KISAH KEBANGKITAN CHINA

 KISAH KEBANGKITAN CHINA

Sejak kebelakangan ini kita di sogokkan oleh berita2 antarabangsa khususnya mengenai Perang Dagang antara Amerika Syarikat dan China. Kita boleh melihat bagaimana ketegangan yang di sebabkan kedua negara ini seakan menghidupkan kembali persaingan antara dua kekuatan besar dunia. Persaingan menjadi semakin nyata apabila AS mengumumkan berbagai tarif baru, khususnya untuk komoditi berasal dari China, yang dengan segera di balas hal yang sama oleh China.
Semakin hari permasalahan ini menjadi semakin parah. Jumlah komoditi dagang yang di kenakan tarif oleh kedua negara tersebut semakin banyak. Akhir2 ini kita bahkan melihat bagaimana AS berusaha melawan pengaruh China, dengan membataskan, perusahaan2 berdasarkan teknologi berasal dari China, seperti Huawei, dan ZTE. Hal ini mungkin mengingatkan kita kepada persaingan perang dingin pada suatu ketika dahulu di antara AS dan Soviet. Mereka pernah berlumba2 menakluki angkasa dalam sebuah persaingan yang sengit, dan akhirnya di menangi oleh AS.
Walaupun Soviet telah runtuh, tetapi bayang2 persaingan tersebut seakan muncul kembali dengan bangkitnya China pada abad ke 21. Kebangkitan tersebut seakan menggantikan tempat Soviet Union, sebagai saingan terberat yang di hadapi oleh AS. Berbeza dengan rakan lamanya Soviet, China yang mengamalkan sistem komunis tidak terlalu tertarik untuk menyebarkan ideologinya. Bagi pemerintah China, yang terpenting adalah menjamin berbagai keperluan dari masyarakatnya yang begitu besar, dan masih terus membesar.
Lebih2 lagi,bayang2 kejatuhan Soviet Union masih hangat di fikiran mereka.
Mungkin pertanyaannya ialah bukankah negara yang menganut ideologi komunis, memiliki kecenderungan menyebarkan ideologinya ke negara lain. Mengapa perkara tersebut boleh berubah?
China, dengan ideologi komunisnya mampu menjadi negara dengan pertumbuhan ekonomi yang sangat signifikan.Bahlkan membuat negara kuasa besar dunia seperti AS, pada akhirnya harus mengumumkan perang dagang, demi melawan pengaruh ekonomi China.
Perubahan kebijaksanaan tersebut pada dasarnya tidak dapat di lepaskan dari kepimpinan Deng Xiopeng. Deng Xiopeng lebih tertarik dengan kucing yang mampu menangkap tikus, tanpa peduli apa pun warnanya. Sebagai seorang pemimpin yang mengantikan Mao Tze Tung, Deng juga menghadapi pelbagai masalah yang belum mampu di selesaikan, oleh para pemimpin China sebelumnya.
Dalam menghadapi pelbagai masalah tersebut, Deng Xiopeng menerapkan prinsip mencari kebenaran dari fakta, yang kemudian di ungkap dalam kalimat ,
' Sosialisme dengan karekter China ' .
Kalimat tersebut mewarnai berbagai kebijaksanaan yang muncul di waktu kepimpinannya. Dalam bahasa mudah untuk di fahami, ia adalah sebuah politik yang praktikal.
Kebijaksanaan tersebut muncul dari pelbagai pengalaman hidupnya yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Mulai dari pengalamannya dalam Perang Saudara China 1945 - 1948, di antara Parti Komunis yang di anggotainya dan Parti Kuomintang di bawah Jeneral Chiang Kai Shek. Deng melihat bagaimana salah satu faktor yang memberi kemenangan kepada komunis ialah bagaimana mereka mampu memanfaatkan pasukan2 Nasionalis yang berjaya di tangkapnya, untuk kemudian di ubah menjadi pasukan komunis baru yang setia.
Pasukan Kuomintang adalah pasukan yang terlatih. Mereka terdiri dari veteran perang yang menentang Jepun sebelum itu. Peralatan perang mereka lebih canggih berbanding pasukan komunis kerana ia di bekalkan oleh AS. Tetapi wujud satu kelemahan pada mereka, iatu kecemburuan sesama sendiri. Ada antara mereka yang membiarkan Jeneral yang hebat dalam Kuomintang berperang sendirian di kepung musuh tanpa bantuan, walaupun pasukan Kuomintang ada berhampiran. Akibatnya beberapa Jeneral terbaik Kuomintang berjaya di bunuh atau di tawan oleh pasukan Komunis.
Perkara seperti ini juga terjadi dalam bentuk yang lebih kronik dalam masyarakat kita. Mana2 individu dalam sesebuah pasukan yang di lihat rapat dengan kepimpinan, hebat dalam tugasan mereka, selalunya akan di pinggir dan di cemburui oleh rakan. Akhirnya organisasi tidak dapat pergi jauh kerana orang2 yang hebat ini tidak dapat kerjasama dari rakan2 mereka. Dalam kisah sejarah Melayu, kisah Hang Nadim adalah contoh yang paling menyedihkan. Tetapi sebenarnya semua bangsa di dunia ini juga memiliki masalah yang sama, cuma tahap kronik nya sahaja berbeza.
Pengalamannya dalam Perang Saudara China, menjadikan Deng Xiopeng yang waktu itu masih memegang jawatan biasa dalam politik, menyedari akan pentingnya menerapkan kebijakan2 yang bersifat praktikal . Hal ini menjadi sangat unik, kerana sebagai Pesuruhjaya politik, sudah menjadi tugas Deng untuk memastikan kesetiaan dari pihak tentera terhadap ideologi komunis.
Selain Perang Saudara China, pengalaman yang juga sangat berpengaruh dalam pengambilan keputusannya, adalah perpecahan antara China dan Soviet. Perkara ini membuatkan Deng Xiopeng melakukan lawatan ke negaraan ke beberapa buah negara tertentu. Dalam hal ini, Asia Tenggara sebagai cara untuk membendung pengaruh Soviet Union dan Vietnam. Dan juga ingin melihat pelbagai perkembangan yang telah berhasil di capai oleh negara2 di sekitar China. Di antara semua negara yang di lawatinya, Deng Xiopeng paling tertarik dengan kisah kebangkitan Singapura.
Dia melihat bagaimana gaya kepimpinan Lee Kuan Yew berhasil mengubah Singapura menjadi negara paling maju di Asia Tenggara. Kejayaan kepimpinan ini menunjukkan bagaimana suatu negara dapat menjadi makmur secara ekonomi, walaupun secara politik di pimpin secara agak autokratik. Lee menunjukkan bukan masalah autokratik atau demokrasi, melainkan kepimpinan berdasarkan ' meritokrasi ' , yang membuat sebuah negara menjadi maju.
Kebijakannya dalam menerima pelaburan asing di waktu negara lain sedang panas terbakar oleh semangat anti asing ( Indonesia ), menjadikan Singapura berjaya menarik pelaburan asing. Dalam buku Lee bertajuk 'From Third World To First , The Singapore Story' , kita boleh melihat bagaimana Lee dan berbagai analisisnya, turut mempengaruhi Deng Xiopeng ketika mengambil beberapa keputusan penting semasa beliau mengemudi China.
Bahkan setelah kunjungan pertama Deng Xiopeng ke Singapura pada tahun 1978, pandangan China terhadap Singapura mulai berubah. Pada awalnya China melihat Singapura sebagai anjing belaan kapitalis Amerika. Tidak lama selepas lawatannya, China mulai mengubah pandangannya terhadap Singapura dan menggambarkan ia sebagai ' The Garden City' . Mereka bahkan menyebut Singapura sebagai tempat mempelajari pelbagai bidang seperti penghijauan, perumahan awam, dan perubatan.
Untuk mengetahuinya kita boleh menyaksikan isi dari dari pidato Deng Xiopeng pada tahun 1979 yang mengatakan, ' saya telah pergi ke Singapura untuk mempelajari bagaimana mereka memanfaatkan pelaburan asing. yang menyumbang 35 peratus dari pendapatan bersih kepada Singapura. Selanjutnya kewujudan pelaburan asing telah memberi upah gaji yang lumayan bagi pekerja di Singapura.
Apa yang Deng Xiopeng lihat dari kemajuan Singapura, telah memberinya suatu panduan mengenai apa yang harus di capai oleh China pada masa akan datang dalam berbagai reformasi di bidang ekonominya. Melihat berbagai fakta, pemerintah China di bawah kepimpinan Deng Xiopeng, mengambil keputusan untuk mencuba sistem pasaran bebas. Hal ini mereka lakukan secara berhati2 dan bertahap,
Pada tahun 1980, Deng Xiopeng menerbitkan konsep Zon Istimewa Ekonomi ( Special Economy Zone ), di mana Shenzen menjadi satu dari empat bandar yang mendapat status tersebut. Bandar Shenzen berada di utara Hong Kong, yang waktu itu masih merupakan jajahan Inggeris. Pada awalnya bandar ini cuma sebuah perkampungan nelayan, tetapi di kemudian hari Shenzen telah menjadi pusat industri besar di China. Salah satu syarikat China yang paling terkenal berpengkalan di Shenzen adalah Huawei.
Kejayaan program ini membuatkan lebih banyak bandar besar dan pelabuhan telah di buka di China untuk menerima pelaburan asing. Di sini kita boleh melihat adanya hubungan antara kebijakan yang tepat dengan kemajuan sesebuah negara, tanpa mengambilkira apa jua ideologi yang di amalkan oleh negara tersebut. Hal lain yang tidak kurang menariknya di era Deng Xiopeng ialah konsep ' Satu negara dua sistemnya' , yang merupakan idea dari falsafahnya iatu Sosialisme dengan karekter China.
Di kemudian hari, kebijakan pragmatis tersebut membuatkan China berjaya memperolehi kembali Hong Kong dari Inggeris pada tahun 1997, dan Macau dari Portugal pada tahun 1999. Namun demikian Deng Xiopeng tidak berkesempatan untuk melihat hasil idenya dengan konsep satu negara dua sistem yang di buatnya, kerana beliau telah meninggal empat bulan sebelum Hong Kong di serahkan kepada China.
Melalui kisah ini kita boleh melihat bagaimana Deng Xio Peng adalah seorang pemimpin Komunis yang mampu memikirkan idea2 yang tidak mampu di fikirkan oleh lain2 pemimpin di China, bahkan oleh pemimpin yang anti komunis.
Kisah mengenai kebangkitan China, yang akhirnya menyebabkan terjadinya Perang Dagang antara China - AS, sewajarnya menjadi pengajaran bagi kita semua bagi memajukan negara kita yang tercinta ini.

Rayyan Adam
10 Jun 2021

Comments

Popular posts from this blog

SWEET MEMORY