Manusia Fanatik Selalu Rugi
Parlimen telah pun di bubarkan . Kempen pilihanraya ke 14 di jangka yg paling kotor sejak 1957 . Bunga2nya telah di kesan dari permainan kotor yg mengakibatkan Parti ' anchor ' kepada Pakatan Harapan gagal di daftarkan . Ini lah pilihanraya yg bakal menyaksikan tiada lagi sebarang strategi dan rancangan . Apa yg ada di tangan akan di lontar ke pihak lawan tanpa mengira samada ia mengikut peraturan atau sebaliknya .
Ini adalah Battle Of The Kursk , pertempuran kereta kebal terbesar dalam sejarah dunia antara Jerman dan Rusia pada 1943 . Ia berakhir dgn askar kedua belah pihak keluar dari kereta kebal masing2 dan menggunakan tangan dan kaki mereka untuk membelasah lawan , setelah semua peluru kehabisan . Jeneral kedua belah pihak yg memerhati dari jauh sudah tidak dapat berbuat apa2 lagi kerana mereka telah hilang kawalan . Inilah yg di jangka akan berlaku dalam kempen PRU14 yg telah pun bermula
DAP dan isu perkauman di jangka akan di gunakan dgn sehabis mungkin oleh pihak Umno dan penyokongnya . Negara ini akan menyimpan parut luka yg dalam akibat kempen seperti ini . Rasa hormat dan percaya kaum Cina terhadap orang Melayu akan musnah sebaik2 saja pilihanraya tamat . Samada BN menang atau kalah , parut ini amat sukar untuk sembuh . Parut 13 Mei 1969 pun masih tidak hilang tetapi ia terus di tambah lagi dgn parut yg baru . Jika di takdirkan PH menang dan memerintah , barulah ada harapan kepercayaan orang2 Cina terhadap Melayu dan pemimpin mereka akan kembali , walaupun ia mengambil masa yg panjang
Penyokong Umno selalu memomokkan DAP dgn peristiwa 13 Mei . Agak .menghairankan kerana pencetus batu api dalam peristiwa tersebut ialah Parti Gerakan yg menjadi sekutu mereka . Tetapi DAP terus di tunjuk sebagai parti yg bersalah
Kefanatikan penyokong Umno berasal dari pemimpin mereka . Ia demi mengekalkan kuasa mereka dgn cara mudah tanpa perlu berusaha keras . Sebut sahaja keyword ' DAP ' , selesailah masalah mereka utk menang pilihanraya . Namun itu cuma terpakai kepada kawasan2 luar bandar yg pekat dgn sifat Melayu dan sempit pemikiran mereka . Kepekatan itu kerana latarbelakang pendidikan dan percampuran mereka
Anak2 Melayu yg tinggi IQ , bercampur dgn pelbagai kaum yg tinggi juga IQ mereka , lebih 'cair " pandangan mereka terhadap kaum lain . Mereka lebih menerima kepelbagaian ini dgn fikiran terbuka dan gembira . Malah anak2 dari kaum lain juga boleh menerima antara satu sama lain tanpa rasa benci dan memandang rendah antara satu sama lain
Jika di lihat kepada sekolah2 warisan penjajah
yg terbaik di negara ini seperti Victoria Institution , St John Inst , Penang Free School , Anderson , King George , percampuran antara kaum sangat sihat . Sesungguhnya minda terbaik selalu di susuli dgn sikap2 yg positif . Namun begitu , budaya dan tradisi sekolah juga sebenarnya memainkan peranan . Sekolah2 warisan penjajah masih mengekalkan nilai2 disiplin diri dan Sivik yg amat tinggi . Semua ini adalah faktor yg menyumbang kepada kesedaran mengenai diri sendiri dan kaum masing2
yg terbaik di negara ini seperti Victoria Institution , St John Inst , Penang Free School , Anderson , King George , percampuran antara kaum sangat sihat . Sesungguhnya minda terbaik selalu di susuli dgn sikap2 yg positif . Namun begitu , budaya dan tradisi sekolah juga sebenarnya memainkan peranan . Sekolah2 warisan penjajah masih mengekalkan nilai2 disiplin diri dan Sivik yg amat tinggi . Semua ini adalah faktor yg menyumbang kepada kesedaran mengenai diri sendiri dan kaum masing2
Anak2 Melayu yg belajar di sekolah seperti ini kesedaran mereka terhadap kaum mereka adalah jauh lebih tinggi berbanding anak2 Melayu yg bersekolah di luarbandar dan tidak bercampur dgn kaum lain . Mereka sedar akan kekurangan kaum mereka . Mereka sedar mengapa kaum ini di pandang rendah oleh kaum lain . Semuanya bermula dari orang Melayu itu sendiri . Mereka juga sedar sikap fanatik dan beremosi tidak akan dapat membantu kaum ini keluar dari kekurangan mereka . Apabila ini terjadi , orang Melayu hanya perlukan pemimpin yg bersifat batu api utk melepaskan rasa marah dan kecewa mereka akibat ketinggalan dalam hidup .
Kesedaran sebegini amat kurang di kalangan anak2 Melayu yg bersekolah di luarbandar dan tidak bercampur dgn anak2 dari kaum lain secara aktif . Mereka inilah yg bakal menjadi sasaran mudah oleh golongan pemimpin batu api
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee memilki kesedaran terhadap kaumnya dgn mendalam . Apabila takdir menentukan beliau di angkat menjadi seniman agung , maka lahirlah filem Sarjan Hasan . Latarbelakang pendidikan bersama kaum2 lain di Penang Free School amat membantu beliau untuk di percayai oleh Tan Sri Run Run Shaw untuk menjadi orang penting dalam organisasinya .
Dengan platform Shaw Brothers lah , P.Ramlee meluahkan rasa hatinya mengenai kekurangan dan kelemahan masyarakat Melayu . Antaranya ialah filem Penarik Beca , Antara Dua Darjat , Ibu Mertua ku . Sarjan Hasan , Pendekar Bujang Lapok , dll . Itulah bukti kesedaran seorang anak Melayu yg banyak bercampur dgn kaum2 lain yg maju pemikiran mereka . Penulis percaya , P.Ramlee tidak melihat Parti DAP sebagai ancaman terhadap orang Melayu sekiranya beliau masih hidup . Yg menjadi ancaman terhadap bangsa Melayu sebenarnya adalah pemimpin Melayu itu sendiri . Hari ini tanah rizab Melayu cuma tinggal 12 peratus
Marilah kita ubah sikap dan cara berfikir . Ubah diri sendiri dan barulah kita akan di hormati oleh kaum lain
Selamat berhujung minggu
Rayyan Adam
7 April 2018
7 April 2018
Comments
Post a Comment