TIPS UNTUK YB MAZLEE

Saya beri tips kpd YB Mazlee mengenai apa yg penting kpd rakyat . Jatidiri amat penting kpd pelajar sekolah . Mereka yg kena lambung2 depan kamera sebab dapat 10A dalam SPM tu belum tentu ada jatidiri yg hebat dalam diri mereka . Setakat menghafal Pak Pandir pun boleh menghafal dan dapat 10A jika mereka bersungguh2 mencuba
Mereka yg kena lambung ini bila keluar negara dan jumpa Mat Salleh , jiwa mereka dah jadi lain . Pakaian pun jadi lain . Cara bercakap dan menyatakan pendapat pun dah jadi lain . Senang cakap kalau boleh segala2nya dalam hidup mereka mesti ada unsur Mat Salleh . Mungkin malu nak hidup cara orang Melayu .
Agama Islam dah lama padam dari dalam jiwa . Setiap perkara yg di tulis dalam kitab mesti di bahaskan terlebih dahulu . Pukul anak tidak boleh . Semua manusia lelaki dan wanita mesti samarata . Semua agama itu sama .Seolah2nya apa yg di tulis dalam kitab itu adalah suatu perbincangan yg perlu terus di bahaskan . Walaupun telah di nyatakan lebih 1400 tahun dahulu agama Islam telah di sempurnakan oleh Nabi yg di pertanggungjawabkan membawanya ke dunia ini .
Akhirnya mereka masuk kelab Sister In Islam . Gara2 tiadanya jati diri . Pergi belajar ke negara orang puteh bukan setakat ilmu orang puteh mereka bawa pulang , tetapi nilai2 kehidupan orang puteh.....dan mungkin orang puteh pun sekali di bawa pulang !
YB Mazlee , buatlah sesuatu . Isu jatidiri ini jauh lebih penting dari isu warna stokin . Wallahualam
- Rayyan Adam -

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY