SETAHUN TELAH BERLALU

Hari ini bermakna bagi saya 

Walaupun di lahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan tetapi saya tidak berasa rendah diri terhadap dunia dan seluruh isinya . Saya tahu tujuan Malaikat Jibril menyebut IQRAQ kepada Nabi dahulu . Sesungguhnya mesej itu besar sekali kpd umat manusia
Dgn ilmu manusia tidak perlu bimbang di mana mereka akan di humbankan oleh takdir . Dgn ilmu manusia yg muflis boleh menjadi kaya kembali . Ilmu itu memandu manusia di dalam kegelapan dan penderitaan mereka . Tanpa ilmu manusia yg terhumban dalam takdir yg gelap akan terus meraba2 di dalam kegelapan sepanjang hayat mereka . Untung sabut timbul , sebaliknya ...hidup mereka akan berakhir dalam kesunyian , dalam kemiskinan , dalam kehinaan
Saya melakukan perkara yg hampir sama setiap hari utk hidup . Saya sedar ini bukanlah apa yg sepatutnya yg Tuhan mahu saya lakukan . Saya akan di lihat sebagai suatu pembaziran olehNya kerana seolah2 tidak menggunakan apa yg telah di anugerahkanNya ketika saya masih di alam roh dahulu . Tetapi saya telah mula berubah dan menyedari hakikat ini bermula dari awal tahun 2018 . Hampir setiap hari saya menulis dan menulis . Di waktu makan saya menulis . Di waktu rehat saya menulis . Di waktu tidur pun saya menulis di dalam mimpi . Saya menulis kerana suatu tujuan yg amat penting kpd bangsa agama dan negara
Semakin hari saya menulis hati saya semakin tenang . Seolah2 Allah telah redha dgn apa yg saya lakukan . Mensyukuri dan menggunakan segala nikmat anugerahNya kpd saya . Maka mudah2an saya tidak akan di lihat sbg satu lagi pembaziran olehNya . Malahan saya , pada ulangtahun kelahiran iatu 19 November , akan berazam pergi lebih jauh lagi dalam usaha utk mendapatkan keredhaanNya . Semoga Allah membantu saya dan kita semua utk mereliasasikan program penubuhan Portal utk ahli2 dan Cytro Bersatu khususnya , dan Pakatan Harapan amnya
Sekian sahaja ucapan ulangtahun kelahiran dari saya . Terimakasih
- Rayyan Adam -

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY