Islam Apa Yg Mengajar Takut Manusia ?

Islam jenis apa yang mengajar manusia takut kepada DAP ? Islam cuma mengajar hanya Allah saja yang perlu di takuti . Takut kepada sesama manusia itu menunjukkan Islam cuma di mulut . Tetapi kelakuan dan perangai mereka kadangkala seperti manusia tidak ada agama . Tiada keikhlasan dalam perjuangan .Bila di ketepikan mereka bertukar dari keldai yang dungu kepada serigala yang garang . Menyerang dengan ganas tuannya
Berkali2 di ingatkan DAP itu ahlinya adalah manusia , sama spesies seperti Melayu . Mereka bukan manusia pelik yang ada keistimewaan macam dalam filem Hollywood . Boleh musnahkan itu dan ini . Boleh keluar api dari dalam mulut . Boleh pukau minda 175 ahli Parlimen Melayu Islam untuk ikut telunjuk mereka
Oleh itu mengapa nak takut dengan DAP ? Apa mereka boleh buat dengan 175 ahli Parlimen Melayu Islam Pakatan Harapan sekiranya Putrajaya bertukar milik ? Mereka cuma MINORITI dalam Parlimen . Jangan takut dgn cakap2 satu atau dua orang dari kalangan mereka berkenaan ancaman terhadap Melayu . Itu adalah cakap2 sebelum dapat kuasa . Bila dah berkuasa semua orang akan kawal mulut masing2 .
Sama juga manusia yang bercakap macam2 sebelum dapat wang yang banyak . Nak buat itu dan nak buat ini . Tetapi bila wang dah di tangan , begitu berhati2 dan terasa agak kedekut untuk menggunakannya . Begitu juga dengan kuasa dan tanggungjawab . DAP tidak akan sewenang2nya berbuat sesuka hati apabila Putrajaya telah benar2 di miliki oleh Pakatan Harapan
Percaya lah . Mereka tidak akan berani ganggu isu teras . Lihat Selangor hari ini . Itu bukti nyata rahmat Allah turun bagaikan hujan apabila manusia sudah tidak takut lagi sesama manusia . Percayalah kepada ajaran agama , bukan ajaran Umno . Selamat dunia akhirat . Aamin
Selamat Malam
Rayyan Adam
28 April 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY