BERJUANGLAH DGN CARA NABI MUHAMMAD

Bagaimanakah Nabi Muhammad berjaya memperolehi sokongan dari seluruh umat manusia dari pelbagai latarbelakang ? Adakah Baginda berdakwah dgn mengatakan Kabilah Quraisy itu betul dan kabilah Arab yg lain itu salah ? Adakah Baginda berdakwah dgn mengatakan bangsa Arab itu betul dan bangsa Parsi itu salah ?
Sudah tentu tidak . Nabi Muhammad berdakwah di atas prinsip apa yg betul dan apa yg salah . Bukannya di atas prinsip siapa yg betul dan siapa yg salah . Oleh itu umat manusia melihat Baginda bercakap perkara yg benar secara universal dan hakiki , bukan hanya benar bagi kaumnya sahaja . Ia melembutkan hati semua bangsa di dunia ini utk mempercayainya dan menjadi pengikut
Saya sedar yg like posting saya bukan semuanya penyokong kerajaan , tetapi juga penyokong pembangkang ( Umno ) . Bukan bermakna mereka hendak u - turn , tetapi mereka faham prinsip tulisan saya . Hendak u- turn adalah kuasa Allah , kerana hanya Dia yg berkuasa memegang hati manusia . Apabila Allah beri kita akal , gunakanlah . Ambil iktibar dan pengajaran dari pemerhatian yg tajam . Jangan sia2 kan ia . Emosi boleh datang dan pergi tetapi akal lah yg menjadi teman baik manusia sepanjang masa !
- Rayyan Adam -

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY