Menaiktaraf Cybertrooper PH kepada 2.0

Telah sampai waktunya Parti campurtangan untuk membantu facebooker2 bebas yg menyokong kerajaan di Media Sosial . Mereka tidak boleh lagi di biarkan terkontang kanting secara sendirian bagi membantu mendapatkan sokongan kepada kerajaan
Penulis mencadangkan beberapa perkara ,
* Membantu fbookers membina blog mereka sendiri dgn tujuan strategik . Ia akan mengumpulkan segala posting2 mereka secara sistematik ke dalam sebuah blog agar mudah di baca oleh pengikut . Pengkelasan antara posting biasa dan artikel . Yg paling baru dan yg paling lama . Fbookers di beri pilihan samada untuk membina blog mereka sendiri atau hanya menyerahkan tugas membina dan update blog mereka kpd admin di ibupejabat . Di sini penulis mencadangkan Parti mengwujudkan Unit Blog di ibupejabat bagi tujuan ini
* Unit blogger akan membantu fbookers mendaftarkan blog mereka dgn program2 yg boleh memberi pendapatan hasil dari traffic yg di jana dari pembaca . Contohnya program Google Adsense . Dan ada banyak lagi program2 pengiklanan yg berkaitan . Dgn demikian fbookers boleh mendapat manafaat dalam bentuk pendapatan dari posting2 politik yg mereka lakukan setiap hari
* Membantu fbookers mempromosikan posting2 mereka kepada pembaca . Sebagai contoh dengan sistem push message yg bertindak menghantar notification kepada telefon bimbit setiap pembaca yg bersetuju untuk subscribe . Dgn demikian fbookers dapat menambah pengikut dan jumlah senarai kawan di dalam akaun dgn lebih cepat
* Mempromosikan artikel2 dan posting dari fbookers yg terpilih ke akhbar online dan media cetak . Pihak parti akan membayar kepada pemilik akhbar terbabit bagi tujuan ini . Secara tidak langsung ia akan mempromosikan fbookers yg terlibat kpd pembaca akhbar
* Parti di saran memberikan kursus pidato atau kursus bercakap di khalayak ramai kpd fbookers yg berminat . Mereka akan berkempen bagi pihak parti dalam perjumpaan kecil antara 5 - 10 orang . Mereka yg hadir adalah rakan2 yg ada di dalam senarai . Perjumpaan seperti ini sangat berkesan utk menjelaskan isu2 semasa bagi menangkis fitnah pembangkang . Tujuan yg kedua , dan yg sama pentingnya ialah mengedarkan borang2 keahlian bagi tujuan penambahan ahli Parti . Majlis yg bersifat rasmi dan di hadiri ramai orang , kurang berkesan dalam.usaha utk.menyampaikan maklumat dan mempengaruhi pendengar . Dialog dalam kumpulan yg lebih kecil lebih mudah menarik kemesraan dan menyebarkan pengaruh kepada yg hadir
Itulah yg penulis maksudkan naiktaraf Cybertrooper dari 1.0 kepada 2.0 . Dari posting suka2 tanpa pendapatan di ubah kpd posting yg ada potensi memberikan pendapatan . Jgn sebut soal ikhlas sebab ia bukan isu yg relevan . Ini adalah isu untuk menggalakan lebih ramai facebookers untuk membuat posting politik yg samada mengkritik dgn secara membina , mengkritik dgn bebas , dan menyokong keputusan kerajaan yg di fikirkan tepat dan tidak perlu lagi kpd sebarang kritikan
Siapa yg boleh sertai ?
Mereka yg ada akaun facebook dan ada paling kurang SEORANG rakan dalam senarai mereka
Jika ada sebarang idea atau penambahbaikan sila nyatakan dalam ruangan komen . Ada sebarang soalan ? Apa dia ? Tips untuk dapatkan ramai pembaca ?
Oh , jawapannya senang saja . Setiap parti politik ada Unit Media Sosial mereka yg rasmi ( official ) .Anda cuma perlu pantau posting2 terbaru mereka , kerana mereka adalah individu yg paling pantas.mendapat maklumat terbaru dari Parti . Anda cuma sebarkan maklumat tersebut menerusi copy paste atau share . Dgn demikian akan wujud win - win situation . Parti dapat sebarkan maklumat dgn pantas dan anda dapat pembaca ( traffic ) . Jgn lupa promosikan blog anda setiap kali selesai buat posting
Sekian terimakasih
Rayyan Adam
26 Julai 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF