Mengapa Derma 2.6 billion Tidak Boleh Di Percayai ?

Mengimbas kembali sebuah artikel yang telah di tulis oleh penulis kira2 setahun yang lepas mengenai mengapa derma 2.6 billion yang di dakwa oleh Datuk Seri Najib Razak ke akaunnya adalah tidak boleh di percayai kewujudannya . Sebelum membaca artikel tersebut , penulis ingin menekankan beberapa fakta untuk di fikirkan oleh pembaca . Fakta2 tersebut memperkukuhkan pendirian penulis bahawa derma tersebut tidak wujud
Fakta 1
Datuk Seri Najib Razak di kenali dengan falsafah ' Cash Is King ' . Bagaimana mungkin seseorang pemimpin yang berfalsafah wang adalah segala2nya boleh melepaskan peluang sebesar 2.1 billlion ringgit ? Dari sejumlah 2. 6 billlion ringgit yang di dakwa di dermakan oleh Raja Arab Saudi , 2.1 billlion di dakwa oleh beliau telah di pulangkan kembali kepada penderma . Apakah yang boleh di lakukan dengan 2.1 billlion ringgit ? Adakah Raja Arab Saudi meminta semula wang derma dari beliau ? Ini tidak logik samasekali . Tiada manusia bermaruah dan waras mahu meminta semula derma yang telah di berikan . Dan penulis belum pernah mendengar atau membaca dalam mana2 rekod sejarah , sebahagian wang derma di pulangkan semula oleh penerima derma kepada penderma
UMNO khususnya memiliki banyak masalah sejak kehilangan Selangor pada tahun 2008 . Negeri ini adalah lubuk emas kepada Parti Politik yang menjadi pemerintah . Pada pilihanraya 2013 , Barisan Nasional bukan menjadi semakin kuat , sebaliknya semakin goyah akibat kerusi Parlimen semakin berkurangan . Ini bermakna semakin besar perbelanjaan yang di perlukan untuk ' pelaburan ' kuasa di masa depan . Oleh itu di mana logiknya dakwaan Dato Seri Najib bahawa 2.1 billion derma telah di pulangkan ?
Fakta 2
Kerajaan mendakwa derma tersebut di sebabkan Raja Arab kagum dengan perjuangan memartabatkan Islam oleh Datuk Seri Najib . Mari kita imbas kembali siri derma yang pertama telah bermula pada tahun 2011 . Beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 . Adakah logik dalam tempoh dua tahun banyak pembaharuan berkaitan Islam telah di lakukan oleh beliau ke atas negara ini ? Kita sendiri sebagai rakyat yang benar2 hidup di dalam negara ini boleh melihat sendiri pembaharuan apakah yang di maksudkan itu ? Jika seandainya Datuk Seri Najib mengarahkan masjid2 di negara ini di buka 24 jam sehari dan di bekalkan dengan Pengawal Keselamatan agar rakyat dapat beramal siang dan malam , barulah penulis akui bahawa memang ada pembaharuan drastik telah di lakukan oleh beliau untuk benar2 menjadikan negara ini menghayati Islam dengan sepenuhnya .
Begitu juga dengan hukum2 Islam . Penulis tidak nampak pun usaha2 beliau untuk memartabatkan hukum2 Islam di negara ini . Di sana sini penuh dengan hiburan . Di TV penuh dengan artis2 dan rancangan realiti TV bersama kekasaran bahasa dan budaya biadap . Tidak perlu di sentuh mengenai kehidupan peribadi . Biarlah rakyat sendiri mengadili beliau . Oleh itu di mana logiknya Raja Arab begitu terpesona dengan beliau kerana unsur2 berkaitan Islam ? Jika hendak terpesona , tokoh yang lebih tepat ialah Tun Dr Mahathir Mohammed dengan perjuangan konsistennya terhadap Palestin sehingga di kagumi oleh Allahyarham Yasser Arafat . Begitu juga dengan Tun Abdullah Badawi yang terkenal sebagai ' Mr Clean ' dan memiliki latarbelakang pendidikan agama yang kuat . Orang Utara kata ' pusing kut mana pun tak akan jumpa di mana logiknya '
Fakta 3
Surat dari penderma yang kononnya telah di berikan oleh penderma kepada kerajaan sebelum derma di serahkan . Surat tersebut hampir2 sempurna , namun ada satu kecacatan yang cukup membinasakan di penghujungnya . Ada satu ayat yang menyebut derma tersebut bukan rasuah dan tidak minta2 apa balasan . Di sinilah kecacatannya . Nak tahu mengapa ? Sebab surat tersebut di tulis selari mengikut isu yang di bangkitkan kemudian , iatu isu rasuah . Selepas pendedahan Sarawak Report dan seterusnya pengakuan Datuk Seri Najib , kebanyakan rakyat tidak mempercayai kerajaan dan percaya ia adalah suatu rasuah mega . Dan akhirnya isi kandungan surat yang di dakwa sebagai bukti penderma , telah di tulis seolah2 untuk menjawab persoalan ini . Dan ini menimbulkan persoalan , bila dan siapa sebenarnya yang menulis surat tersebut ? Dan adakah semua derma Raja Arab kepada lain2 negara di dunia ini ada di sertakan sekali dengan surat ?
Fakta 4
Semua transaksi kewangan ke akaun Datuk Seri Najib Razak yang di dakwa sebagai derma berlaku selepas tempoh 1MDB mendapat dana dari terbitan bon bermula dari tahun 2009 . Dari tempoh 2009 - 2013 , 1MDB telah menerbitkan beberapa terbitan bon dan dalam tempoh ini juga di dakwa Raja Arab menderma kepada akaun peribadi beliau . Paling ketara ialah derma 2.6 billion yang di salurkan kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib pada bulan Mac 2013 , berlaku sebaik2 sahaja terbitan bon 1mdb selesai pada bulan yang sama . Seolah2 Raja Arab mendapat seruan untuk memberi derma akibat mendapat inspirasi setiap kali bon 1mdb di terbitkan ? Mungkin bunyinya agak lucu . Inilah persoalan yang perlu di fikirkan . Derma di dakwa berlaku dalam suatu tempoh selama dua tahun dan dalam tempoh tersebut 1Mdb menerbitkan beberapa siri terbitan bon . Oleh itu sila fikirkan , samada ini sebuah kebetulan atau... ?
Baiklah , di bawah ini sila baca artikel yang penulis hantar di fb untuk tujuan perbahasan pada bulan Februari 2017 . Artikel ini mempersoalkan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi pada awal 2016 yang menyatakan kepada New York Times bahawasanya 2.6 billion tersebut adalah pelaburan bisnes dari Raja Arab . Tetapi dua bulan selepas itu di Istanbul , beliau menukar kenyataan kepada derma dalam satu pertanyaan spontan oleh wartawan . Sila baca dan fikirkan...
Pertamanya sebelum saya memulakan hujah , saya ingin sentuh berkaitan kepercayaan Pro kerajaan kepada kenyataan Menteri Luar Arab bahawa itu adalah derma
Sebelum hujah di teruskan harus di ingat bahawa yg menjadi hakim kepada kenyataan Menteri Luar tersebut adalah rakyat negara ini , bukannya SPRM , PDRM atau Peguam Negara . Hakikat sebenar adalah rakyat yang mengambil tempat hakim di Mahkamah peti undi tidak lama lagi . Oleh itu sebagaimana prinsip undang2 di tegakkan dalam prosiding Mahkamah , sebenarnya ia adalah selari dengan sifat setiap hujah itu boleh di terima di luar Mahkamah
Yang ingin di tekankan di sini ialah bukan persoalan itu merupakan kenyataan rasmi seorang Menteri tetapi samada kenyataan tersebut boleh menyakinkan hakim negara iatu rakyat ( Rakyat Hakim Negara ) . Pihak yg mendakwa bahawa kenyataan Menteri tersebut adalah benar dan rasmi tidak memiliki sebarang kuasa utk membuat keputusan bagi pihak rakyat
Memandangkan tiada sebarang bukti atau dokumen sokongan , ia cuma di anggap sekadar dengar cakap ( walaupun pihak yg berkepentingan berkeras mendesak bahawa inilah kebenaran sebenar ) . Maka di sini samada suka atau tidak , mana2 pihak yang boleh menampilkan persembahan persepsi yg paling kuat , maka akan di lihat sebagai pihak yg benar oleh rakyat
Ini hujah saya ;
Bahagian Pertama
1) Kenyataan Menteri Luar Arab tersebut di buat dua kali dalam sela masa lebihkurang 60 hari . Dalam kenyataan pertama beliau menyatakan ia adalah pelaburan . Dalam kenyataan kedua selepas itu beliau menyatakan ia derma . Dalam Mahkamah apabila saksi memberikan dua kenyataan bercanggah , saksi tersebut di anggap tidak memiliki kebolehpercayaan keterangannya oleh hakim . Di sini keterangan Menteri tersebut di anggap tiada asas untuk di percayai keterangannya
2) Kenyataan pertama Menteri Luar Arab kepada New York Times di lihat lebih berkredibiliti . Ia di berikan dalam situasi tanpa sebarang unsur ' terpaksa ' berbanding memberikan kenyataan di Istanbul di mana Menteri Luar Arab Saudi cukup menyedari kesan dari keterangan kepada pemimpin negara yang di temui ( Datuk Seri Najib Razak ) . Kenyataan kepada New York Times memang ia ada menyatakan bayaran tersebut utk pelaburan bisnes , walaupun cuba di spin ia sebagai pelaburan politik
Tiada sebarang keperluan untuk saya berkeras di sini utk mengukuhkan kenyataan bahawa ia adalah bayaran utk pelaburan bisnes . Seluruh dunia dan seluruh negara telah tahu kenyataan Menteri ini .Tidak timbul samasekali ini pelaburan politik . Jika ini pelaburan politik sudah tentu Menteri tersebut akan sebut derma pada kenyataan pertamanya . Kenyataan yang menafikan hakikat ini di anggap KARUT sebab yang cuba menyangah pun tidak dapat membuktikan kenyataan resmi bercanggah dgn blog yang wujud . Malahan yang menyanggah sendiri pun tidak memiliki sebuah kenyataan lengkap dari Menteri Luar Arab kepada NYT pada awal 2016
3) Kenyataan Menteri Luar Arab tiada dokumen sokongan . Beliau tidak menunjukkan sebarang penyata transaksi dari mana2 bank . Ini bukti yang paling kritikal sekali .Beliau sekadar bercakap , malahan sambil berjalan .Tiba2 di ajukan dgn pertanyaan di luar jangkaan .Dan Menteri berada bersama Datuk Seri Najib yang telah terlibat dengan pertelingkahan serius mengenai isu tersebut . Sebagai Menteri yang berdiplomasi , apakah yg harus di lakukannya ? Menjaga negara sahabat ( iatu Malaysia ) atau menjadikan perjumpaan beliau hancur ? ? Dan beliau terpaksa balik membawa lapuran kepada Raja Arab Saudi yang berkuasa mutlak mengenai perlantikan atau pemecatannya . Fahami maksud jawapan saya ini dengan mendalam
4) Menurut Pro Kerajaan kenyatan seorang Menteri Luar adalah resmi . Telah terbukti ( walau cuba di nafi ) kenyatan pertama Menteri Luar bahawa bayaran tersebut untuk sebuah pelaburan bisnes . Kenyataan pertama jauh lebih berkredibiliti kerana saya tekankan sekali lagi ia di buat tanpa sebarang tekanan dan New York Times memberikan masa yg cukup kepada beliau memberikan jawapan , bukan seperti beliau di Istanbul di mana beliau di soal secara tiba2
Bukti New York Times memberikan masa yg cukup ialah apabila NYT juga telah memberikan masa yg cukup kepada Pejabat Perdana Menteri Malaysia ( PMO ) untuk memberi komen mengenai persoalan dari mana Riza Aziz mendapat kekayaan dan mampu mengeluarkan filem . Selepas komen di berikan barulah NYT mengeluarkan berita mengenai isu ini .Inilah contoh kredibiliti yg di tonjolkan oleh NYT demi untuk mengelakkan tindakan saman atau protes dari mereka yg terlibat dgn bahan berita yg mereka keluarkan
Bahagian Kedua
Hujah saya bahagian kedua ialah mengenai transaksi yg di katakan wang derma kepada akaun Najib razak pada 21 March dan 25 March 2013 .Hujah saya ini memiliki
a) Rekod transaksi oleh Bank ( di simpan oleh bank terlibat )
b) Memiliki tandatangan 1MDB Officer 3
c) Transaksi di sahkan menerusi kes Mahkamah bekas Pengurus Falcon bank
d) Bukti transaksi jelas wujud kerana Pengawal Kewangan Singapura ( MAS ) telah menjadikan ia bukti dalam perbicaraan bekas pengurus Falcon Bank yg di sabitkan kesalahan . Bukti ini yg di jadikan sandaran oleh hakim Mahkamah Singapura utk menjatuhkan hukuman terhadap bekas Pengurus terbabit
Tanpa rekod transaksi saya sendiri tidak berani berhujah .Dari mana saya dapat keterangan ? Saya perolehi ia dari Lapuran Badan yg di sahkan dan berkeupayaan memaksa sesiapa juga mendedahkan apa yg mereka mahukan sebagai bahan siasatan dan seterusnya bukti utk menyabit kesalahan indivitu tertentu .Badan tersebut adalah
a) Pengawal Kewangan Singapura ( MAS )
b) Mahkamah Singapura
c) Jabatan Peguam Negara AS menerusi DOJ
d) Bank2 perdagangan yg merekodkan transaksi
Saya tidak memiliki akses kepada rekod penyata transaksi tetapi Lapuran DOJ beserta Mahkamah Singapura tidak sewenang2nya menyabitkan kesalahan tanpa melihat bukti penyata transaksi . Adalah karut untuk terus meminta bukti transaksi dalam bentuk penyata . Namun Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan wujud kemasukan 681 USD juta dalam akaunnya antara 21 March dan 25 March 2013 , iatu tarikh yg sama Tanore Finance ( Falcon Bank ) transfer USD 681 juta ke akaun Ambank Private Najib Razak
Satu perkara harus di ambil perhatian bahawa transaksi ini cuba di tutup dari pengetahuan MAS . Ini telah di catat dalam prosiding Mahkamah Singapura . Eric Tang atau Jhe Low telah berjumpa dgn bekas pengurus Falcon Bank pada 14 March 2013 iatu seminggu sebelum transaksi ke akaun Datuk Seri Najib Razak . Mengikut fikiran logik , apa masalahnya transaksi ini mesti di rahsiakan jika ianya sah dan mengikut undang2 ?
Bahagian Ketiga
Hujah saya bahagian ketiga memperincikan mengenai huraian transaksi
Secara ringkasnya ia bermula dari Terbitan Goldman Sach 2013 untuk Bon 3 billion USD ( Projek Cataylze ) bagi kerjasama 1MDB Global dan Aabar BVI ( ADMIC ) . Ia di bayar kepada Mellon Bank Of New York dan seterusnya ke akaun 1MDB Global di BSI Bank Lugano
Dari situ ia menghantar lebih 1.5 billlion USD kepada 3 buah Overseas Invesment Fund .Dan sebanyak 835 USD juta di hantar secara kolektif dari situ ke Tanore Finance di Falcon Bank Singapura ( 21 March 2013 ) .Dari March 21 March 2013 dan 25 March 2013 , sebanyak 681 USD juta di hantar kepada akaun Ambank Private Najib .Penandatangani di akaun Tanore Finance adalah 1MDB Officer 3 . Rekod transaksi dari tiga buah Overseas Investment Fund iatu Devonshire , Enterprise dan Cistenique ke Tanore akaun di simpan oleh J.P Morgan Chase di AS . Kesemua transaksi di buat menerusi bank tersebut
Jika wujud pertanyaan mengenai bukti penyata transaksi selepas mereka membaca artikel di atas , itu menunjukkan mereka masih tidak faham apa yg di baca . Jika minda intelek mereka tidak bertanya bukti penyata transaksi kerana mereka sedar bukti itu memang wujud tetapi dalam DUA keadaan iatu ;
1) Hanya boleh di lihat oleh pihak yg memiliki kuasa perundangan .Contoh seperti Pengawal Kewangan Singapura dan Mahkamah Singapura
2) Lapuran DOJ memang telah menyimpan dan melihat semua bukti transaksi terlebih dahulu sebelum mereka memulakan saman terhadap 3 individu. Dan Bank2 Perdagangan seperti J.P Morgan yang di sebut dalam Lapuran tersebut telah merekodkan dan menyimpan rekod mengenai transaksi . Bagi yang belum meneliti Lapuran DOJ 1.0 , sila berbuat demikian . Dalam isu 2.6 billlion , fokus kepada mukasurat 70-75 lapuran

Rayyan Adam
22 Februari 2018

Comments

Popular posts from this blog

THE STORY OF GRIEF

KISAH KEBANGKITAN CHINA