Manusia Yg Tidak Pernah Belajar Dari Kesilapan

Pembangkang masih tiada think tank yg benar2 berwibawa . Semasa jadi kerajaan , think tank mereka pandu sampai masuk longkang . Selagi akal mereka tidak membisikkan bahawa rakyat memilih berdasar kepada suatu kepercayaan bahawa pihak yg di pilih memiliki integriti dan kejujuran , bukan kepada dasar2 , janji2 atau tindakan pihak yg di pilih atau yg sedang memerintah
Maksudnya di sini , selagi rakyat yakin dan percaya pihak yg mereka pilih sedang berusaha memulihkan negara berdasarkan kepada prinsip integriti dan kejujuran , mereka tidak peduli samada harga minyak tidak di turunkan sehingga hari kiamat , mereka tidak peduli samada tol tidak di hapuskan dalam tempoh terdekat , mereka tidak peduli harga barangan melambung dalam tempoh sementara , mereka tidak peduli dgn tuntutan2 dari puak2 seperti Hindraf kerana kepercayaan mereka terhadap ketua kerajaan .
Apa juga hasutan dan usaha memperbodohkan rakyat dari pembangkang , hanya memberi kesan berlawanan kepada rakyat negara ini . Mereka melihat pembangkang ini sebagai pihak yg sentiasa berniat serong terhadap kerajaan . Lebih kronik lagi , istilahnya ialah busuk hati . Jika pembangkang meneruskan rentak seperti ini , iatu memilih menjadi pembangkang yg sakit , nasib mereka akan sama seperti pembangkang di Selangor . Dari 24 kerusi pada 2008 turun kepada 12 kerusi pada 2013 , tetapi mereka masih menjadi pembangkang sakit di negeri tersebut .Kemunculan Jamal Yunos selepas 2013 , adalah hukuman mati kepada pembangkang Selangor . Hari ini mereka ada cuma 5 kerusi sahaja di DUN . PAS turut sama menerima tempias dari tindakan Jamal Yunos yg mewakili pembangkang sakit di negeri tersebut
Oleh itu segala usaha2 dari kumpulan kamigengnajibrazak dan penyokong2 pembangkang hari ini yg membuat kenyataan2 sakit yg cuba memperbodoh dan merendahkan intelek rakyat , hanya akan menguntungkan pihak kerajaan . Mereka tidak pernah belajar sesuatu . Lokman Nor Adam tidak pernah belajar sesuatu .Begitu juga Azwandin . Mereka menganiaya pegawai kerajaan yg memiliki NIAT yg tulus berjuang demi rakyat . Mereka membuat lapuran Polis terhadap ketua SPRM . Mereka membuat lapuran Polis terhadap isu lapuk Dr Mahathir . Tetapi akal mereka langsung tidak berfungsi utk menyedari tindakan tersebut hanya menambahkan kebencian majoriti rakyat terhadap pembangkang . Di baca di sini sebagai UMNO . Oleh itu , pihak2 seperti Mykmu@ kamigengnajibrazak , Lokman Nor Adam dan Azwandin inilah antara penyumbang terbesar kekalahan Barisan Nasional pada PRU14 . Semoga mereka2 ini dapat di keluarkan segera dari sistem politik tanahair . Mereka adalah golongan pembawa penyakit kepada pembangkang khususnya dan kepada negara amnya
Selamat bersahur
Rayyan Adam
29 Mei 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY