Risiko Penjajahan China Terhadap Asia

Dua ribu tahun yang lepas China berjaya di satukan oleh Shih Huang Ti menerusi sebuah siri perang yang ganas sesama mereka . Sejak waktu itu China tidak pernah berperang dengan mana2 kuasa luarnegara sehinggalah pada tahun 1840 apabila mereka terlibat dengan Perang Candu China - Great Britain . Sebelum itu China hanya sibuk berperang mempertahankan wilayah mereka sendiri dari serangan orang2 gasar yang terdiri dari bangsa Mongol dan Tartar di utara .
Jiran China di seberang sana iatu Jepun juga sejak dua ribu tahun yang lepas tidak pernah berperang dengan negara luar tetapi menghadapi serangan dari China pada tahun 1280 dan 1292 . Pemerintah China waktu itu adalah Kublai Khan yang merupakan keturunan dari Genghis Khan , penakluk dari Mongolia yang agung itu . Ini tidak boleh di anggap serangan dari China tetapi lebih merupakan serangan dari Mongol kerana China pada waktu itu telah di takluki oleh mereka
Pada tahun 1895 , Jepun selepas pembaharuan Meiji yang bermula 20 tahun sebelum itu telah berperang dengan China . Perang ini telah di mulakan oleh Jepun dan di menangi oleh mereka . China masih kekal sebagai ' Orang Sakit Asia ' pada waktu tersebut . Oleh itu Jepun telah mengakhiri sikap ' pemencilan ' mereka selama dua ribu tahun dan mula menjadi ' pemangsa ' baru Asia . Bukan setakat Asia tetapi selepas itu mereka juga mencabar kuasa dunia yang lain seperti Amerika Syarikat , Russia ,Great Britain dan Perancis . Empat kuasa itu pernah di tundukkan oleh Jepun dalam siri peperangan yang berakhir pada tahun 1945
Apakah pelajaran berharga yang boleh kita dapat dari sejarah Jepun sebelum ini ? Sebuah negara yang memencilkan diri mereka ribuan tahun . Di serang oleh Mongol dua kali pada kurun ke 13 . Di ugut oleh Amerika Syarikat untuk kemusnahan Tokyo pada pertengahan kurun ke 19 sekiranya Jepun terus menutup pintunya kepada negara tersebut . Tetapi tanpa di sangka Jepun bangkit dan menjadi penakluk serta lawan yang pahit kepada mereka yang pernah cuba menindasnya . Jepun menakluki sebahagian China dan seluruh Manchuria pada sekitar tahun 1930an dan Jepun juga telah menyebabkan kepahitan yang amat getir kepada Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1941 di Pearl Harbour . Inilah warisan dari Tentera Laut AS di bawah Commodore Mathew Perry yang pernah mengugut untuk memusnahkan Edo ( Tokyo ) pada tahun 1854
China telah melihat kepahitan yang di berikan oleh Jepun terhadap mereka sejak kalah perang pada tahun 1895 . Peristiwa Jambatan Marco Polo 1937 adalah permulaan kepada Perang China - Jepun yang kedua . Kemuncak perang ini ialah kezaliman tentera Jepun di Nanking yang membunuh orang2 China secara besar2an walaupun tentera China telah menyerah kalah . Ia adalah jenayah perang yang kejam . Kezaliman tentera Jepun terhadap bangsa China tidak berakhir di sana . Pada tahun 1942 selepas British menyerah kalah di Singapura , Jepun membunuh lagi orang2 Cina Singapura dan anggarannya ialah seramai 50,000 orang .
Sebelum di bunuh mereka di bawa ke Pulau Belakang Mati . Di bariskan secara beramai2 di tepi pantai dan di suruh berpusing mengadap ke arah laut dan selepas itu di tembak beramai2 dengan mesin gun . Begitulah pulau tersebut mendapat namanya iatu Pulau Belakang Mati . Untuk melupakan sejarah pahit tersebut , Lee Kuan Yew telah menukarkan nama pulau itu kepada Pulau Sentosa . Hari ini pantai di Pulau Sentosa amat indah sekali sehingga tiada sesiapa ( yang tidak tahu sejarah ) menyangka apa yang berlaku di situ kira2 tujuh puluh tujuh tahun yang lalu
China tidak akan lupa kepada semua ini walaupun seribu tahun lagi . Mao Tze Tung tidak akan melupakannya begitu juga dengan Deng Xio Peng . Walau siapa pun yang memerintah China pada hari ini , mereka tidak akan melupakan apa yang telah di lakukan oleh Jepun terhadap mereka dan begitu juga dengan kuasa2 Barat yang telah menjajah mereka seperti Great Britain dan Amerika Syarikat . Mereka walaupun telah menukar ideologi kepada komunis , tetapi masih tidak akan dapat melupakan betapa Maharaja mereka sendiri terpaksa melarikan diri dari Istana Larangan di Beijing akibat kemaraan tentera2 Barat dan Jepun pada awal kurun ke 20 . Ia adalah suatu penghinaan yang terlalu pahit untuk di telan bagi sebuah bangsa yang pernah di anggap sebuah kuasa dunia yang hampir mustahil di cabar pada suatu ketika dahulu
Jepun telah terlebih dahulu mendapat peluangnya untuk membalas dendam terhadap semua ' pembuli ' mereka hasil dari pembaharuan Meiji yang bermula pada tahun 1867 .Ia memberikan mereka segala yang di perlukan untuk meletakkan semua bekas pembuli mereka di bawah tapak kaki negara tersebut . Namun China bangkit dengan terlalu perlahan . Selepas Komunis mengambil alih negara pada tahun 1948 , Mao Tze Tung gagal memacu negara tersebut menjadi sebuah negara moden akibat dasar2 beliau yang amat anti kepada ekonomi ala kapitalis . Ia sesunguhnya suatu rahmat kepada negara2 Asia Tenggara kerana dengan kelemahan tersebut ia mengakibatkan gerakan komunis untuk menjadikan rantau ini semuanya di takluki oleh ideologi Sosialis telah terbantut
Namun pada tahun 1980an , Deng Xio Peng mengambilalih tampuk pemerintahan . Sepertimana Meiji bagi negara Jepun atau Dr Mahathir bagi Malaysia , Deng Xio Peng telah menjadikan China kepada sebuah negara moden dengan dasar2 barunya . Falsafahnya yang termasyhur iatu jangan fikir apa warna kucing asalkan ia boleh menangkap tikus telah menjadikan China pada hari ini benar2 kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan . Jepun mengambil masa 20 tahun sebelum menjadi sebuah kuasa dunia dan China telah melepasi tempoh 20 tahun selepas Deng Xio Peng memulakan dasar2 pemodenan . Ini bermakna pada bila2 masa sahaja China boleh melakukan apa yang telah pernah di lakukan oleh Jepun dahulu
Adakah kita benar2 yakin China akan hanya berpuas hati dengan penaklukan ekonomi ke atas Asia ? ...dan seterusnya dunia ? Adakah kita benar2 yakin China telah melupakan sejarah silam mereka dengan Jepun , Great Britain dan Amerika Syarikat ? Adakah kita benar2 yakin tujuan semua kerjasama yang di tawarkan oleh China hanya sekadar bermotifkan ekonomi semata2 ? Adakah kita benar2 yakin tujuan China mendapatkan kedaulatan di Kepulauan Spratly hanya semata2 untuk tujuan ekonomi ? Adakah kita benar2 yakin tujuan projek 'One Belt One Road ' semata2 kerana perdagangan ? Jalan ini juga yang suatu masa dahulu di namakan Jalan Sutera pernah di gunakan oleh Genghis Khan untuk menakluki Arab dan mara ke Eropah
Suatu falsafah klasik yang harus kita selalu ingat ialah sejarah itu berulang . China memiliki kisah yang sama dengan Jepun berkenaan latarbelakang sejarah . Miskin , mengasingkan diri , di tindas , di buli , dan selepas itu menjadi kaya dan kuat . Selepas menjadi kuat , mereka (Jepun ) membalas semula dengan menukar status daripada tertindas menjadi pembuli .Mereka membalas dendam apabila kerajaan mereka di ambil alih oleh kerajaan yang bersifat pro ketenteraan .
Mereka tidak ubah seperti golongan OKB ( Orang Kaya Baru ) di negara kita yang berubah sifat setelah menjadi kaya . Mereka menunjuk2 kekayaan di TV dan di Media Sosial . Itu sebenarnya perbuatan membalas dendam tehadap orang2 yang mereka anggap pernah memandang rendah atau menghina mereka suatu ketika dahulu . Manusia sebenarnya semua sama sahaja . Yang membezakan mereka hanya profesion masing2 iatu samada sebagai pemerintah sebuah negara atau sebagai ahli perniagaan
Mengapa Kerjasama Dengan China Berbeza Berbanding Dengan Kerjasama Lain2 Negara ?
Seperti yang telah di terangkan di atas , kesimpulan yang patut kita ambil ialah Jepun telah melepasi tahap perjalanan sejarah yang berpotensi untuk menjadi sebuah kuasa penjajah . Tetapi China telah memulakan perjalanan yang sama dan sampai pada suatu tahap yang pernah di capai oleh Jepun sebelum Perang Dunia Kedua bermula . Ini adalah tahap di mana keghairahan dan rasa bangga terhadap negara mereka berada di tahap tertinggi .Mereka telah memiliki syarat kekayaan , kemakmuran dan kekuatan ketenteraan yang di geruni dunia . Tidak keterlaluan untuk di nyatakan , peperangan konvensional di darat tanpa melibatkan senjata nuklear , akan memihak kepada China walaupun lawan mereka adalah Amerika Syarikat .
Perang Korea adalah rekod bukti pencapaian mereka terhadap Barat .Tetapi Perang Korea berlaku ketika China berada dalam kemiskinan . Hari ini China telah terlalu jauh kehadapan dalam segala segi . Dari itu kita boleh bayangkan bagaimanakah dunia boleh menghadapi mereka dalam perang yang seterusnya ? One Belt One Road akan siap sedia di gunakan bila situasi memerlukan mereka berbuat demikian .Kapal Tentera Laut dan kapal selam AS tidak akan boleh menahan kemaraan mereka di darat . China benar2 belajar dari sejarah 1948 apabila Tentera laut AS menjadi faktor menahan kemaraan mereka untuk menakluki Taiwan
Oleh itu kerjasama perdagangan berpotensi menjadi perintis kepada cita2 ketenteraan China tidak boleh di nafikan begitu sahaja . Ciri2 ini tidak ada pada lain2 negara yang membentuk kerjasama perdagangan dengan negara kita . Kerjasama dengan Jepun , Korea Selatan ,Singapura , Amerika Syarikat , Great Britain Mexico , etc , tidak perlu di bimbangkan kerana faktor sifat dan latarbelakang negara tersebut . Mereka di yakini tidak ada cita2 ketenteraan bersifat global seperti China .
Itulah perbezaan di antara pelaburan China ke atas negara ini dan pelaburan lain2 negara . Sentiasa berhati2 dengan harimau yang telah terluka dan belum dapat lagi membalas kelukaan tersebut
Kerana faktor itu juga mereka terus membela ' budak nakal ' Korea Utara yang sehingga ke hari ini tidak pernah berani di serang oleh mana2 negara kuasa dunia termasuk Amerika Syarikat . Fikirkanlah , apa tujuan China di sebalik semua ini ?
Oleh itu kepada kerajaan Malaysia yang berada di bawah Dato Seri Najib Razak , sila lah ingat pepatah Melayu ini ,
Buat Baik Berpada2 Buat Jahat Jangan Sekali
Selamat Berhujung Minggu
Rayyan Adam
11 Februari 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF