Pejuang atau Penjual Agama ?

Selepas di gunakan dalam video live untuk memburuk2kan pihak lawan , orang ini di gunakan pula untuk menyebarkan sentimen agama ketika menjelang hari pengundian . Samada ia di lakukan secara berseorangan atau cuma menjadi alat perantara kepada pihak lain , ia adalah perbuatan yang keji . Mengapi2kan manusia demi mendapat sokongan adalah amat keji lagi hina
Mengapa mereka bercakap mengenai agama di waktu tarikh pengundian semakin hampir ? Adakah sebelum ini mereka benar2 sayang dgn agama mereka ? Adakah mereka benar2 patuh dan taat dgn agama mereka ?
Jika mereka benar2 taat dgn agama , mengapa mereka tetap menyokong kebatilan di dalam negara ini ? Mengapa mereka suka mencarut dan biadab ? Mengapa mereka suka mengaibkan orang lain ? Mengapa mereka suka mencela orang lain ? Mengapa mereka suka menfitnah ? Adakah ini yang di ajar oleh agama kepada mereka ?
Sekali lagi di soal , benarkah mereka yang membuka cerita mengenai agama menjelang hari pengundian ini adalah orang yg benar2 sayang kepada agama mereka ? Adakah mereka pernah cermin wajah mereka sebelum bercakap mengenai isu sayangkan agama ?
Akhirnya kita sedar , mereka ini menjual agama untuk kuasa . Semoga Allah berikanlah sesuatu kepada mereka ini dalam tempoh terdekat agar mereka berhenti dari menjual agama untuk kuasa . Jangan sesekali fikir Allah tidak mengetahui apa yang ada dalam hati mereka . Kepada sesiapa yang rajin , buatlah solat hajat agar racun keji mereka tidak berkesan kepada pembaca
Selamat Malam
Rayyan Adam
23 April 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF