UMNO : Kejantanan Yang Hilang
Lebih 60 tahun dahulu Dato Onn Jaafar berucap dalam sebuah perhimpunan orang Melayu di Kuala Lumpur . Ucapannya menyentuh mengenai penentangan terhadap Malayan Union . Beliau berkata dia tidak gentar sedikit pun jika British menghantar Polis ke perhimpunan tersebut dan mengiringinya ke penjara . Itulah bukti kejantanan seorang pejuang tulen . Lama sebelum itu beliau telah di buang negeri ke Singapura akibat keberaniannya mengkritik pemerintah Johor
Dato Onn adalah simbol kejantanan Umno . Seorang yang budiman . Beliau berasal dari darah campuran Melayu - Turki . Namun takdir telah menentukan beliau tidak akan jadi Perdana Menteri yang pertama . Sesungguhnya haluan sejarah negara akan banyak yang berubah seandainya Dato Onn di angkat menjadi Perdana Menteri . Berprinsip , berani , bersemangat , pemidato , cekal dan tabah . Apa lagi yang kurang pada beliau ? Hidup susah bukan jadi masalah kepadanya . Selama hidup terbuang di Singapura , Dato Onn telah menjadi nelayan di Siglap . Cukuplah sudah ramuan seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat
Tetapi takdir Allah penentu segala . Kita di berikan seorang PM yang lemah , kurang berprinsip , mudah tunduk kepada tekanan , suka mengembirakan hati pemimpin lain berbanding mendahulukan kepentingan rakyat dan negara . Apabila had dan batasan itu telah sampai , ia berakhir dengan tragedi berdarah 13 Mei 1969 . Tidakkah kita mahu belajar sesuatu ? Pemimpin yang lemah dan tidak berprinsip lambat laun hanya akan membinasakan negara ini
Pemimpin yang berprinsip dan berjiwa jantan seperti Syed Jaafar Albar dan Dr Mahathir bukanlah pemimpin yang popular di sisi pemimpin yang lemah seperti ini . Karier mereka tidak bersinar selagi pemimpin yang lemah mengepalai negara
Hari ini sebahagian rakyat negara ini masih enggan membaca sejarah serta belajar darinya . Mengekalkan pemimpin yang lemah , penakut serta tiada prinsip adalah bermaksud kehancuran di penghujungnya . Mereka masih lena di buai mimpi2 indah bahawasanya negara ini tetap milik mereka dan persetankan siapa jua yang memimpin . Mereka lupa pemikiran yang sama oleh nenek moyang mereka ketika lena dengan sistem feudal sejak ratusan tahun dahulu akhirnya telah menghilangkan kuasa dari Sultan yang sebelumnya di anggap sebagai pelindung mereka dan kuasa itu telah pergi kepada negara asing .
Itulah akibat dari mentaliti tidak mengapa ...biarkan saja...siapa juga jadi PM kita tetap begini...Mentaliti seperti ini bakal berakhir dengan Melayu akan hilang semua kuasa dan ini hampir2 terjadi di era Malayan Union . Sultan hilang semua kuasa . Melayu hanya salah satu kaum di negara ini tanpa sebarang keistimewaan . Mahukah kita ulangi sekali lagi ?
Oleh itu mari kita tanamkan keazaman untuk menyingkirkan pemimpin yang tiada berprinsip dan tiada kejantanan dalam pilihanraya ke 14 negara tidak lama lagi . Semoga Allah bersama kita
Selamat berhujung minggu
Rayyan Adam
25 Februari 2018
25 Februari 2018
Comments
Post a Comment