MUJAHID DENGAN PERJUANGAN ' KEWANITAANNYA ' 

Sampai masanya saya nak belasah seorang Menteri Amanah ni cukup2 . Dulu sekali dia dah buat kenyataan tanpa akal yg panjang . Kali ini dia kata nak kenakan sekatan bank ke atas bekas suami yg liat bayar nafkah ? Adakah dia sudah buat kajian mendalam mengapa perkara ini berlaku ? Adakah dia cuba buat dialog terlebih dahulu dgn pihak2 yg memahami isu ini ? Adakah dia sedar betapa banyaknya perintah Mahkamah Syariah yg tidak di laksanakan dgn sempurna ? Perintah yg memberi hak kpd bekas suami utk bersama anak2 tetapi di nafikan oleh bekas isteri ? Adakah dia tahu berapa ramai bekas suami yg tidak mampu mengupah peguam bagi menegakkan hak mereka yg telah di putuskan Mahkamah Syariah ?
Adakah dia tahu dan dia sedar majoriti manusia waras akan beri nafkah anak kpd bekas isteri kerana manusia yg waras ada sifat penyayang terhadap anak2 mereka ? Adakah dia tahu mengapa pula manusia waras enggan beri nafkah anak kpd bekas isteri mereka ? Adakah dia berlaku adil dgn cuba mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yg culas memberi nafkah anak ?
Bagaimana dgn bekas isteri yg engkar dan degil dgn perintah Mahkamah ? Tidak ada apa2 tindakan dari beliau kah ?
Saya dari awal2 lagi menentang keras penglibatan SISTER IN ISLAM di dalam Sayap Wanita Amanah . Sekarang saya lihat belang mereka yang tersorok di sebalik tabir pintu telah terserlah nyata . Bala telah sampai di depan pintu !
Jika apa yg saya fikirkan ini benar , maka saya mohon.....
Dr Mujahid sila berundur dari jawatan . Kami tidak akan pertahankan seorang Menteri yg semakin condong ke arah liberalisme !!
- Rayyan Adam -

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY