KONVENSYEN CYTRO 

Pembangkang mendakwa PM tidak dapat mengawal Menteri2nya . Mereka juga mendakwa PH tiada komunikasi berpusat . Saya seperti bersetuju dalam perkara ini . Kita harus faham mengapa Tun tidak boleh mencengkam kuat para Menteri2nya . Tetapi kita sebagai Cytro boleh mencengkam kuat semua Menteri2 ini jika kita bersatu hati . Tiada sebarang implikasi yg buruk kepada kerajaan . Tidak mungkin ada Parti yg sanggup bercerai dari PH gara2 serangan hebat dari Cytro . Tetapi jika Tun yg berbuat demikian , memang tinggi risikonya
Yg kita hendak serang ialah Menteri , bukan Parti . Syaratnya jangan lihat serangan itu dalam konteks Parti , tetapi lihat dalam konteks individu . Dalam bahasa mudahnya semua Cytro Bersatu , PKR , DAP , Amanah , Warisan bercakap dalam nada yang sama . Adakah kita boleh ? Jawabnya belum cuba belum tahu . Mungkin kita perlu sebuah konvensyen khas yang menyatukan semua Cytro Parti2 komponen PH . Agendanya mudah sahaja , iatu bagaimana nak melanyak Menteri yg degil dan tidak faham bahasa

- Rayyan Adam - 

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY