Budaya Kerja di Syarikat Melayu

Suatu masa dahulu ketika bertugas dgn Utusan Melayu ada seorang pegawai baru masuk kerja . Dia dari lulusan Universiti luarnegara . Dalam hati saya berkata ...mengapalah tidak pilih syarikat multi nasional sebagai tempat mencari rezeki ? Di sini bukan tempatnya .
Bagi anda yg ada pengalaman bekerja di sebuah syarikat milik Melayu dan semua pekerjanya juga Melayu , pasti sedar bahawa tiada ruang utk mencapai potensi maksima di dalam diri . Jika rajin beri idea , beri pandangan atau dalam ertikata lain seperti nak tunjuk pandai , maka tidak lama lah jangkahayat anda di situ . Kebanyakannya akan di tukarkan ke tempat lain . Alasan tersurat ialah pertukaran biasa . Yang tersirat ialah ......suruh berhenti !
Namun ada sebuah syarikat yg saya kagumi di Johor Bahru . Setiap kali saya hantar kereta untuk servis di situ , saya selalu perhatikan cara staf nya bekerja . Mereka adalah pekerja yg melakukan lebih dari yg di suruh . Mereka benar2 prihatin dan fokus dgn pelanggan . Ia seperti sedang berada di negara Jepun bila berada di pusat servis tersebut . Itulah syarikat Mutiara Motor . Saya rasa hampir semua warga JB kenal dgn pemiliknya . Seorang tokoh Melayu yg sangat gigih . Kerap jatuh bangun dalam bisnes sehingga pernah jual nasi beriani ketika era gawat dahulu . Inilah tokoh yg saya bayangkan bila membaca buku Chris Gardner dan Adam Khoo . Bukan semua syarikat Melayu itu layu tetapi ada yg benar2 mengkagumkan . Semua itu bergantung kpd siapa pengasasnya
Moral kisah saya dari penceritaan ini ialah mengenai Parti Umno . Ahli2 yg bijak dan pandai tiada tempat dalam Parti tersebut . Jika mereka benar2 ingin menyumbang buah fikiran yg genius , maka Umno bukanlah tempatnya . Jalan terbaik ialah berhijrah ke Parti lain

- Rayyan Adam -

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY