HENDAK JADI TUAN ?

Saya tidak akan tulis siapa tuan di Tanah Melayu ini . Pada hemat saya jika anda boleh menjadi tuan kepada diri sendiri di atas dunia ini , maka anda boleh menjadi tuan kepada semua tempat yang anda pilih untuk hidup . Malangnya ada ramai manusia yg mengaku dia lah tuan kepada sesuatu , namun itu cuma sekadar tuan pada kulit sahaja . Tetapi isi di dalam ialah penuh dgn unsur hamba dan kuli 
.
Menjadi kuli kpd hawa nafsu , menjadi kuli kpd isteri , menjadi kuli kepada wang dan kemewahan , menjadi kuli kepada manusia yg kaya raya , menjadi kuli kepada manusia yg ada kuasa . Dan mereka masih berfikir diri mereka adalah tuan . 

Semua perkara yg telah di sebut di atas adalah penyebab kepada hilangnya kuasa orang Melayu ke atas tanah air mereka kepada bangsa yg benar2 menjadi tuan kepada diri mereka sendiri , isi dan kulit , luar dan dalam . Bangsa ini berjaya menjadikan Raja mereka sebagai Raja Perlembagaan bukan hanya di atas kertas , tetapi benar2 di amalkan . Bangsa ini telah berjaya menjadi tuan kepada hampir semua negara yg mereka jajah . Jumlahnya ialah tiga suku dari bahagian dunia ini . Itulah sifat tuan yg sebenar . Menjadi tuan kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum benar2 di gelar tuan oleh dunia !
- Rayyan Adam -

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY