Isu Ketuanan Melayu 



Pada suatu hari Munsyi Abdullah di minta oleh Stamford Raffles untuk membuka sepucuk surat dari Raja Mongkut , Siam . Munsyi agak kehairanan apabila melihat empat bucu surat tersebut di lipat dengan sengaja . Munsyi bertanya kepada Raffles mengapa 4 bucu surat tersebut berlipat .
Raffles menjawab dgn senyuman....Raja Siam cuba memberi isyarat kepada saya bahawa Siam menguasai dan menjadi tuan kepada dunia ini dari Barat membawa ke Timur dan dari Utara membawa ke Selatan , ujarnya . Tetapi menurut Raffles itu cumalah angan2 Raja Siam yg telah lama ingin menjadikan seluruh Tanah Melayu ini sebagai wilayahnya . Raja Siam mahu menjadikan seluruh orang Melayu menyembahnya sebagai Raja mereka yg satu .
Tetapi sejarah akhirnya membuktikan ketuanan Siam cuma angan2 di atas surat berbucu empat yg di lipat . Pada tahun 1826 , Siam di halau selama2nya keluar dari Perak oleh Inggeris menerusi Perjanjian Burney .
Inggeris tidak perlu menghantar surat yg keempat2 bucunya berlipat kepada Raja Siam untuk menunjukkan kuasa mereka , walaupun merekalah yg sebenarnya menguasai empat bucu dunia ketika itu . Cukup dengan memperagakan kapal2 tentera Laut Di Raja mereka yang sarat dgn meriam jarak jauh dan berupaya memusnahkan Bangkok dalam satu hari sahaja
Moral dari cerita ini ialah untuk menjadi tuan tidak perlu sebarang simbol atau kata2 . Yang perlu ialah sebuah kenyataan . Dengan sebuah kenyataan yg jelas , kita tidak perlu menyuruh orang lain mengiktiraf dan memangil kita sebagai tuan . Mereka sendiri akan mengakui kita sebagai tuan .
Itulah yg berlaku dalam Perjanjian Burney . Inggeris tidak perlu berperang pun dgn Siam kerana Raja Mongkut sedar siapa sebenarnya tuan , Siam atau Inggeris . Dengan melihat kenyataan berkenaan kapal2 Tentera Laut Inggeris saja sudah memadai bagi Siam utk tunduk di dalam hati mereka kepada tuan yg sebenar
Saya serahkan kpd pembaca utk memikirkan kaitan artikel ini dgn isu ketuanan Melayu oleh Syed Saddiq . Jika anda faham , maka anda pasti sedar orang Melayu ini samada bayangan Siam atau bayangan Inggeris , iatu sepertimana kisah dalam artikel ini
- Rayyan Adam -

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY