Tun Maharezza dan saya

Semalam saya terima satu panggilan dari seseorang . Agak mengejutkan kerana hampir separuh abad hidup saya tidak ada yg pernah telefon saya utk mengucapkan selamat hari lahir . Dan orang ini bukanlah dari pihak saya ( PH ) tetapi hardcore Umno yg di kenali ramai di fb .
Dahulu kami selalu berperang di fb mengenai 1mdb . Kadangkala satu dengan satu , kadangkala di belakang beliau ialah TMX dan gengnajibrazak . Mereka seperti 1 batalion tentera . Sementara saya di bantu oleh Tajol Ariffin Omardan Ahmad Ahmed Redha Abdullah . Its a bloody fight actually
Namun itu dahulu . Lawan paling ketat kini bertukar menjadi sahabat . Kami tidak pernah bertemu tetapi beliau memahami nilai2 saya dari tulisan . Dan beliau menghargai apa yg saya tulis , walaupun berbeza pendapat dan ideologi . Sebenarnya beliau menilai manusia dari sudut Tuhan , bukan dari sudut manusia
Manusia kebanyakannya akan menilai manusia lain dari sudut harta dan pangkat . Jika anda seorang nobody datang berjumpa dgn seseorang yg ada gelaran , pangkat atau bergelar jutawan , sila perhatikan cara dia melayan anda . Adakah dia pendengar yg baik ? Adakah dia mencelah dan memotong percakapan anda ? Berapa lama masa dia bercakap dalam pertemuan itu berbanding masa anda bercakap ? Adakah dia membelek2 telefon bimbitnya dan langsung tidak melihat wajah anda ketika anda sedang bercakap ?
Ini jawapannya yg berlaku dalam majoriti pertemuan dgn manusia yg menilai manusia lain bukan dari sudut ketuhanan . Anda akan di layan seperti acuh tidak acuh sahaja oleh mereka . Percakapan anda selalu di ganggu walaupun sebelum itu anda sabar mendengar percakapan beliau yg panjang berjela2 .Nilai anda pada mereka sama seperti harga segelas teh tarik di kedai mamak . Dan ini lah juga yg di gelar golongan KEPARAT oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 90an dahulu . Dia merujuk kpd golongan korporat Melayu yg lupa diri
Namun jika seseorang itu menilai anda dari sudut ketuhanan , anda pasti sedar dia menghargai semua perkara yg telah anda lakukan , walaupun anda tidak pernah ada niat utk minta di hargai atau di kagumi . Walaupun dia tahu dan dia sedar anda bukan sesiapa dan tidak berharta . Dia tahu anda lakukan semua itu kerana Allah , kerana bangsa agama dan negara . Tidak semestinya orang2 yg menghargai anda itu adalah seorang ustaz . Dia mungkin di anggap negatif oleh manusia lain . Tetapi hakikatnya penilaian manusia itu tidak pernah sama dgn penilaian Allah .
Manusia yg kita lihat jahat itu belum tentu sebenarnya jahat dan manusia yg kita lihat baik itu belum tentu sebenarnya baik . Hanya DUA perkara saja kita boleh mengetahui hakikat diri seseorang itu . Pertama ialah kenali dan berkawan dgnnya dalam tempoh yg lama . Kedua ialah Tuhan . Hanya Pencipta yg tahu siapa sebenarnya diri kita , sama ada hakikat syaitan atau hakikat Malaikat !
Suatu hari nanti saya akan perkenalkan tokoh ini di wall saya . Insyaallah
Selamat menyambut hari Maulidur Rasul
- Rayyan Adam -

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY