Mitos Dalam Tamadun Melayu

Istilah terhutang budi dan mengenang budi . Ia adalah racun dalam tamadun Melayu . Hakikat budi yg sebenar ialah kedua belah pihak saling terhutang budi dan mengenang budi , iatu rakyat dan pemerintah .Tidak akan wujud satu pihak tanpa kewujudan pihak yg satu lagi . Raja dan rakyat Inggeris adalah contoh sejak Magna Carta wujud pada 1215 , hubungan saling terhutang budi dan mengenang budi . Rakyat Inggeris memerlukan Raja sebagai simbol penyatuan dan kebanggaan dan Raja memerlukan rakyatnya untuk terus berkuasa di atas takhta . Maka lahirlah lagu God Save The Queen . Sudah pastilah Tuhan memelihara Raja mereka menerusi rakyatnya
Di dalam sejarah Melayu ia cerita yang berbeza . Hanya rakyat yg selalu di ajar utk terhutang budi dan pemerintah di anggap keramat yang di lantik oleh Tuhan .Oleh itu lahirlah ketaatan melulu tanpa sempadan . Rakyat seolah2 di ajar tanpa pemerintah maka mereka tidak boleh wujud . Itu adalah penyelewengan sebenarnya . Hakikatnya pemerintah juga adalah manusia biasa yg berasal dari rakyat jelata .Mereka menjadi pemerintah menerusi suatu proses yg berlaku di atas faktor2 seperti kepimpinan , kepintaran , dll . Ia tiada kaitan dengan kuasa luarbiasa atau sifat keramat . Perkara2 seperti ini sengaja di reka demi mencipta ketaatan tanpa sempadan dari rakyat . Dato Hang Tuah adalah contoh terbaik
Hari ini orang Melayu terus di perolok2kan lagi dengan kisah terhutang budi dan mengenang budi . Umno mendakwa orang Melayu terhutang budi dgn mereka . Mereka juga memberi gelaran Umno adalah Parti keramat . Untuk apa ini semua ? Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk ' brainwash ' otak pengikut mereka agar terus taat melulu tanpa mahu lagi berfikir dgn akal mereka akan kewajaran tindakan tersebut . Ia adalah penerusan dari amalan2 yg telah di gunakan sejak ratusan tahun dahulu sebagai cara utk menuntut ketaatan Melayu tanpa had dan sempadan .
Ini adalah mitos yg mengakibatkan kemunduran bangsa Melayu sejak zaman berzaman . Hanya Dato Hang Jebat dan Laksamana Bentan sahaja yg cuba berusaha menyedarkan bangsa ini bahawa hukum kehidupan ialah setiap sesuatu itu ada hadnya . Namun mereka gagal . Sampai bilakah mereka dan pihak yg sealiran dgn mereka harus gagal ? Mari kita tamatkan segala mitos ini pada 9 Mei 2018 . Sesungguhnya kesetiaan itu ada hadnya dan sesungguhnya rakyat dan pemimpin saling terhutang budi dan saling memerlukan . Tiada rakyat tiadalah pemimpin dan tiada pemimpin maka tidaklah wujud sebuah negara
Selamat menunaikan fardhu subuh
Rayyan Adam
14 April 2018


Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF