak  kpd bekas suami utk bersama anak2 tetapi di nafikan oleh bekas isteri ? Adakah dia tahu berapa ramai bekas suami yg tidak mampu mengupah peguam bagi menegakkan hak mereka yg telah di putuskan Mahkamah Syariah ? Adakah dia tahu dan dia sedar majoriti manusia waras akan beri nafkah anak kpd bekas isteri kerana manusia yg waras ada sifat penyayang terhadap anak2 mereka ? Adakah dia tahu mengapa pula manusia waras enggan beri nafkah anak kpd bekas isteri mereka
HENDAK JADI TUAN ? Saya tidak akan tulis siapa tuan di Tanah Melayu ini . Pada hemat saya jika anda boleh menjadi tuan kepada diri sendiri di atas dunia ini , maka anda boleh menjadi tuan kepada semua tempat yang anda pilih untuk hidup . Malangnya ada ramai manusia yg mengaku dia lah tuan kepada sesuatu , namun itu cuma sekadar tuan pada kulit sahaja . Tetapi isi di dalam ialah penuh dgn unsur hamba dan kuli  . Menjadi kuli kpd hawa nafsu , menjadi kuli kpd isteri , menjadi kuli kepada wang dan  kemewahan , menjadi kuli kepada manusia yg kaya raya , menjadi kuli kepada manusia yg ada kuasa . Dan mereka masih berfikir diri mereka adalah tuan .  Semua perkara yg telah di sebut di atas adalah penyebab kepada hilangnya kuasa orang Melayu ke atas tanah air mereka kepada bangsa yg benar2 menjadi tuan kepada diri mereka sendiri , isi dan kulit , luar dan dalam . Bangsa ini berjaya menjadikan Raja mereka sebagai Raja Perlembagaan bukan hanya di atas kertas , tetapi benar2 di amal
Image
Isu Ketuanan Melayu  Pada suatu hari Munsyi Abdullah di minta oleh Stamford Raffles untuk membuka sepucuk surat dari Raja Mongkut , Siam . Munsyi agak kehairanan apabila melihat empat bucu surat tersebut di lipat dengan sengaja . Munsyi bertanya kepada Raffles mengapa 4 bucu surat tersebut berlipat . Raffles menjawab dgn senyuman....Raja Siam cuba memberi isyarat kepada saya bahawa Siam menguasai dan menjadi tuan kepada dunia ini dari Barat membawa ke Timur dan  dari Utara membawa ke Selatan , ujarnya . Tetapi menurut Raffles itu cumalah angan2 Raja Siam yg telah lama ingin menjadikan seluruh Tanah Melayu ini sebagai wilayahnya . Raja Siam mahu menjadikan seluruh orang Melayu menyembahnya sebagai Raja mereka yg satu . Tetapi sejarah akhirnya membuktikan ketuanan Siam cuma angan2 di atas surat berbucu empat yg di lipat . Pada tahun 1826 , Siam di halau selama2nya keluar dari Perak oleh Inggeris menerusi Perjanjian Burney . Inggeris tidak perlu menghantar surat yg keempat
Mengapa Zahid Harus di Hukum ? Mengapa Zahid harus di hukum ? Kerana TIGA sebab .Pertama ialah menyokong perpecahan Melayu kerana tidak mahu bertindak ke atas kebatilan yg di bawakan oleh Najib Razak sebelum 9 Mei . Walhal peranan beliau boleh mengubah sejarah Umno dan juga BN .  Yg kedua ialah beliau merupakan penyebab kepada kebanjiran pekerja asing di negara ini . Beliau memberikan terlalu banyak muka kpd golongan kapitalis yg terlalu tamak haloba sehingga membiarkan pam minyak yg seharusnya menjadi sumber rezeki kpd golongan pelajar dan golongan warga pencen di banjiri pekerja asing .  Yg ketiga ialah sikap dendamnya terhadap Tun Mahathir sehingga tergamak menghina keturunan negarawan yg berjasa itu di khalayak ramai .Beliau tak perlu berbuih mulut utk menafikannya kerana rakyat bukan buduh seperti yg di sangka olehnya ! - Rayyan Adam -
Budaya Kerja di Syarikat Melayu Suatu masa dahulu ketika bertugas dgn Utusan Melayu ada seorang pegawai baru masuk kerja . Dia dari lulusan Universiti luarnegara . Dalam hati saya berkata ...mengapalah tidak pilih syarikat multi nasional sebagai tempat mencari rezeki ? Di sini bukan tempatnya . Bagi anda yg ada pengalaman bekerja di sebuah syarikat milik Melayu dan semua pekerjanya juga Melayu , pasti sedar bahawa tiada ruang utk mencapai potensi maksima di dalam diri . Jika rajin beri idea , beri pandanga n atau dalam ertikata lain seperti nak tunjuk pandai , maka tidak lama lah jangkahayat anda di situ . Kebanyakannya akan di tukarkan ke tempat lain . Alasan tersurat ialah pertukaran biasa . Yang tersirat ialah ......suruh berhenti ! Namun ada sebuah syarikat yg saya kagumi di Johor Bahru . Setiap kali saya hantar kereta untuk servis di situ , saya selalu perhatikan cara staf nya bekerja . Mereka adalah pekerja yg melakukan lebih dari yg di suruh . Mereka benar2 prihatin d
Pampasan Perang Oleh Sultan Perak  Ngah Ibrahim mengikut sejarahnya memiliki aset sebanyak RM 6 juta pada tahun 1867 hasil perusahaan bijihtimah , tebu dan kopi . Nilai RM6 juta pada hari ini ialah RM 600 juta . Beliau di berikan hak memungut cukai oleh Sultan kerana jasanya . Ngah Ibrahim telah membantu Sultan Perak membayar gantirugi sebanyak RM17 ribu ( hari ini RM 1.7 juta ) yg di tuntut oleh puak Ghee Hin akibat dari Perang Larut pertama 1861 - 1862 . Sultan tidak mampu membayar jumlah yg di tuntut . Hari  ini kita yang hidup tertanya2 , bagaimanakah sebuah puak kongsi gelap boleh menuntut gantirugi dari sebuah kerajaan ? Walhal mereka cuma menumpang dan Ngah Ibrahim lah tokoh yg bertanggungjawab membawa ramai orang2 Cina masuk ke Perak utk bekerja di lombong bijihtimahnya . Hari ini ibaratnya seperti kumpulan gangster Geng Mamak menuntut sejumlah wang dari kerajaan sebagai gantirugi Maka apabila pemerintah tidak berdaya menjadi penanggung kpd kuasa yg di berikan kpd me
Pursuit Of Happyines Ini ialah Chris Gardner . Dia adalah pemilik sebuah firma kewangan di Wall Street . Pernah bercerai pada tahun 80an . Selepas bercerai dia di pecat dari firma kewangan Bear Stearns . Dia hidup sebagai gelandangan dgn anak lelakinya di tepi jalan Mengemis makanan dari pusat kebajikan .Hidupnya benar2 musnah . Tetapi dia bangun semula . Dia ingat kata2 Dr Martin Luther King . Kepercayaan akan mendapatkan perkara yg kita impikan . Siapa sangka dia berjaya menjadi jutawan dgn f irma kewangannya sendiri ? . Ketika Bear Stearns jatuh sewaktu krisis kewangan 2008 dan di ambil alih oleh JP Morgan , Chris Gardner masih utuh tanpa terjejas . Kisahnya di filemkan dgn tajuk ' Pursuit of Happines ' , dgn wataknya di lakonkan oleh Will Smith ( boleh tonton di youtube ) . Chris Gardner adalah sumber inspirasi bagi saya . Dan bukan setakat itu , dia sepatutnya menjadi inspirasi kpd orang Melayu yg kaya dgn rasa rendah diri . Chris Gardner berter
Wan Azizah Harus Berundur  Ini adalah posting terakhir saya mengenai isu keluarga Anwar . Saya sedar ada yg merasa tidak selesa dgn isu ini . Namun secara jujur saya katakan bahawa tulisan2 sebelum ini bukan kerana saya hardcore Bersatu , tetapi demi negara dan demi Pakatan Harapan . Demi negara ? Ya , kebimbangan mengenai usia Tun . Seorang TPM harus lebih agresif membantu PM . Rancak ke sana kemari . Bersalam dan bermesra tanpa rasa kekok dan terbatas . Watak ini adalah untuk seorang lelaki . Seora ng pemimpin yg berwibawa . Bayangannya ialah susuk tubuh Anwar itu sendiri , dan bukan isterinya . Tetapi apabila dia menyatakan Wan Azizah akan letak jawatan hanya selepas dia jadi PM , itulah yg menjadi isu dan kebimbangannya di sini . Bila Anwar akan jadi PM ? Lagi dua tahun ? Apa boleh terjadi dalam tempoh dua tahun kpd negara dgn WA memegang jawatan TPM ? Tidakkah ini memberi kesan besar kpd kemajuan negara ? Biar kita bercakap berterus terang sahaja di sini tanpa berbelit2
Menaiktaraf Cybertrooper PH kepada 2.0 Telah sampai waktunya Parti campurtangan untuk membantu facebooker2 bebas yg menyokong kerajaan di Media Sosial . Mereka tidak boleh lagi di biarkan terkontang kanting secara sendirian bagi membantu mendapatkan sokongan kepada kerajaan Penulis mencadangkan beberapa perkara , * Membantu fbookers membina blog mereka sendiri dgn tujuan strategik . Ia akan mengumpulkan segala posting2 mereka secara sistematik ke dalam sebuah blog agar mudah di baca oleh pengikut . Pengkelasan antara posting biasa dan artikel . Yg paling baru dan yg paling lama . Fbookers di beri pilihan samada untuk membina blog mereka sendiri atau hanya menyerahkan tugas membina dan update blog mereka kpd admin di ibupejabat . Di sini penulis mencadangkan Parti mengwujudkan Unit Blog di ibupejabat bagi tujuan ini * Unit blogger akan membantu fbookers mendaftarkan blog mereka dgn program2 yg boleh memberi pendapatan hasil dari traffic yg di jana dari pembaca . Contohnya pro
Pengajaran Dari Ulasan Tun di YKP Semalam 18 Julai 2018 , penulis berpeluang bertemu dgn rakan2 sejawat di Yayasan Kepimpinan Perdana . Gembira kerana dapat mengenali mereka dgn lebih dekat . Sedih kerana mengenangkan rakan2 di Media Sosial yg tidak hadir bersama2 di YKP semalam . Semoga masa akan mempertemukan kita semua , samada di kedai kopi dan di doa kan sekali lagi di YKP Dalam sesi soal jawab sebelum makan , timbul satu soalan yg di tanya kepada Tun . Ia mengenai cadangan agar kerajaan mula mengawal media cetak dan elektronik yg jelas saban hari memihak lapuran mereka kepada pembangkang dgn cara yg salah . Iatu cenderung menyembunyikan fakta sebenar tetapi lebih mempromosikan perkara2 yg bersifat rekaan dan di perbesar2kan dgn niat memburukkan kerajaan Pakatan Harapan Apa jawab Tun ? Oh tidak . Kita tidak akan menyekat apa2 . Dan kerana itulah yg membezakan kita ( PH ) dan BN . Malahan Tun suka Najib buka mulut . Sebabnya akan terserlah lah sifat Najib yg sebenar apabil
Majlis Cybertrooper Pakatan Harapan Semalam saya buat posting kritik Anwar Ibrahim . Ada seorang penyokong tegar PKR buat komen protes di wall saya . Dia juga sebelum ini seorang yg selallu komen menyokong apa yg saya post , tetapi semalam ia berbeza . Saya fikir dia tidak akan komen apa2 lagi di wall saya setelah kritikan keras terhadap idolanya Ianya merugikan PH . Bunga2 perpecahan jangkapanjang . Mungkin hari ini setakat kritikan , tapi siapa tahu 6 bulan ke depan . Mun gkin penyokong kedua belah pihak akan benar2 bergaduh . Ini cuma berpunca dari salah faham yg di mulakan oleh SEORANG pemimpin Adalah lebih baik jika pemimpin mengambil tahu masalah Cytro di Media Sosial akibat tindakan mereka . Adalah juga elok jika dalam masa yg sama pemimpin juga boleh memaklumkan kepada Cytro apa yg mereka mahu di Media Sosial . Maksudnya penyelarasan . Jangan ada Cytro PPBM tulis lain , Cytro PKR tulis lain , begitu juga Amanah dan DAP Oleh itu di sini saya mencadangkan agar pemimpi
Manusia Yg Tidak Pernah Belajar Dari Kesilapan Pembangkang masih tiada think tank yg benar2 berwibawa . Semasa jadi kerajaan , think tank mereka pandu sampai masuk longkang . Selagi akal mereka tidak membisikkan bahawa rakyat memilih berdasar kepada suatu kepercayaan bahawa pihak yg di pilih memiliki integriti dan kejujuran , bukan kepada dasar2 , janji2 atau tindakan pihak yg di pilih atau yg sedang memerintah Maksudnya di sini , selagi rakyat yakin dan percaya pihak yg me reka pilih sedang berusaha memulihkan negara berdasarkan kepada prinsip integriti dan kejujuran , mereka tidak peduli samada harga minyak tidak di turunkan sehingga hari kiamat , mereka tidak peduli samada tol tidak di hapuskan dalam tempoh terdekat , mereka tidak peduli harga barangan melambung dalam tempoh sementara , mereka tidak peduli dgn tuntutan2 dari puak2 seperti Hindraf kerana kepercayaan mereka terhadap ketua kerajaan . Apa juga hasutan dan usaha memperbodohkan rakyat dari pembangkang , hanya me
Kebodohan Yg Tidak Boleh di Maafkan Kaum Cina sebuah bangsa yang praktikal dan bertamadun . Nabi Muhammad pun pernah kaitkan bangsa China dgn ketamadunan dan ilmu . Penghormatan dan sokongan oleh bangsa China terhadap bangsa lain adalah suatu pengiktirafan kepada bangsa tersebut . Bangsa China di Hong Kong dan Singapura pernah dan masih menghormati dan kagum dengan Inggeris . Mereka ada sejarah yang panjang berkaitan rasa terhutang budi dengan Inggeris . Dan sebenarnya mereka  tunduk dengan kehebatan bangsa tersebut . Apabila kaum Cina mula menunjukkan rasa kagum mereka kepada seseorang individu , itu bermakna suatu penghormatan yg tinggi telah di berikan kepada individu tersebut . Ia sebenarnya pengiktirafan yang sama nilai dengan apa yang pernah mereka berikan kepada bangsa bertaraf dunia . Tan Sri Run Run Shaw pernah memberikan penghormatan yang tinggi kepada allahyarham Tan Sri P.Ramlee di Singapura suatu ketika dahulu . Ini menunjukkan kaum Cina tidak akan berasa segan u
Sedikit catatan sejarah penipuan pilihanraya Presiden Marcos menang pilihanraya Filipina tetapi penuh dengan penipuan . Tetapi apabila tiba pada kuasa rakyat , Parlimen , Perlembagaan atau undang2 pun tidak boleh melindungi Marcos . Rakyat lah yang sebenarnya berada di atas semua kuasa yang wujud dalam sesebuah negara . Rakyat memberontak dan tidak mengiktiraf kemenangan tersebut . Marcos di nyahkan keluar dengan hina dari tanah tumpah darahnya . Jika Allah boleh melakukan nya kepada Marcos , mengapa Allah tidak boleh melakukannya pada yang lain ? Suharto Mei 1998 ? Kuasa mahkamah atau kuasa Parlimen yang memaksa dia meletak jawatan ? Atau kuasa rakyat yg melumpuhkan seluruh Jakarta . Ada lagi senarai panjang berkaitan kuasa rakyat sejak seribu tahun lepas di Great Britain , Perancis , Rusia.....panjang senarainya . Iqraq , maka bacalah sejarah dan ianya pengajaran bagi manusia berakal Namun begitu , rakyat yang bertamadun tetap akan waras dan memilih cara aman untuk menegakk
Jangan Pangkah Parti Tidak Waras Mengapa mahu pangkah Parti tidak waras , dan tidak mengiktiraf sumbangan pemimpin terdahulu ? Mereka berkata2 mengenai MRT , mengenai lebuhraya , mengenai bangunan pencakar langit . Siapakah pengasas Malaysia moden ? Adakah waras manusia hari ini yang bercakap mengenai asal usul telefon tanpa menyebut nama Alexander Graham Bell ? Adakah waras bercakap mengenai sejarah lampu elektrik tanpa menyentuh nama Thomas Edison ? Tetapi kerajaan BN di  bawah Najib Razak sudah hilang kewarasannya dengan cuba memadamkan nama Dr Mahathir dari apa yang telah di asaskannya untuk negara ini . Apabila mereka sebut KLCC , mereka berkata tiada peniaga Melayu boleh berniaga di situ . Adakah itu salah Dr Mahathir ? Adakah projek2 hebat di bawah Najib Razak di JAMIN akan ada peniaga Melayu yang mampu buka kedai di situ . Hakikatnya dalam perkara ini projek2 Najib Razak masih di peringkat roh dan bayangan . Di mana bangunan pencakar langit yang di bina oleh Najib Raz
Islam Apa Yg Mengajar Takut Manusia ? Islam jenis apa yang mengajar manusia takut kepada DAP ? Islam cuma mengajar hanya Allah saja yang perlu di takuti . Takut kepada sesama manusia itu menunjukkan Islam cuma di mulut . Tetapi kelakuan dan perangai mereka kadangkala seperti manusia tidak ada agama . Tiada keikhlasan dalam perjuangan .Bila di ketepikan mereka bertukar dari keldai yang dungu kepada serigala yang garang . Menyerang dengan ganas tuannya Berkali2 di ingatkan  DAP itu ahlinya adalah manusia , sama spesies seperti Melayu . Mereka bukan manusia pelik yang ada keistimewaan macam dalam filem Hollywood . Boleh musnahkan itu dan ini . Boleh keluar api dari dalam mulut . Boleh pukau minda 175 ahli Parlimen Melayu Islam untuk ikut telunjuk mereka Oleh itu mengapa nak takut dengan DAP ? Apa mereka boleh buat dengan 175 ahli Parlimen Melayu Islam Pakatan Harapan sekiranya Putrajaya bertukar milik ? Mereka cuma MINORITI dalam Parlimen . Jangan takut dgn cakap2 satu atau dua
Layak kah Mereka Memperjuangkan Agama ? Syarat pertama diri sendiri mesti wujud sifat2 yang di kehendaki oleh agama untuk menjadi pemimpin . Seterusnya baru bercakap mengenai agama . Dan mereka harus bercakap menerusi empat sifat yang perlu ada pada mereka . Sifat Benar ( siddiq ) . Jika ada keraguan dan isu , sila bercuti untuk memberikan ruang kepada pihak berkuasa menyiasat . Sifat Amanah adalah memastikan semua urusan adalah telus dan berjalan tanpa penyelewengan . Seba gai contoh ialah wang derma kepada parti politik mesti di guna untuk tujuan dan urusan parti , bukannya untuk tujuan peribadi . Sifat Tabligh atau menyampaikan ( komunikasi ) . Menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan berkesan dan menyakinkan . Setiap isu yang timbul mesti di terangkan kepada rakyat dengan kadar segera untuk mengelak fitnah dan spekulasi . Bukan cari dalih dan alasan untuk mengelak dari menjawab . Sebagai contoh membiarkan pihak lawan membawa sesuatu isu ke mahkamah dan seterusnya ia di
Pejuang atau Penjual Agama ? Selepas di gunakan dalam video live untuk memburuk2kan pihak lawan , orang ini di gunakan pula untuk menyebarkan sentimen agama ketika menjelang hari pengundian . Samada ia di lakukan secara berseorangan atau cuma menjadi alat perantara kepada pihak lain , ia adalah perbuatan yang keji . Mengapi2kan manusia demi mendapat sokongan adalah amat keji lagi hina Mengapa mereka bercakap mengenai agama di waktu tarikh pengundian semakin hampir ? Adaka h sebelum ini mereka benar2 sayang dgn agama mereka ? Adakah mereka benar2 patuh dan taat dgn agama mereka ? Jika mereka benar2 taat dgn agama , mengapa mereka tetap menyokong kebatilan di dalam negara ini ? Mengapa mereka suka mencarut dan biadab ? Mengapa mereka suka mengaibkan orang lain ? Mengapa mereka suka mencela orang lain ? Mengapa mereka suka menfitnah ? Adakah ini yang di ajar oleh agama kepada mereka ? Sekali lagi di soal , benarkah mereka yang membuka cerita mengenai agama menjelang hari pengu
Allah Tidak Pernah Silap Termangu seketika melihat posting2 ' budak2 Tadika ' penyokong Umno , dalam keadaan bahtera mereka nak karam . Mereka seolah2 tidak sedar implikasi sebenar sekiranya Umno di bubarkan menjelang 9 Mei ini . Mereka di suruh percaya bulat2 dengan surat dari Setiausaha Agung Umno yang membawakan mesej ' Everything Is Okay ' . Mereka berpendapat surat itu adalah keputusan mahkamah . Malahan mereka juga mungkin berpendapat , sekiranya Umno di haramkan , kesannya sama seperti 1988 . Haram dan buat semula . Namun demikian , itu adalah ketika pilihanraya masih jauh . Tetapi hari ini , ceritanya amat berbeza Penulis selalu percaya Allah tidak pernah silap . Tetapi Nabi sendiri pun pernah silap . Nabi Musa tersilap tafsir dgn setiap tindakan Nabi Khidir . Tetapi akhirnya Nabi Musa sedar itu sebenarnya adalah tindakan Allah Golongan nasionalisme buat silap dgn menyatakan bangsa kulit putih menindas kaum Red Indian Amerika . Tetapi ahli falsafah meny
Mentaliti Melayu Yang Sukar Berubah Jika di ikut kan mentaliti kedaerahan , penulis sepatutnya menjadi penyokong tegar Dato Seri Zahid Hamidi . Kami berasal dari tempat yang sama di Perak .Tempat yang ada Beting Beras Basah . Sebuah tempat yang tidak jauh dari pulau2 peranginan seperti Pulau Pangkor dan Pulau Sembilan yang cantik pasirnya . Anak saudara beliau adalah rakan ' senakalan ' penulis semasa remaja . Kami duduk menyewa ramai2 di rumah yang sama bersama2 rakan2 lain  yang datang dari tempat yang sama . Kami selalu makan mee goreng ramai2 di kaki lima restoran mamak pada pukul 5 petang sebagai strategi mengurat perempuan yang baru pulang dari kerja . Itu semua kenangan awal 90an . Perkara2 seperti ini sepatutnya boleh menarik sokongan padu dari penulis kepada beliau . Kebanyakan manusia di atas dunia ini berasa bangga jika seseorang pemimpin atau orang2 terkenal itu datang dari asal usul yang sama dengannya . Tetapi itu juga faktor yang bakal menjadikan du