Pursuit Of Happyines



Ini ialah Chris Gardner . Dia adalah pemilik sebuah firma kewangan di Wall Street . Pernah bercerai pada tahun 80an . Selepas bercerai dia di pecat dari firma kewangan Bear Stearns . Dia hidup sebagai gelandangan dgn anak lelakinya di tepi jalan
Mengemis makanan dari pusat kebajikan .Hidupnya benar2 musnah . Tetapi dia bangun semula . Dia ingat kata2 Dr Martin Luther King . Kepercayaan akan mendapatkan perkara yg kita impikan . Siapa sangka dia berjaya menjadi jutawan dgn firma kewangannya sendiri ? .
Ketika Bear Stearns jatuh sewaktu krisis kewangan 2008 dan di ambil alih oleh JP Morgan , Chris Gardner masih utuh tanpa terjejas . Kisahnya di filemkan dgn tajuk ' Pursuit of Happines ' , dgn wataknya di lakonkan oleh Will Smith ( boleh tonton di youtube ) . Chris Gardner adalah sumber inspirasi bagi saya . Dan bukan setakat itu , dia sepatutnya menjadi inspirasi kpd orang Melayu yg kaya dgn rasa rendah diri . Chris Gardner berterimakasih kpd Dr Martin Luther King yg telah berjaya menyingkirkan rasa rendah diri dari kaum kulit hitam AS .
Siapakah di negara kita yg telah mengambil tempat Dr Martin Luther King ? Tokoh yg berjaya memberikan keyakinan bukan setakat kpd orang Melayu tetapi kpd bangsa Malaysia bahawa mereka juga boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dgn bangsa2 lain yg maju di dunia.ini . Siapakah dia ?
- Rayyan Adam -

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY