Layak kah Mereka Memperjuangkan Agama ?

Syarat pertama diri sendiri mesti wujud sifat2 yang di kehendaki oleh agama untuk menjadi pemimpin . Seterusnya baru bercakap mengenai agama . Dan mereka harus bercakap menerusi empat sifat yang perlu ada pada mereka .
Sifat Benar ( siddiq ) . Jika ada keraguan dan isu , sila bercuti untuk memberikan ruang kepada pihak berkuasa menyiasat . Sifat Amanah adalah memastikan semua urusan adalah telus dan berjalan tanpa penyelewengan . Sebagai contoh ialah wang derma kepada parti politik mesti di guna untuk tujuan dan urusan parti , bukannya untuk tujuan peribadi .
Sifat Tabligh atau menyampaikan ( komunikasi ) . Menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan berkesan dan menyakinkan . Setiap isu yang timbul mesti di terangkan kepada rakyat dengan kadar segera untuk mengelak fitnah dan spekulasi . Bukan cari dalih dan alasan untuk mengelak dari menjawab . Sebagai contoh membiarkan pihak lawan membawa sesuatu isu ke mahkamah dan seterusnya ia di jadikan alasan untuk tidak memberi sebarang kenyataan dengan alasan ia telah menjadi kes mahkamah .
Sifat Fatanah atau bijaksana . Ini adalah sifat yang sangat penting untuk di miliki oleh seorang pemimpin . Tanpa sifat ini negara cuma akan menyaksikan seorang Perdana Menteri yang cuma akan mendengar arahan dari penasihat , bukan dari kebijaksanaannya
Persoalan yang harus di soal kepada diri sendiri , bolehkah pemimpin yang sedang menguasai Putrajaya memartabatkan Islam ? Sedangkan mereka sendiri pun di pimpin oleh orang lain . Islam tidak mengkehendaki seorang yang bermentaliti pengikut untuk menjadi pemimpin , tetapi yang benar2 bermentaliti seorang Khalifah di atas mukabumi
Jangan salah pilih . Walaupun apa yang ingin di pangkah di atas kertas undi bukanlah sesuatu yang sempurna , tetapi buat masa ini , ia adalah yg TERBAIK
Selamat Pagi Selasa
Rayyan Adam
24 April 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY