Mereka Cipta Takdir Sendiri

Ingat lagi artikel mengenai Presiden Marcos ? Di katakan memenangi pilihanraya tetapi terpaksa melarikan diri ke Hawai . Itulah takdir namanya . Marcos mencipta takdir bagi dirinya sendiri sejak beliau mengambil alih kuasa di Filipina . Beliau menganiaya orang2 Islam di Filipina dan beliau menipu rakyatnya dalam pilihanraya .
Tetapi dia mengambarkan imej dirinya sebagai pemimpin berhati mulia . Isterinya pula di pandang tinggi oleh rakyat miskin yg tinggal di kawasan setinggan di Manila . Itulah lakonan sandiwara dunia . Sandiwara yg sama di mainkan oleh ramai pemimpin yg lain , termasuk Muammar Gaddafi . Jubah dan khemah Badwi menjadi samaran paling berkesan
Bagaimana kah mereka boleh terus berkuasa ? Jawabnya sebab ada rakyat yg mahukan mereka berkuasa . Setiap kebaikan dan setiap kejahatan ada penyokongnya . Kebaikan di sokong oleh unsur Malaikat .Kejahatan di sokong oleh unsur syaitan . Kedua2nya pergi ke arah bertentangan . Unsur kebaikan membawa kpd berkat , ketenangan dan kemakmuran . Ia adalah unsur kejayaan . Unsur syaitan membawa kepada unsur yg berlawanan dgn berkat , iatu unsur bersifat sementara , unsur ketegangan dan kacau bilau . Ia adalah unsur kemusnahan . Manusia yg berpegang kpd unsur syaitan dalam hidupnya pasti berakhir dgn kemusnahan
Unsur syaitan ini boleh di kenali dari beberapa tanda . Paling mudah di kenali ialah sikap biadab dan kurang ajar . Di kalangan penyokong sesebuah parti yg suka mencarut , maki hamun , suka mengelar dan mengejek orang lain sebagai anjing kpd sesebuah parti politik yg lain , suka memanggil nama pemimpin dgn unsur2 biadab seperti memanggil Dr Mahathir sebagai Madey sahaja , itulah unsur2 kesyaitanan dalam diri penyokong .
Mereka tidak sedar apa yg mereka sedang bina setiap hari . Mereka tidak sedar kemana arah mereka sedang pergi . Di ibaratkan seorang suami yg memiliki seorang isteri yg biadab , suka mencarut , maki hamun , menghina , rumahtangga itu tidak boleh bertahan lama kerana ia telah di.penuhi dgn aura yg di namakan ' kesialan dalam rumahtangga ' . Lambat laun aura panas yg menyelubungi rumahtangga tersebut pasti di akhiri dgn perceraian
Dalam konteks individu pun ia tidak berbeza . Dari kecil ibubapa mengajar kita agar jgn mencarut dan biadab . Tetapi silapnya kita tidak di maklumkan secara terperinci dgn kupasannya . Mencarut dan bersifat biadap adalah unsur pembawa apa yg di namakan ' kesialan ' dalam hidup . Aura diri menjadi panas . Rezeki menjadi jauh . Takdir hidup selalu negatif . Apa yg di harapkan tidak pernah jadi nyata . Jika individu tersebut menjadi rakan kongsi niaga ia akan selalu berakhir dgn kebangkrapan . Jika individu tersebut menjadi teman hidup , ia selalu berakhir dgn perceraian .
Sebab apa ? Sebab kita terpaksa berkongsi aura negatif dengannya . Jika aura positif kita lemah , pasti kita akan tewas dan menjadi sebahagian dari kisah malang hidup mereka . Inilah penangan aura ' sial ' dalam hidup manusia akibat perbuatan dan kata2 yg mereka amalkan setiap hari . Yg baik itu dari Allah dan yg buruk itu dari manusia itu sendiri . Penulis tidak berniat menulis dgn cara yg biadab , tetapi perkataan ' sial ' itu terpaksa di sebut kerana utk memberi kefahaman kepada pembaca mengenai akibat2 mengamalkan sikap biadab dan selalu menuturkan perkataan2 yg kotor dan maki hamun dalam kehidupan
Berbalik kepada kisah sokongan kepada pemimpin yg korup . Inilah golongan penyokong yg menyokong mereka . Organisasi di penuhi dgn aura negatif dari penyokong2 yg di anggap penyokong setia dunia akhirat oleh pemimpin korup ( sebenarnya yg bakal menghantar mereka ke neraka dunia ) Lama kelamaan aura yg berunsur panas ini pasti ada takat didihnya . Jika di alam nyata takat didih air ialah 100 darjah Celcius . Tetapi di alam ghaib , tidak ada siapa yg boleh meneka bilakah sesuatu kejahatan itu akan mencapai takat ' didih' nya , sebelum ia musnah dan binasa
Oleh itu penulis nyatakan sekali lagi di sini , bertenanglah wahai rakan2 seperjuangan sekalian . Setiap sesuatu di atas dunia ini ada hadnya . Itu adalah hukum yg tidak pernah berubah sehingga datangnya hari kiamat . Waktu mereka telah hampir sampai . Dan waktu kita juga telah hampir sampai . Cuma arahnya sahaja berbeza . Bersabarlah . Semua telah sampai di depan pintu . Hanya menunggu ketukan dari ilahi sahaja . Sekejap sahaja lagi...
Kepada Allah Kita Berserah
Selamat Menunaikan Fardhu Jumaat
Rayyan Adam
6 April 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF