Mereka Bertanya Apa Jasa Dr Mahathir Kepada Orang Melayu ?
Seorang penyokong Dato Seri Najib Razak dari kamigengnajibrazak telah menyoal soalan di atas .
Lantas di jawab oleh penulis ' Pernah Baca Buku Malay Dilema ' ? Maka di jawab oleh nya ' TIDAK '
Maka di sinilah segala punca masalah bermula . Penulis boleh meneka penyokong Dato Seri Najib ini juga tidak membaca buku ' Doctor In House ' yang mendedahkan sebahagian besar pemikiran Dr Mahathir . Akibat dari itu mereka hanya mendengar segala2nya berkenaan Dr Mahathir dari musuh beliau
Buku Malay Dilema itu sebenarnya antara sumbangan terbesar Dr Mahathir kepada orang Melayu . Ia mengisahkan masalah orang Melayu secara terus terang . Ia mengisahkan sikap orang Melayu yang mudah putus asa bila gagal dan mudah berpuas hati bila berjaya . Mungkin artikel ini tidak cukup ruang utk menulis segala2nya yg di tulis oleh Dr Mahathir di dalam buku tersebut . Buku itu adalah bilik bedah siasat untuk Dr Mahathir cuba mencari penyelesaian kepada masalah orang Melayu . Beliau sejak Munsyi Abdullah dan Zaaba , adalah penulis yang benar2 menulis secara tepat menulis permasalahan orang Melayu di negara ini .Pada beliau sikap adalah segala2nya . Ia dapat mengubah cara berfikir orang Melayu yg ' fragile ' kepada bangsa yg yakin kepada diri sendiri dan seterusnya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dgn bangsa2 lain di dunia ini . Begitulah rasa sayang beliau kepada bangsa Melayu sehingga banyak masanya di habiskan untuk menyiapkan buku.ini
Iqraq , itulah perkataan pertama yg di suruh oleh Malaikat Jibril kpd Nabi Muhammad ucapkan . Bacalah .Kerana dari pembacaan barulah seseorang itu menjadi seorang yg berilmu . Dr Mahathir mahu bangsa Melayu menjadi bangsa yg berilmu menerusi minat membaca yg mendalam . Pada hari ini mereka yg menjadi penyokong beliau adalah dari golongan berilmu yg minat membaca . Hasil nya mereka dapat memahami cara pemikiran beliau sebagai pemimpin . Sebab2 beliau bertindak dan membuat sesuatu keputusan dapat di fahami bagi sesiapa yg membaca buku2 beliau . Apa yg di katakan sebagai kroni itu sebenarnya adalah strategi beliau untuk membantu orang Melayu
Dengan melantik dan memberi peluang niaga kpd tokoh2 usahawan Melayu yg telah terbukti rekod kecemerlangan di masa lalu , beliau mengharapkan tokoh2 tersebut akan membantu pula ramai lagi usahawan Melayu untuk berjaya . Namun tidak semua yg di harapkan berjaya . Ada Melayu yg mudah gayat bila tiba2 berada di tempat yg tinggi . Adalah tidak adil meletak kegagalan tersebut di atas bahu Dr Mahathir .Beliau cuba memberi peluang kpd orang Melayu yg layak dan berkebolehan .Tetapi ada di antaranya di penghujung hari menjadi Melayu mudah lupa . Dato Seri Anwar Ibrahim mengelar golongan korporat lupa diri ini sebagai golongan ' Keparat '
Oleh itu berbalik kepada soalan apa jasa Dr Mahathir kpd orang Melayu , jawapannya tak perlu banyak . Cuma dengan sebuah jawapan iatu buku Malay Dilema itu sudah memadai . Jika hendak di sambung dgn jawapan jasa Dr Mahathir kepada orang Melayu setelah beliau menjadi Perdana Menteri , mungkin artikel ini bukanlah tempat yg sesuai kerana kisahnya terlalu panjang . Bacalah buku2 tulisan Dr Mahathir dan selepas itu penulis percaya akan timbul satu kesedaran mendalam terhadap diri sendiri . Buku beliau setaraf dan sama hebatnya dengan seorang lagi negarawan genius dari seberang Tambak Johor , iatu mendiang Lee Kuan Yew
Ingat , Iqraq , bacalah wahai Muhammad . Oleh itu kepada semua Melayu umat Muhammad bacalah agar kamu menjadi manusia yg berilmu seperti Tun Dr Mahathir Mohammed dan penyokongnya
Sesungguhnya ilmu itu pelita hidup dan ilmu itu juga yg menyebabkan darjat manusia itu berbeza , bukan harta , pangkat atau wang ringgit - Selamat Malam
Rayyan Adam
30 Januari 2018
30 Januari 2018
Comments
Post a Comment