Jangan Pangkah Parti Tidak Waras

Mengapa mahu pangkah Parti tidak waras , dan tidak mengiktiraf sumbangan pemimpin terdahulu ? Mereka berkata2 mengenai MRT , mengenai lebuhraya , mengenai bangunan pencakar langit . Siapakah pengasas Malaysia moden ?
Adakah waras manusia hari ini yang bercakap mengenai asal usul telefon tanpa menyebut nama Alexander Graham Bell ? Adakah waras bercakap mengenai sejarah lampu elektrik tanpa menyentuh nama Thomas Edison ? Tetapi kerajaan BN di bawah Najib Razak sudah hilang kewarasannya dengan cuba memadamkan nama Dr Mahathir dari apa yang telah di asaskannya untuk negara ini .
Apabila mereka sebut KLCC , mereka berkata tiada peniaga Melayu boleh berniaga di situ . Adakah itu salah Dr Mahathir ? Adakah projek2 hebat di bawah Najib Razak di JAMIN akan ada peniaga Melayu yang mampu buka kedai di situ . Hakikatnya dalam perkara ini projek2 Najib Razak masih di peringkat roh dan bayangan . Di mana bangunan pencakar langit yang di bina oleh Najib Razak dan terdapat majoriti kedai2 peniaga Melayu ? Tunjukkan satu kalau ada ?
Projek LRT di bawah Dr Mahathir di katakan telah di ' bailout ' . Ia di dakwa projek untuk kroni . Projek MRT Najib Razak di katakan lebih bagus kerana di jalankan oleh syarikat kerajaan . Bagaimana mereka menilai dua projek ini ? Adakah projek MRT tersebut telah berusia lebih 5 tahun operasinya sehinggakan penilaian mutlak boleh di berikan dengan dakwaan bahawa ia lebih berjaya daripada LRT di era Dr Mahathir ? Ini adalah kerja manusia kurang waras yang terus mendakwa sesuatu projek itu berjaya secara mutlak , walhal baru setahun jagung beroperasi
Begitu juga kisahnya dengan lebuhraya Pan Borneo yang di war2kan dengan megahnya . Tetapi di mana lebuhraya tersebut ? Dah siap atau belum ? Dah operasi atau belum ?
Akan muncul banyak lagi ketidak warasan selepas ini . Sebuah negara yang semakin tidak waras kerana beroperasi di atas dasar kepalsuan . Ianya semata2 PROPAGANDA . Ia tidak ' real ' .Buat hari ini dan tidak lama kemudian terserlahlah hakikat kepalsuannya.
Dahulu mereka buat projek kedai 1Malaysia .Barang2 kunun lebih murah . Tetapi itu cuma lebih kepada propaganda . Jika ianya benar2 berjaya , kedai tersebut akan tumbuh bagai cendawan di merata pelusuk negara sehingga jauh ke kampung2 . Tetapi kita perhatikan ia statik tidak bergerak perkembangannya . Akhirnya hakikat sebenar pun terserlah . Syarikat yang menguruskan operasi kedai2 tersebut rugi jutaan ringgit .Itulah yang penulis maksudkan ianya tidak ' real ' , sekadar propaganda semata2 . Bangunan pencakar langit yang penuh kedai2 bumiputera , MRT , Lebuhraya Pan Borneo , kita tunggu dan lihat . Adakah jangkaan penulis silap atau ...?
Selamat berhujung minggu
Rayyan Adam
29 April 2018
.

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY