Majlis Cybertrooper Pakatan Harapan

Semalam saya buat posting kritik Anwar Ibrahim . Ada seorang penyokong tegar PKR buat komen protes di wall saya . Dia juga sebelum ini seorang yg selallu komen menyokong apa yg saya post , tetapi semalam ia berbeza . Saya fikir dia tidak akan komen apa2 lagi di wall saya setelah kritikan keras terhadap idolanya
Ianya merugikan PH . Bunga2 perpecahan jangkapanjang . Mungkin hari ini setakat kritikan , tapi siapa tahu 6 bulan ke depan . Mungkin penyokong kedua belah pihak akan benar2 bergaduh . Ini cuma berpunca dari salah faham yg di mulakan oleh SEORANG pemimpin
Adalah lebih baik jika pemimpin mengambil tahu masalah Cytro di Media Sosial akibat tindakan mereka . Adalah juga elok jika dalam masa yg sama pemimpin juga boleh memaklumkan kepada Cytro apa yg mereka mahu di Media Sosial . Maksudnya penyelarasan . Jangan ada Cytro PPBM tulis lain , Cytro PKR tulis lain , begitu juga Amanah dan DAP
Oleh itu di sini saya mencadangkan agar pemimpin utama PH dapat mengadakan pertemuan 3 bulan sekali dgn wakil2 Cytro dari semua Parti komponen . Adakan dialog dan cadangan agar Cybertrooper dan ahli2 politik dapat bekerjasama dgn lebih erat dan lebih berkesan
Wakil2 Cytro ini di cadangkan seramai 20 orang dan di ketuai oleh seorang Presiden . Ia di namakan Majlis Cybertrooper Pakatan Harapan . Ahli2 majlis dan Presiden akan di pilih setahun sekali menerusi undian online . Semua facebooker pro PH boleh serahkan pencalonan akaun mereka kpd jawatankuasa pemilihan online . Page rasmi pengundian akan mempromosikan kesemua akaun selama 7 hari di Media Sosial untuk undian . Pengundi boleh meneliti wall setiap calon untuk menentukan pilihan mereka
Di harapkan cadangan ini boleh di teliti untuk di jadikan realiti demi kebaikan bersama parti2 komponen di dalam PH . Terimakasih
Rayyan Adam
21 Jun 2018
11.09 pm 7 Syawal

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY