Allah Tidak Pernah Silap

Termangu seketika melihat posting2 ' budak2 Tadika ' penyokong Umno , dalam keadaan bahtera mereka nak karam . Mereka seolah2 tidak sedar implikasi sebenar sekiranya Umno di bubarkan menjelang 9 Mei ini . Mereka di suruh percaya bulat2 dengan surat dari Setiausaha Agung Umno yang membawakan mesej ' Everything Is Okay ' .
Mereka berpendapat surat itu adalah keputusan mahkamah . Malahan mereka juga mungkin berpendapat , sekiranya Umno di haramkan , kesannya sama seperti 1988 . Haram dan buat semula . Namun demikian , itu adalah ketika pilihanraya masih jauh .
Tetapi hari ini , ceritanya amat berbeza
Penulis selalu percaya Allah tidak pernah silap . Tetapi Nabi sendiri pun pernah silap . Nabi Musa tersilap tafsir dgn setiap tindakan Nabi Khidir . Tetapi akhirnya Nabi Musa sedar itu sebenarnya adalah tindakan Allah Golongan nasionalisme buat silap dgn menyatakan bangsa kulit putih menindas kaum Red Indian Amerika .
Tetapi ahli falsafah menyatakan itu bukan penindasan , tetapi takdir ( tindakan ) Allah . Red Indian tidak memakmurkan bumi Amerika Utara . Mereka tidak bina penempatan kekal , ladang2 gandum yang subur dan ladang2 penternakan lembu . Mereka tidak membantu kemajuan umat manusia . Mereka telah di berikan peluang ribuan tahun , tetapi mereka gagal berubah . Dan akhirnya Allah berikan peluang itu kepada pihak lain . Dalam hal ini golongan nasionalisme melihat nya dari sudut pandangan Nabi Musa sementara ahli falsafah yang lebih mendalam pemikiran mereka , mentafsirkan perkara ini dari sudut Nabi Khidir .
Lihat dalam konteks negara kita . Orang Melayu terpaksa berkongsi negara dgn kaum lain . Sebelum itu mereka adalah pemilik mutlak negara ini . Tetapi hanya segelintir saja yang hidup senang , iatu golongan pemerintah . Melayu hidup dalam kedaifan . Lombong2 bijihtimah di kuasai oleh pembesar . Tiada sebarang tender terbuka . Cukai2 yang di kutip tidak di gunakan utk kesejahteraan rakyat . Melayu kerana sifat naif , hidup menderita dalam kesetiaan melulu .
Mereka tidak boleh di lihat lebih kaya berbanding pemerintah . Ia melahirkan sebuah masyarakat yang miskin minda dan miskin harta . Akhirnya Inggeris datang . Mereka ambil alih tugas memungut cukai . Mereka membawa kapalkorek . Mereka menyuruh orang Melayu menanam pokok getah . Hasilnya sekolah dan jalan keretapi terbina dari wang cukai . Orang Melayu dapat peluang pekerjaan dalam industri bijihtimah . Orang Melayu menjadi kayaraya dengan hasil getah . Kenaikan harga getah ketika Perang Rusia - Jepun 1905 telah membolehkan segelintir orang Melayu menghantar anak2 mereka belajar ke luarnegara .
Inilah benih2 awal pejuang nasionalisme yang mula mendapat kesedaran mengenai apakah sebenarnya situasi bangsanya ketika itu . Suka atau tidak , ini lah jasa penjajah kepada kita . Dan kita perlu bertanya , adakah Allah buat kesilapan dengan menghadirkan penjajah ke negara ini ?
Tetapi ada harga untuk semua itu . Inggeris membawa masuk kaum asing ke negara ini . Mereka bermula sebagai imigran miskin . Selepas itu peniaga dan berakhir sebagai penguasa ekonomi negara selepas Inggeris meninggalkan Tanah Melayu . Aktiviti ekonomi yang sebelum itu di jana dengan rancak oleh penjajah di sambung oleh mereka . Inilah yg membezakan taraf kehidupan rakyat negara ini berbanding Indonesia .
Allah tidak pernah silap . Yang silap itu manusia . Apabila Umno di berikan peluang lebih 60 tahun memerintah , tetapi tetap gagal mengubah orang Melayu menjadi warga kelas dunia , dan dengan 13 kali peluang telah di berikan kepada mereka untuk menang pilihanraya , namun mereka masih gagal .
Mengikut formula manusia , Umno dgn segala kelicikannya seolah2 tidak akan boleh di kalahkan sehingga hari kiamat . Tetapi mengikut formula dari Allah , bagaimana pula ? Masih tak boleh kalah juga ?
Baiklah , kita tunggu dan lihat perkembangan esok , lusa dan seterusnya . Yang mana lebih hebat , perancangan Umno atau perancangan Allah . Jangan lupa ,
Allah Tidak Pernah Silap
Selamat Pagi Sabtu
Rayyan Adam
21 April 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY