WAYTHAMOORTHY DAN LIABILITI KEPADA PH

Lee Kuan Yew seorang yg bijak dan tinggi daya pengamatan juga boleh buat silap . Dia mengambil Lim Chin Siong menjadi anggota PAP kerana LCS berpendidikan sekolah Cina yg berkiblatkan kpd China Komunis . Taat setianya kpd China dan bukan kpd Singapura . Harapan Lee ialah utk menarik pengundi berpendidikan Cina utk mengundi PAP . Dalam bahasa mudahnya ialah Lee nak kejar kuasa sehingga terlepas pandang pengaruh komunis sedang meresapi PAP menerusi Lim Chin Siong .
Kesilapan yg sama juga di lakukan oleh Sukarno di Indonesia . Harganya amat mahal sekali iatu peristiwa lubang buaya iatu pembunuhan beramai2 Jeneral TNI .Dalam isu Lee pula nasib baik ia cepat di sedari . Lim Chin Siong , seorang komunis dan seorang pemimpin berpendidikan Cina yg rasis , mengakhiri karier politiknya di penjara , dgn peranan utama penahanannya di mainkan oleh Lee .
Dia membawa Lim Chin Siong ke dalam PAP , memberikannya peluang menjadi pemimpin dan Lee juga menamatkan karier politiknya . Namun di Indonesia nasib Sukarno pula tidak secerah Lee . Beliau di kenakan tahanan rumah oleh Jeneral Suharto
Moralnya di sini manusia boleh tersilap memilih kerana kuasa . Bukan setakat pengundi tetapi juga pemimipin . Saya berharap Tun sebagai Perdana Menteri dapat menghalusi semula keputusannya melantik Waytha Moorthy sebagai Menteri Perpaduan .Mereka yg patut berada di posisi ini haruslah bukan Melayu yg telah mahir dgn budaya Melayu dan fasih berbahasa Melayu . Contohnya ialah Prof Khoo Kay Kim dan Dr Tan Seng Giaw . Namun malangnya faktor perbezaan pendapat menjadikan Dr Tan Seng Giaw agak mustahil di terima ke dalam lingkungan kerajaan Malaysia baru .
Walau apa jua alasannya , melantik Waytha Moorthy adalah satu kesilapan . Lee dan Sukarno terpaksa membayar harga yg tinggi utk kesilapan yg mereka lakukan . Melantik golongan radikal utk beraksi sebagai golongan sederhana . Ia tidak akan berhasil sehingga hari kiamat !
Selamat Pagi Jumaat
- Rayyan Adam -

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY