Sedikit catatan sejarah penipuan pilihanraya

Presiden Marcos menang pilihanraya Filipina tetapi penuh dengan penipuan . Tetapi apabila tiba pada kuasa rakyat , Parlimen , Perlembagaan atau undang2 pun tidak boleh melindungi Marcos . Rakyat lah yang sebenarnya berada di atas semua kuasa yang wujud dalam sesebuah negara . Rakyat memberontak dan tidak mengiktiraf kemenangan tersebut . Marcos di nyahkan keluar dengan hina dari tanah tumpah darahnya .
Jika Allah boleh melakukannya kepada Marcos , mengapa Allah tidak boleh melakukannya pada yang lain ? Suharto Mei 1998 ? Kuasa mahkamah atau kuasa Parlimen yang memaksa dia meletak jawatan ? Atau kuasa rakyat yg melumpuhkan seluruh Jakarta . Ada lagi senarai panjang berkaitan kuasa rakyat sejak seribu tahun lepas di Great Britain , Perancis , Rusia.....panjang senarainya . Iqraq , maka bacalah sejarah dan ianya pengajaran bagi manusia berakal
Namun begitu , rakyat yang bertamadun tetap akan waras dan memilih cara aman untuk menegakkan keadilan . Pakatan Harapan akan mencatat sejarah dunia sebagai sebuah kuasa yang bertamadun dalam perjuangan untuk mendapatkan kuasa . Kewarasan dan kesabaran adalah sifat2 perjuangan mereka . Insyaallah
Rayyan Adam
30 April 2018
Selamat pagi Isnin

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY