Kemarahan Itu Menyekat Akal Mereka
Itu adalah kata2 yang pernah di ucapkan oleh seorang pemimpin kulit hitam AS mengenai kaumnya pada sekitar tahun 60an dahulu . Ia berkisar mengenai kemunduran kaum kulit hitam di negara tersebut yang di dakwa di diksriminasi oleh kulit puteh AS . Mereka marah dan terus marah , tetapi hampir2 tidak mahu memperbaiki diri mereka dari segala aspek , terutama akademik .
Lebih seratus tahun dahulu rakyat Jepun berasa marah dengan kulit puteh Amerika yang cuba memaksa mereka membuka negara tersebut kepada orang luar . Tetapi mereka bernasib baik kerana memiliki seorang Maharaja yang bijaksana . Baginda tidak marah , sebaliknya menggunakan anugerah Tuhan yang termahal kepada manusia , iatu akal . Beliau mengambil keputusan untuk tidak buat musuh dan berperang dengan pihak lawan , sebaliknya berkawan dan bekerjasama dengan lawan beliau . Hasilnya amat memberi makna dan telah membanggakan bangsa tersebut sehingga ke hari ini . Apa boleh terjadi sekiranya Maharaja Jepun mengambil keputusan bermusuh dan berperang dengan lawannya ? Tentulah seluruh sejarah Jepun , sejarah Asia dan sejarah dunia berubah pada hari ini
Kisah yang berlawanan berlaku di seberang sana , iatu China . Lebih seratus tahun dahulu , bangsa China di kuasai sepanjang masa dengan kemarahan terhadap bangsa kulit putih . Ia berasal dari rasa megah dan ego terhadap tamadun mereka yang di anggap pusat kepada alam ini . Segala2 yang datang dari Barat adalah sampah bagi mereka . Lebih malang lagi , Maharaja mereka tidak sebijak Maharaja Jepun . Malah baginda lah yang menganjurkan kebencian terhadap Barat kepada rakyatnya . Kemarahan telah menyekat akal Maharaja China . Seterusnya apa yang berlaku kepada negara yang sombong ini telah menjadi sejarah . Allah aibkan mereka satu persatu . Kemuncaknya ialah apabila Maharaja sendiri terpaksa melarikan diri dari Istana kerana takut kepada serangan askar2 Barat
Adakah sejarah Jepun dan China tiada kaitan dengan orang Melayu di negara ini ? Cuba lihat sikap orang2 Melayu dalam Umno terhadap kaum Cina DAP ? Mereka momokkan parti ini dengan pelbagai cara . Tetapi adakah ia membawa sebarang manafaat kepada bangsa Melayu ? Melayu Umno terus selesa kerana mereka tidak perlu bersaing dgn kaum2 lain di negara ini . Walau apa jua yang terjadi , kuasa tetap ada pada mereka kerana momokan mereka sentiasa dapat sambutan dari Melayu yang tidak boleh berfikir . Mereka bebas untuk berbuat apa saja . Mereka tidak perlu berusaha untuk hidup . Segala2nya di sediakan . Tetapi apa akibatnya kepada kualiti bangsa ? Adakah kualiti bangsa Melayu menjadi semakin baik dengan cara begitu ? Atau mereka hanya menjadi kaum yang suka meminta2 ? Tidak boleh berdikari . Tidak boleh berjaya tanpa di bantu oleh kerajaan
Adakah mana2 pihak yang berani mengkritik secara jujur ? Selepas era Dr Mahathir yang suka berterus terang terhadap segala kelemahan orang Melayu , adakah mana2 pihak yang berani berbuat demikian ? Adakah ianya Tun Abdullah Badawi ? Adakah ianya Dato Seri Najib ? Adakah ianya MCA ? Adakah ianya Gerakan ? Jawapannya tidak samasekali . Yang berani mengkritik orang Melayu secara jujur cuma Tun Dr Mahathir dan Parti DAP . Tanpa mereka , Melayu akan terus tenggelam dengan segala keselesaan dan sifat2 negatif yang telah memundurkan bangsa ini sejak ratusan tahun dahulu . Hanya sahabat yang baik atau pihak lawan sahaja akan berani menegur kita dengan jujur dan berterus terang . Oleh itu hormatilah pandangan mereka kerana apa yang mereka sebut mengenai diri kita biasanya benar belaka
Namun , kemarahan itu telah menyekat akal mereka . Selama ini di sangkakan bahawa MCA dan Parti Gerakan adalah sahabat orang Melayu yang baik . Tetapi hakikatnya ia bukan seperti di sangka . Sahabat yang baik akan sentiasa menegur dan mengkritik . Sementara DAP yang sentiasa mengkritik dan menegur , di anggap.musuh dan lawan abadi . Begitu juga dgn Dr Mahathir . Umno regim Najib Razak adalah punca segala kemunduran ini . Najib Razak adalah bayangan Maharaja China yang tidak pernah berhenti marah terhadap lawannya , sementara Dr Mahathir yang telah berjaya mengubah kesilapannya di masa lalu , telah menukar rasa marah tersebut kepada sikap berkawan dan bekerjasama dengan bekas lawannya . Beliau telah mengikuti kebijaksanaan Maharaja Jepun
Oleh itu jangan lagi kita memilih pemimpin yang sentiasa menyokong kemarahan terhadap lawan tanpa mahu berfikir menggunakan akal . Pilihlah pemimpin yang sentiasa belajar dari kesilapan dan BERANI berubah tanpa gentar di hina dan di cerca
Pilihanraya di depan muka pintu . Buatlah pilihan yang betul . Ingatlah bahawa ,
KEMARAHAN ITU AKAN MENYEKAT AKAL
Selamat Pagi Jumaat
Rayyan Adam
23 Mac 2018
23 Mac 2018
Comments
Post a Comment