Wan Azizah Harus Berundur 

Ini adalah posting terakhir saya mengenai isu keluarga Anwar . Saya sedar ada yg merasa tidak selesa dgn isu ini . Namun secara jujur saya katakan bahawa tulisan2 sebelum ini bukan kerana saya hardcore Bersatu , tetapi demi negara dan demi Pakatan Harapan .
Demi negara ? Ya , kebimbangan mengenai usia Tun . Seorang TPM harus lebih agresif membantu PM . Rancak ke sana kemari . Bersalam dan bermesra tanpa rasa kekok dan terbatas . Watak ini adalah untuk seorang lelaki . Seorang pemimpin yg berwibawa . Bayangannya ialah susuk tubuh Anwar itu sendiri , dan bukan isterinya . Tetapi apabila dia menyatakan Wan Azizah akan letak jawatan hanya selepas dia jadi PM , itulah yg menjadi isu dan kebimbangannya di sini .
Bila Anwar akan jadi PM ? Lagi dua tahun ? Apa boleh terjadi dalam tempoh dua tahun kpd negara dgn WA memegang jawatan TPM ? Tidakkah ini memberi kesan besar kpd kemajuan negara ? Biar kita bercakap berterus terang sahaja di sini tanpa berbelit2 ( brevity is still the soul of wit ) bahawa Wan Azizah tidak punyai kualiti yg mencukupi bagi dia menjalankan tanggungjawabnya dgn berkesan sebagai TPM . Itu sahaja . Tiada apa2 lagi agenda di sebalik itu . Hanya untuk kepentingan negara
Demi Pakatan Harapan ? Ya benar . Demi Bersatu , PKR , DAP dan Amanah utk meneruskan kelangsungan kuasa mereka menjelang PRU15 . Jika TPM gagal berfungsi dgn baik dan cekap , ia akan.memberi kesan kepada prestasi kerajaan PH . Akhirnya memberi pelbagai2 peluru kepada pembangkang . Kita hanya mengharapkan Tun yg telah berusia utk menjawab dan menangkis segala peluru ini di Parlimen . Tidakkah kita semua berasa kasihan dgn Tun ? Sepatutnya Anwar terus mengambil tugas sebagai TPM sebaik2 sahaja memenangi PRK . Tetapi ketakutan tersembunyi dalam dirinya telah mengubah segalanya .
Secara tersirat beliau bimbang pisang akan berbuah dua kali . Jika terus menjawat jawatan TPM namun akhirnya ..... ( fikir sendiri ) . Oleh itu dgn terus meletakkan WA sebagai TPM , apa juga yg bakal berlaku di masa hadapan , tidak akan dapat menyingkir keluar pengaruh keluarganya dari kerajaan . Jawatan TPM oleh Wan Azizah adalah ' insuran ' yg menjamin tempatnya sebagai Perdana Menteri kelak
Sekian terimakasih
Rayyan Adam
16 September 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY