Najib Razak Dan Wang ' Kejahatan '

Dan untuk ke sekian kalinya pecah lah berita berkaitan 1mdb sekali lagi . Kali ini berkaitan kapal mewah Jhe Low di rampas oleh pihak berkuasa negara jiran . Mereka juga percaya kapal tersebut di beli dengan wang kejahatan ( wang jenayah ) . Di negara ini rakyat telah lama meminta penjelasan secara terus terang dari Perdana Menterinya , iatu Dato Sri Najib Razak
Namun begitu , beliau tidak berani berdepan dengan rakyat . Hanya orang kanan beliau iatu Arul Kanda yang di hantar untuk bersemuka bagi membuat penjelasan . Tetapi itu pun dengan penyokong kerajaan . Apalah maknanya memberi penjelasan tanpa soalan ? Di sekolah para pelajar yang suka menyoal adalah pelajar yang cerdik , tetapi pelajar yang langsung tidak menyoal , tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan kecerdasan minda mereka . Begitu juga yang kita perhatikan terhadap peserta yang menghadiri sesi penjelasan 1mdb oleh Arul Kanda . Mereka tidak menyoal , tetapi sekadar mendengar dan menerima . Kebanyakan darinya adalah ahli Umno . Apakah ini ada kaitan dengan tahap kecerdasan mereka ? Sila fikirkan..
Dato Seri Najib Razak hanya sekadar membuat penjelasan umum . Apa yang beliau beritahu kepada rakyat ialah Jhe Low tidak membeli aset2 nya dengan wang 1mdb . Itu sahaja . Penjelasan terhenti setakat itu . Rakyat kebingungan . Berbanding Dr Mahathir yang memiliki ciri tabligh ( komunikasi ) yang tinggi , beliau sentiasa dapat menjelaskan sesuatu permasalahan atau isu dengan jelas dan mudah di fahami oleh rakyat , walau isu tersebut rumit . Itulah kelebihan seorang pemimpin yang memiliki anugerah semulajadi dari Allah
Dengan cara demikian , fitnah sesama rakyat dapat di elakkan kerana penjelasan pemimpin dapat di fahami . Tetapi Dato Sri Najib seolah2 sentiasa menyimpan emas di dalam mulutnya sehingga sentiasa di lihat sukar atau gagal menjelaskan sesuatu isu negara sehingga boleh di fahami oleh rakyat . Apabila rakyat tidak faham sesuatu isu , mereka akan mencari dari sumber lain , terutamanya dari Media Sosial . Di sinilah potensi berita palsu atau fitnah boleh berlaku secara meluas . Salah siapa ?
Salah kerajaan itu sendiri kerana sentiasa tidak telus dalam menyampaikan sesuatu maklumat berkaitan isu2 penting negara . Dato Sri Najib Razak sebagai ketua kerajaan telah gagal menunjukkan sifat tabligh kepada rakyatnya . Oleh itu beliau berhak menerima padah darinya nya akibat fitnah dan berita palsu yang bertebaran setiap hari . Yang buruk itu dari manusia sendiri dan yang baik itu dari Allah
Berbalik kepada isu 1mdb . Dato Sri Najib dan agen2nya menjelaskan pembelian kapal tersebut bukan dari wang 1mdb . Beliau tidak menjelaskan secara komprehensif isu 1mdb bermula dari isu Petrosaudi . Mengapa beliau membiarkan bekas CEO membayar 1 billion kepada Petrosaudi pada tahun 2009 walaupun lembaga Pengarah belum meluluskannya ? Mengapa beliau tidak bersetuju dengan lembaga Pengarah yang mahukan penilaian aset Petrosaudi kali kedua oleh penilai bebas ? Apa penjelasan beliau mengapa dari 1 billion wang 1mdb yang di bayar kepada Petrosaudi , 700 juta pergi ke akaun bank milik Jhe Low ? Walaupun hari ini di nafikan bahawa Jhe Low ada kaitan dengan 1mdb ?
Apa penjelasan beliau mengenai pembayaran berbilion ringgit ke Aabar BVI ( palsu ) yang tidak di luluskan oleh lembaga pengarah , tetapi CEO masih berdegil untuk.membayar ? Dari mana CEO dapat semua keberanian ini ? Apa penjelasan beliau mengapa bekas CEO 1mdb masih tidak di siasat sehingga ke hari ini walaupun lapuran PAC mengesyorkan agar beliau di siasat ?
Itu baru sedikit kemusykilan sekiranya lapuran PAC , lapuran DOJ 1.0 dan 2.0 di baca secara terperinci . Ada banyak lagi perkara yang hendak di soal kepada Dato Sri Najib sebenarnya sehinggakan jika wujud program Nothing To Hide , tempoh 3 hari mungkin di perlukan hanya untuk membincangkan isu 1mdb . Tetapi rakyat negara ini tidak ada tempoh 3 hari tersebut .
Sebaliknya penulis pernah melihat di kaca TV , beliau menolak untuk di soal lebih lanjut oleh wartawan mengenai isu 1mdb . Oleh itu bagaimanakah boleh beliau menyatakan tiada wang 1mdb yang hilang sekiranya beliau sendiri tidak boleh bersoal jawab secara telus dan terbuka dengan rakyat ? Itu baru soalan wartawan . Bagaimana seandainya jika soalan dari Dr Mahathir ?
Oleh itu cukup2lah agen beliau menjawab secara lucu bahawa kapal Jhe Low bukan di beli dengan wang 1mdb . Jawapan yang betul ialah kapal tersebut di beli dengan wang ' kejahatan ' , dan punca kejahatan itu ialah dari mereka yang menyalah guna kuasa di 1mdb . Ini bukanlah fitnah tetapi pakar propaganda di pihak kerajaan sendiri mengesahkan wang pembelian kapal mewah tersebut berasal dari Aabar BVI palsu dan 1mdb lah sumber asal nya . Di dalam lapuran rasmi telah di nyatakan bahawa CEO membuat pembayaran berbilion ringgit ke Aabar palsu tanpa kelulusan lembaga Pengarah . Sila fikirkan adakah CEO benar2 berani melakukan perkara hebat ini seorang diri ?
Sesiapa yang belum membaca lapuran PAC . DOJ 1.0 dan DOJ 2.0 , rajin2 kan diri untuk membacanya agar dapat memahami maksud pihak berkuasa Indonesia bahawa kapal mewah tersebut di beli dengan wang kejahatan
Selamat Malam
Rayyan Adam
1 March 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF