PORTAL UNTUK CYTRO 

Mungkin anda fikir apa yg saya buat cukup bagus . Mengkritik secara terus terang Menteri PH . Namun sebenarnya saya katakan tiada apa yg bagus pun . Pada yg berkenaan posting tersebut tidak beri kesan apa2 . Komen dua dozen . Like 10 dozen . Sedangkan Media Sosial di huni oleh lebih 15 juta akaun
Begitulah cara mereka menilai . Jika sekadar 5000 rakan dan 640 pengikut , abaikan sajalah . Bunyi nyamuk lebih kuat dari itu . Well , sekarang mungkin anda lebih memahami mengapa kita ini ( cytro yg sehaluan dgn saya dan anda2 semua ) yg tiada pangkat Dato , Tan Sri , tiada berjuta wang dalam bank , harus bersatu utk menubuhkan sebuah portal khas agar suara kita akan lebih di dengari
Sebelum ini saya fikir Cytro2 PH boleh menulis secara terselaras . Hari ini saya sedar bahawa itu adalah ' mission imposible ' . Kenaifan menyebabkan ada yg berfikir semua Cytro PH adalah sukarela tanpa berbayar . Realitinya tidak lah begitu . Masing2 ada masalah tersendiri mengapa mereka tidak boleh menulis secara terselaras dgn satu nada . Tetapi itu rezeki masing2 . Tiada apa yg salah pun dgn perkara tersebut . Yg di bincangkan cuma ia menjadi penyebab mengapa ada Cytro yg menulis mengikut prinsip apa yg salah dan apa yg betul . Sementara ada cytro yg menulis mengikut prinsip siapa yg salah dan siapa yg betul
Portal yg saya cadangkan ialah bagi Cytro yg menulis berdasar prinsip apa yg salah dan apa yg betul . Maknanya ialah semua perkara yg betul di pihak kerajaan atau pun pembangkang kita sokong .
Betul dari segi apa ? Jawabnya selari dgn apa yg di tulis dalam kitab
Sementara apa yg salah di pihak kerajaan atau di pihak pembangkang , kita akan tentang . Ini sebenarnya bukan prinsip yg popular dalam politik . Tiada ahli politik yg boleh berjaya dgn prinsip ini
Oleh itu saya berharap akan terus mendapat sokongan berterusan dalam usaha utk mereliasasikan kewujudannya . Sekian terimakasih
- Rayyan Adam -

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY