Mentaliti Melayu Yang Sukar Berubah

Jika di ikut kan mentaliti kedaerahan , penulis sepatutnya menjadi penyokong tegar Dato Seri Zahid Hamidi . Kami berasal dari tempat yang sama di Perak .Tempat yang ada Beting Beras Basah . Sebuah tempat yang tidak jauh dari pulau2 peranginan seperti Pulau Pangkor dan Pulau Sembilan yang cantik pasirnya .
Anak saudara beliau adalah rakan ' senakalan ' penulis semasa remaja . Kami duduk menyewa ramai2 di rumah yang sama bersama2 rakan2 lain yang datang dari tempat yang sama . Kami selalu makan mee goreng ramai2 di kaki lima restoran mamak pada pukul 5 petang sebagai strategi mengurat perempuan yang baru pulang dari kerja . Itu semua kenangan awal 90an .
Perkara2 seperti ini sepatutnya boleh menarik sokongan padu dari penulis kepada beliau . Kebanyakan manusia di atas dunia ini berasa bangga jika seseorang pemimpin atau orang2 terkenal itu datang dari asal usul yang sama dengannya . Tetapi itu juga faktor yang bakal menjadikan dunia ini tidak sempurna
Apabila kita menyokong seorang pemimpin kerana kebolehan dan kejujurannya , itu adalah perkara yang betul . Seandainya pemimpin tersebut datang dari asal usul yang sama , maka itu bonus . Tetapi sekiranya kita menyokong seorang pemimpin itu semata2 kerana dia datang dari asal usul yg sama , tetapi tidak ada kebolehan serta bersubahat dengan pemimpin yang bermasalah , maka itu adalah perkara yang tidak betul
Jika kita teruskan juga niat menyokongnya , janganlah bermimpi untuk menjadi warga kelas dunia . Pemikiran sebegini adalah sempit dan bersifat di bawah tempurung . Ada sesuatu yang tersorok di sudut hati satu perkataan iatu ' kronisme ' . Itulah sebenarnya apa yang boleh terjadi di penghujung hari hasil dari tindakan yang di lakukan
Oleh itu mari kita buangkan sifat kedaerahan dalam diri .Jangan kerana di sebabkan semata2 calon itu pemimpin nombor satu negara dan dia mewakili kawasan kita , maka di pangkah Partinya di peti undi tanpa berfikir panjang . Ingatlah bahawa setiap tindakan kita di atas dunia akan di soal kelak di akhirat
Jangan kata kita kekurangan capaian maklumat di zaman ini . Jangan kata kita tak tahu baca lapuran DOJ dan tak faham bahasa Inggeris , sedangkan Google Translator di hujung jari . Sesal dahulu pendapatan , sesal selepas mati tidak berguna lagi
Selamat Pagi Khamis
Rayyan Adam
19 April 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY