Pengajaran Dari Ulasan Tun di YKP

Semalam 18 Julai 2018 , penulis berpeluang bertemu dgn rakan2 sejawat di Yayasan Kepimpinan Perdana . Gembira kerana dapat mengenali mereka dgn lebih dekat . Sedih kerana mengenangkan rakan2 di Media Sosial yg tidak hadir bersama2 di YKP semalam . Semoga masa akan mempertemukan kita semua , samada di kedai kopi dan di doa kan sekali lagi di YKP
Dalam sesi soal jawab sebelum makan , timbul satu soalan yg di tanya kepada Tun . Ia mengenai cadangan agar kerajaan mula mengawal media cetak dan elektronik yg jelas saban hari memihak lapuran mereka kepada pembangkang dgn cara yg salah . Iatu cenderung menyembunyikan fakta sebenar tetapi lebih mempromosikan perkara2 yg bersifat rekaan dan di perbesar2kan dgn niat memburukkan kerajaan Pakatan Harapan
Apa jawab Tun ? Oh tidak . Kita tidak akan menyekat apa2 . Dan kerana itulah yg membezakan kita ( PH ) dan BN . Malahan Tun suka Najib buka mulut . Sebabnya akan terserlah lah sifat Najib yg sebenar apabila beliau buka mulut
Penulis amat bersetuju dgn Tun . Cukup2lah kita sokong entiti yg melawan hukum Tuhan selama puluhan tahun . Khalifah Umar amat patuh dgn hukum Tuhan mengenai kebebasan bersuara oleh manusia . Tetapi Umno dan kabinet ' pasu bunganya ' bersikap dgn cara yg berlawanan . Mereka sekat sedaya yg mampu berita2 bersifat kebenaran hakiki . Tetapi mereka biarkan peha dan dada perempuan menghiasi media2 cetak dan elektronik yg di bawah kawalan mereka
Penulis baru2 ini mencadangkan program Media Sosial bebas . Program ini tidak ada kumpulan , tidak ada ketua dan tidak ada admin . Mereka adalah individu yg bebas menulis apa saja , asalkan niat mereka ikhlas . Maksudnya jika mengkritik biarlah membina dan bukannya sebab ada agenda utk menjatuhkan Parti atau seseorang , demi kepentingan peribadi .
Tulisan mestilah bermatlamat utk kepentingan Parti dan negara . Tulislah apa saja dan penghargaan akan di beri dalam bentuk insentif tunai bagi sekumpulan penulis yg mendapat penghargaan teratas . Ia di beri pada setiap bulan . Oleh itu kita boleh menggalakkan munculnya penulis2 bebas yg menulis dari hati mereka kerana negara . Bukan menulis dari agenda yg di arahkan kpd mereka demi memenuhi survival kehidupan . Itu bezanya antara penulis yg bertugas secara rasmi dgn entiti tertentu dan penulis bebas yg menulis secara individu dan tidak rasmi .
Matlamat program ini ialah utk membantu penulis bebas yg ada semangat seperti Ibrahim Yaakob , Pak Sako , Zaaba , Ahmad Boestamam , Said Zahari dan Dr Mahathir sendiri . Mereka ini semua menulis dari hati utk negara mereka . Tidak di lupakan juga Dato Onn Jaafar yg terpaksa menjadi nelayan di Siglap semata2 kerana prinsip perjuangannya . Manusia yg sanggup susah kerana mereka menulis dan berjuang dari hati , adalah manusia yg amat berprinsip dan teguh pendirian mereka .
Oleh itu apa salahnya program Media bebas memberikan penghargaan tunai kpd mereka ? Kerana mereka menulis bukan kerana upah atau dedak tetapi kerana prinsip dan kepercayaan . Dan apa salahnya mereka di beri sedikit nikmat dan penghargaan ? Setelah PH menang , ada manusia yg menjadi Menteri dan di bantu oleh orang2 yg di.lantik . Mereka.ini semua pada prinsipnya sama dgn pejuang2 di Media Sosial . Berjuang dari hati dan setelah menang mereka di berikan jawatan ( nikmat )
Program ini bukan semata2 utk beri penghargaan kpd penulis2 yg mana antaranya tidak sempat utk di jemput ke YKP , tetapi yg lebih penting ialah mengekalkan ketulenan suara rakyat di Media Sosial . Kita sedar semakin hari semakin ramai hero2 ' cowboy ' yg dahulunya ' lone ranger ' , akan di berikan kandang kuda dan kuda mereka sendiri . Mereka akan lebih terjamin dgn cara demikian . Namun suatu harga perlu di bayar utk itu , iatu KEPATUHAN kpd entiti yg khusus . Perkara ini adalah sah dan tidak salah . Oleh itu suatu pengimbang perlu di wujudkan . Pengimbang itu adalah mengwujud dan menggalakkan munculnya Cytro2 yg menulis secara bebas tanpa perlu terikat dgn mana2 entiti . Fikirkan dgn mendalam kewajarannya . Sekian terimakasih
Rayyan Adam
19 Julai 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY