Kebodohan Yg Tidak Boleh di Maafkan

Kaum Cina sebuah bangsa yang praktikal dan bertamadun . Nabi Muhammad pun pernah kaitkan bangsa China dgn ketamadunan dan ilmu . Penghormatan dan sokongan oleh bangsa China terhadap bangsa lain adalah suatu pengiktirafan kepada bangsa tersebut . Bangsa China di Hong Kong dan Singapura pernah dan masih menghormati dan kagum dengan Inggeris . Mereka ada sejarah yang panjang berkaitan rasa terhutang budi dengan Inggeris . Dan sebenarnya mereka tunduk dengan kehebatan bangsa tersebut .
Apabila kaum Cina mula menunjukkan rasa kagum mereka kepada seseorang individu , itu bermakna suatu penghormatan yg tinggi telah di berikan kepada individu tersebut . Ia sebenarnya pengiktirafan yang sama nilai dengan apa yang pernah mereka berikan kepada bangsa bertaraf dunia . Tan Sri Run Run Shaw pernah memberikan penghormatan yang tinggi kepada allahyarham Tan Sri P.Ramlee di Singapura suatu ketika dahulu .
Ini menunjukkan kaum Cina tidak akan berasa segan untuk tunduk dan berasa kagum dengan individu yang memiliki minda bertaraf dunia . Mereka sebenarnya bukanlah perkauman seperti yang di sangka . Cuma mereka perlu di yakinkan bahawa individu yang berurusan dengan mereka juga adalah sama hebat atau lebih hebat dari mereka . Kita harus faham matlamat hidup kaum Cina adalah kejayaan dan kekayaan . Oleh itu mereka harus di yakinkan bahawa orang Melayu juga boleh menjadi kaya dan berjaya seperti mereka
Selepas P.Ramlee adakah sesiapa lagi yang di kagumi oleh orang Cina ? Adakah wujud individu tersebut ? Berita baiknya ialah ADA .Siapakah dia ? Orang itu ialah Tun Dr Mahathir Mohammed
Dalam konteks politik atau bukan politik , Dr Mahathir telah menerima penghormatan yang tinggi dari kaum Cina . Berbanggalah kita memiliki pemimpin seperti beliau . Lupakan darah India , darah Aceh atau darah Turki . Membeza2kan darah keturunan tokoh yang telah memberikan kebanggaan kepada bangsa ini adalah suatu kebodohan yang tidak boleh di maafkan samasekali .
Kita sepatutnya menonjolkan kepada dunia bahawa tokoh2 terhebat yang pernah di lahirkan oleh negara ini adalah milik orang MELAYU , dan bukan yang selain darinya . Itulah sifat manusia bijaksana yang sayang kepada bangsa dan pemimpin . Jangan sesekali di ikut perangai hina dina penyokong Umno yang telah hilang pedoman hidup mereka dalam berpolitik sehingga lupa kepada batas dan adab . Suatu hari nanti mereka akan menyesal tiada kesudahan di atas perbuatan mereka pada hari ini . Yang pergi tidak akan kembali lagi
Selamat Hari Pekerja
Rayyan Adam
1 Mei 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY