Umno Dan Budaya Biadab

Semalam 3 March 2018 , Pemuda MCA yang di ketuai oleh Setiausaha Agung Pemuda Parti iatu Datuk Leong Kim Soon telah mengadakan demontrasi di luar bangunan Wisma MCA bertujuan menuntut ahli Majlis Tertinggi Umno , Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meminta maaf secara terbuka atas beberapa kenyataan yang di lakukan baru2 ini , termasuk mengkritik parti itu
Sebenarnya di era Dr Mahathir pun Datuk Seri Nazri Aziz pernah terlibat dalam kontroversi berkaitan perangai beliau ketika menjawat jawatan dalam Pemuda Umno . Beliau kelihatan insaf di kaca TV semasa memohon maaf di atas keterlanjurannya . Tetapi itu dahulu . Hari ini kecaman beliau terhadap Dr Mahathir sudah tidak ada sesiapa yang boleh menyuruhnya meminta maaf . Sebaliknya seolah2 semakin di galakkan lagi . Itulah makna politik bagi pemimpin Umno hari ini . Sesiapa yang kuat mengecam Dr Mahathir , maka semakin tinggilah markah mereka dalam hati Dato Seri Najib Razak
Namun tindakan Datuk Seri Nazri Aziz membuat komen kasar terhadap Robert Kuok adalah seperti kereta yang telah kerosakan brek . Sebelum ini tiada sesiapa yang boleh menegur beliau dengan kelancangan lidahnya , tetapi kali ini beliau bertemu sesuatu di luar jangkaan . Yang di kecamnya adalah seseorang yang sangat kaya lagi berpengaruh dan banyak menyumbang kepada parti komponen terpenting iatu MCA .
Tan Sri Robert Kuok seorang yang berbudi bahasa walaupun beliau seorang keturunan Cina . Secara tidak langsung beliaulah yang menyumbang kepada kekalnya kuasa orang Melayu di negara ini . Namun begitu , ibarat kata2 Inggeris mengenai sebuah pasukan bola yang malang , iatu " Ten Warrior And One Stupid Boy " , itulah gambaran Umno hari ini .
Sebenarnya Umno hari ini lebih malang berbanding pepatah Inggeris tersebut kerana " Two Stupid Boy " adalah gambaran sebenar . Yang lagi satu adalah masalah paling besar dalam Umno hari ini . Bila datang seorang lagi pembawa malang , maka lengkaplah malang dan bala keatas Parti yang di dakwa keramat ini . Sesungguhnya petanda keramat itu sudah di angkat ke atas ialah apabila ia di gantikan dengan bala secara satu persatu . Pada March 2014 , ia telah bermula . Pada Julai 2015 , Sarawak Report memberikan jawapan kepada kita mengapa bala demi bala melanda negara ini
Berbalik kepada kisah Datuk Seri Nazri . Satu pertanyaan penulis kepada pemimpin Umno selepas berakhirnya era Dr Mahathir , adakah mana2 pemimpin yang pernah menegur perangai beliau secara terbuka ? Begitu juga dengan Media pro Umno seperti Utusan Malaysia ? Ada atau tidak ? Yang jelas akhbar Mingguan Malaysia hari ini dalam ruangan pojok nya hanya menyeru perbalahan MCA - Nazri Aziz di selesaikan secara baik . Begitu saja ? Bagaimana dengan kecaman pedasnya terhadap Tan Sri Robert Kuok sehingga menyakitkan hati kaum Cina ? Bagaimana dengan surat terbuka Tan Sri Lee Kim Yew yang menggelarnya bermulut kotor ( biadab ) ? Adakah dengan memohon maaf segala2nya boleh selesai ? Itupun jika Datuk Seri Nazri sudi memohon maaf
Dari manakah punca semua kebiadaban ini ? Di era Dr Mahathir , semua pemimpin hampir2 tidak berani bermulut celupar terhadap sesama pemimpin , samada dari kerajaan atau pembangkang . Kebiadaban adalah salah satu ramuan untuk sebuah racun yang lebih berbisa iatu FITNAH . Jika ada sesiapa cuba nak jadi hero kepada kaumnya dengan cara begini , maka tempat istirehat di Kamunting adalah jawapannya .
Itu adalah lebih baik kepada mereka kerana fitnah itu adalah punca kepada kejatuhan sesebuah Parti politik atau negara . Tetapi hari ini kebiadaban dan fitnah telah menjadi perkara yang di galakkan dalam Umno . Pemimpin sendiri dengan bangga berteriak di depan mikrofon mengeja nama bekas pemimpin dan ayahnya di khalayak ramai . Apakah perasaan pemimpin tersebut sekiranya nama ayah beliau yang telah meninggal dunia di eja dan di teriak di khalayak ramai ? Tidak adakah cara lain untuk menjadi popular ?
Bukan setakat pemimpin sahaja tetapi ia menurun kepada pengikut2 mereka . Tidak pernah kedengaran Dato Seri Najib menegur secara terbuka di kaca TV pemain Media Sosial mereka agar berhemah ketika mengkritik pemimpin . Agar tidak menggunakan gelaran yang memberi kesan psikologi yang hina kepada pemimpin ? Seingat penulis tidak pernah . Sebaliknya beliau pula mencetuskan istilah ' Kepala Bapak ' dalam salah satu ucapannya . Adakah wajar istilah sebegini boleh di katakan sekadar berseloroh ? Masyaallah !
Penggiat Media Sosial yang mengelar diri mereka penyokong tegar Dato Seri Najib . Cuba teliti cara mereka berkempen . Prinsip mereka sedikitpun tidak ada perbezaan dengan cara segelintir pemimpin Umno yang biadab . Untuk berlaku adil , bukanlah semua . Apabila mereka di pelawa berhujah politik secara baik oleh Cytro Pakatan Harapan di wall , mereka menolak . Sebaliknya mereka balas dengan kebiadaban . Mereka mengelak untuk berhujah . Sebaliknya mereka melakukan tindakan hina iatu cuba mengaibkan pihak lawan . Ke manakah perginya maruah mereka ?
Apabila telah di beri peluang mereka menolak , sebaliknya berlaku biadab di rumah orang . Apabila di blok mereka tuduh Cytro PR bacul . Cytro jenis apakah sebegini ? Penulis tertanya2 , kemanakah perginya akal dan budi mereka ? Sedarkah mereka dengan perbuatan tersebut ? Sehingga ahli2 Umno sendiri ramai yang mengutuk perbuatan seperti itu . Oleh itu rumusannya Umno PRU14 sedikit pun tidak berubah berbanding Umno PRU 13 . Kita semua tidak lupa mengenai ciri2 Umno 2013 , terutama ahli2 PKR .
Tetapi itulah Umno Dahulu , Kini dan Selamanya
Kepada MCA , berilah sedikit didikan kepada Datuk Seri Nazri Aziz . Walaupun beliau satu bangsa , tetapi kita tidak akan sesekali menyokong kebiadaban . Namun bagi kaum Cina yang bersopan lagi beradab dan banyak jasanya seperti Tan Sri Robert Kuok , tetap kami hormati , walaupun beliau berlainan bangsa .
Sesungguhnya...
' Bahasa Itu Menunjukkan Bangsa '
Selamat berhujung Minggu
Rayyan Adam
4 March 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF