TIADA LAGI INSENTIF DARI TUN

Tiada lagi insentif . Dr M mahu rakyat bekerja . Hukumnya sama seperti penawaran dan permintaan . Jika penawaran lebih dan permintaan kurang , harga akan turun . Sama juga jika manusia di sogok dgn banyak keselesaan hidup , sifat mereka akan layu . Sebaliknya kesukaran dan cabaran menjadikan manusia itu kreatif , gagah dan hebat . Bandingkan Tanah Melayu dgn Pulau Jepun . Bandingkan pula dgn pengalaman para cowboy AS yg merantau dari Pantai Timur negara tersebut ke California sekitar tahun 1848 dahulu .
Pulau Jepun yg selalu di timpa bencana alam melahirkan bangsa yg gagah lagi kreatif . Begitu juga para cowboy yg terpaksa bertarung dgn Red Indian , padang pasir serta angin puting beliung sebelum menemui lombong emas . Itulah bangsa Amerika Syarikat pada hari ini . Gagah dan kreatif . Bagaimana pula sifat orang Melayu di Tanah Melayu ? Tanah yg hampir2 tiada bencana alam , puting beliung besar2an dan Tsunami ? Oleh itu benar sangatlah maksud tersirat lagi mendalam oleh Dr Mahathir . Bekerjalah dan hadapi kesusahan dgn kesabaran dan iman . Bukan dgn bon 1mdb !

Rayyan Adam 

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY