Mengapa Kerajaan Suka Buat Berita Palsu ?

Menurut Sun Tze di dalam bukunya Art Of War , dalam sebuah peperangan , pihak yang berjaya mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan lawannya adalah bakal pemenang . Oleh itu di dalam peperangan , pihak yang pandai dalam seni tipudaya biasanya bakal memenangi peperangan . Seni ini biasanya di salah ertikan dengan sebuah lagi perbuatan yang hampir2 sama , tetapi sebenarnya tidak . Apabila sesuatu pihak di beri tanggungjawab menguruskan sesebuah organisasi atau sebuah negara , memperdaya pihak lain demi mendapatkan suatu keuntungan atau pun menutup kesalahan yang di lakukan , itu tidaklah boleh di golongkan dalam seni yang di perkatakan oleh Sun Tze .
Itu semata2 adalah perbuatan jahat lagi tidak bertanggungjawab . Ia tidak pernah di benarkan dalam agama seperti mana agama membenarkan tipudaya dalam sebuah peperangan . Jika seseorang askar di tangkap oleh pihak musuh , sewajarnya askar tersebut tidak memberikan maklumat yang tepat sekiranya beliau di soal oleh musuh . Penipuan seperti ini di benarkan kerana peperangan itu adalah tipudaya
Dalam Perang Dunia Kedua , Great Britain berpura2 membuat persiapan untuk menyerang Jerman yang bertapak di Perancis di suatu kawasan bertentangan dengan Calais di seberang Selat Inggeris . Jerman mempercayai pihak Bersekutu akan membuat pendaratan secara besar2an di Calais . Oleh itu semua tumpuan dan pertahanan mereka di tumpukan di Calais . Sebenarnya pihak Bersekutu mendarat di Normandy dan Jerman telah tertipu dengan maklumat palsu yang di sampaikan oleh perisik mereka sendiri . Akibatnya terlalu mahal untuk di bayar iatu Jerman akhirnya kalah perang .
Oleh itu dalam peperangan adalah amat penting seni tipudaya di gunakan demi mencapai kemenangan . Tetapi dalam mentadbir sebuah negara , adakah seni tipudaya seperti ini di benarkan ? Adakah strategi Sun Tze itu boleh di gunapakai ? Apabila kehidupan rakyat menjadi semakin sukar tetapi di katakan semuanya baik2 belaka ?. Apabila rakyat sudah hilang kuasa atau semakin mengecil kuasa beli tetapi di katakan rakyat lebih suka membeli perkara lain ?
Dalam sebuah negara yang memiliki kepantasan komunikasi di hujung jari , tiada maklumat yang boleh di tutup . Apabila wujud suatu pihak yang memberi sebuah berita yang tidak benar atau palsu , ianya akan dapat di ketahui dengan pantas . Ini bukan lagi zaman di mana maklumat memerlukan masa berhari2 atau berbulan2 untuk bergerak . Zaman perbodohan minda yang klasik telah berlalu . Ia pernah berlaku di era Munsyi Abdullah . Selepas Perang Candu China - Great Britain berakhir , Munsyi Abdullah di sebabkan kariernya yang membolehkan beliau rapat dengan Pegawai tadbir Inggeris telah mengetahui bahawasanya China telah kalah perang . Tetapi orang2 China di Singapura dan Melaka telah mentertawakannya dan menuduhnya berbohong . Mereka berkata tidak perlu berperang pun China boleh menang dengan cara menyuruh semua rakyatnya meludah kepada askar British dan mereka semua akan tenggelam dalam air ludah !
Penulis ingin merujuk kepada agen2 penyebar maklumat kerajaan seperti JASA . Sejak beberapa tahun yang lalu lagi telah di perhatikan , JASA tidak memberikan maklumat yang benar kepada rakyat . Apa yang di sampaikan bukanlah kebenaran hakiki tetapi cuma kebenaran yang memihak . Semua maklumat yang memihak kepada kerajaan sahaja akan di maklumkan kepada rakyat . Maklumat yang tidak memihak kepada kerajaan akan di ubah suai supaya ia kelihatan memihak kepada kerajaan . Oleh itu apa yang sampai kepada rakyat ialah maklumat yang telah di ubah suai . Kerajaan adalah " guru " kepada maklumat yang telah diubahsuai .Yang lucunya mereka pernah mendakwa Sarawak Report dan pembangkang telah mengubah suai dokumen Andre Justo , walaupun tanpa bukti !
Apabila rakyat tertekan kerana kos kehidupan yang tinggi , agen2 mereka akan bercerita mengena lebuhraya yang penuh sesak dengan kenderaan . Kedai makanan segera penuh sesak . Ramai beratur panjang membeli tudung , dan bermacam2 lagi berita yang telah di ubahsuai kebenarannya . Hakikat sebenar bukanlah menunjukkan rakyat negara ini sedang hidup bahagia tetapi ia sekadar maklumat yang berlaku secara kebetulan .Lebuhraya sesak berlaku setiap hari Jumaat , hari cuti umum dan musim perayaan . Kedai makan segera penuh sesak pada hari2 tertentu dan tempat tertentu . Ia biasanya ketika awal bulan . Ramai beratur panjang adalah kumpulan rakyat yang membentuk minoriti yang mampu untuk membeli tudung yang berjenama . Tetapi kebanyakannya hanya membeli tudung di pasar malam . Begitulah agen2 kerajaan mengubahsuai berita agar ia kelihatan memihak kepada mereka .
HAKIKAT NYA INI SEMUA ADALAH BERITA PALSU
Baru2 ini Tun Faisal telah di tempelak oleh pemilik Pasar Raya Mydin . Ia adalah suatu kerja yang bersifat lucu apabila beliau cuba mendakwa pihak yang begitu pakar dalam bidangnya iatu bisnes peruncitan telah gagal dalam misinya . Mydin cuma pelaksana kepada sebuah perancangan dan perancangnya ialah kerajaan itu sendiri . Apabila Mydin gagal , maka bermakna perancang itulah yang gagal . Seperti sebuah peperangan , kekalahan dalam sebuah pertempuran tidak boleh di letakkan kesalahan yang pertama di atas bahu askar biasa tetapi Jeneral merekalah yang harus di persalahkan terlebih dahulu . Tugas Jeneral ialah mengatur tektik dan strategi sementara tugas askar ialah melaksanakannya . Dalam kes kegagalan KRIM , adakah wajar Mydin yang cuma pelaksana hendak di jadikan pihak yang terlebih dahulu di persalahkan ? Ke mana perginya pihak kerajaan yang selama ini kenyang dengan kredit dan puji2an suatu ketika dahulu ? Apabila bab kredit , kerajaan lah yang terlebih dahulu ke depan tetapi apabila bab kegagalan , mereka menyorokkan kepala di bawah meja dan meletakkan semua kesalahan di atas bahu Mydin ?
Oleh itu sekali lagi di nyatakan di sini sebarang dakwaan kerajaan mengenai kegagalan KRIM adalah di sebabkan oleh Mydin , adalah SUATU BERITA PALSU
Hari ini kita tidak tahu lagi bagaimana untuk mendapatkan sumber maklumat yang benar lagi tepat . Di Parlimen , Rafizi Ramli telah membongkarkan Dato Seri Najib sendiri memberikan jawapan yang tidak tepat . Malahan lama sebelum itu , kita semua telah mengetahui jawapan beliau mengenai pelaburan 1MDB di Pulau Cayman . Sehingga ke hari ini bukti kepada jawapan beliau tidak pernah dapat di tunjukkan kepada rakyat .
Oleh itu sekiranya Akta Berita Palsu ini hendak di wujudkan , ia hendaklah bukan sekadar menumpu kepada berita2 di Media Sosial tetapi tumpuan pertama mesti di berikan kepada pemimpin atasan . Apabila pemimpin nombor satu menipu , maka seluruh kerajaan dan sistemnya akan mengikut cara yang sama . Negara kita hari ini telah rosak teruk dengan contoh yang di tunjukkan oleh Perdana Menteri . Cuma menunggu masa sahaja ' tanah runtuh ' akan berlaku apabila gelembung pembohongan demi pembohongan ini sudah terlalu besar untuk di tampung oleh sistem yang menyokong pembohongan tersebut
.......Sooner Or Later
Selamat Malam
Rayyan Adam
13 Februari 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF