Jangan Hilangkan Peluru Anda
Apabila wujud peperangan yg sedang menemui jalan buntu , maka banyaklah korban sia2 bakal terjadi . Situasi ini boleh terjadi apabila kedua belah pihak telah hilang kelebihan masing2 dan menjadi setara antara satu sama lain .
Dalam Perang Dunia Pertama , tentera Perancis dan Jerman tersekat dalam peperangan di sempadan dua buah negara . Jerman yg di kepalai oleh Kaisar tidaklah sehebat Bismarck ketika mengepalai peperangan Perancis - Jerman 1876 yg berat sebelah . Kelebihan Jerman waktu itu ialah kepimpinan dan senapang mereka yg jauh lebih berkuasa berbanding yg di miliki oleh Perancis
Dalam Perang Dunia Pertama pada 1914 , Bismarck telah pun di pecat oleh Kaisar . Oleh itu dua kelebihan Jerman pada perang 1876 kini telah hilang . Mereka telah setara dgn pihak lawan yg telah pun memiliki persenjataan yg sama hebat . Kedua belah pihak sering membuat serangan yg mengorbankan nyawa berpuluh ribu askar hanya untuk mara beberapa puluh meter ke hadapan sebelum mengundur semula kedudukan asal . Hanya dengan penyertaan AS pada 1918 sahaja barulah berlaku ' turning point ' yg akhirnya membawa kemenangan kepada pihak Berikat
Itulah faktor kelebihan yg menjadi ' peluru ' utama utk menang perang . Dalam tahun 1918 , AS adalah peluru kepada pihak gabungan Great Britain - Perancis untuk mengalahkan Jerman dan sekutunya . Apabila peperangan sudah tidak setara , di waktu itu kita sudah boleh ramalkan siapa akan menang dan siapa akan kalah
Pada PRU 2013 , pihak BN dan Pembangkang terikat dengan kebuntuan dalam perang tidak beradab antara satu sama lain . Masing2 penuh dgn maki hamun . Tak dapat di bezakan yg mana satu lebih jahat . Kedua belah pihah telah hilang " peluru ' paling berkuasa iatu kesopanan dan kesusilaan . Tetapi secara tidak di sangka , seseorang yg pro kerajaan telah menghantar satu video lucah yg mengaibkan seorang pemimpin pembangkang . Di sinilah ' turning point ' yg menghilangkan kelebihan di pihak kerajaan tetapi sebaliknya memberi kelebihan atau ' peluru ' kpd pembangkang
Namun begitu , pemimpin BN terkeliru hampir seratus peratus . Mereka menyangka itu adalah kelebihan mereka . Hakikatnya video tersebut adalah peluru pembangkang yg menempah maut bagi pihak mereka .Hasilnya BN sekali lagi berputih mata melihat kerusi Parlimen semakin berkurangan dan Selangor kekal di bawah pembangkang . Mat Zin dan bilik perangnya hilang entah ke mana
Pada hari ini pola yg hampir sama berulang . Kerajaan memiliki kuasa dan pembangkang memiliki Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim yg berpengaruh . Situasi adalah setara . Mengapa setara ? Kerana kedua belah pihak telah mengulangi semula episod maki hamun antara satu sama lain . Ia di mulakan oleh penyokong Najib Razak . Jika di andaikan penyokong pembangkang tidak menyahut provokasi biadab penyokong Najib Razak , nescaya mereka ada satu peluru yg amat berkuasa . Ia boleh di gunakan pada masa yg sesuai . Dan masa yg sesuai itu adalah sekarang .
Dengan mengambarkan pihak lawan adalah biadab dan tidak bertamaddun serta kurang ajar , ia adalah senjata paling ampuh utk menang pilihanraya . Tetapi ada syaratnya . Anda tidak boleh lakukan apa yg lawan lakukan . Jika lawan biadab , suka main isu peribadi , suka mengaibkan orang , jangan ikut . Jika anda ikut serta dgn melakukan perkara yg sama , maka anda telah kehilangan peluru paling berharga . Anda akan sedar peluru tersebut telah hilang apabila tuduhan anda bahawa pihak lawan biadab dapat di jawab semula . Nak tahu apa jawapannya ?
Lawan akan berkata , ' Kamu Pun Biadab Juga '
Oleh itu apa anda hendak kata ? Di waktu ini baru anda teringat suatu kata2 paling mahal . Kata2 tersebut menyatakan bahawasanya manusia yg paling kuat adalah manusia yg dapat menahan sabar . Benarkah kata2 itu ? Cuba renung kembali ke belakang . Jika anda tunjuk contoh yg baik kpd lawan , apabila sampai waktu pertarungan , lawan tidak akan boleh mengatasi anda . Jika anda tuduh lawan biadab , apa yg boleh di jawab oleh lawan ? Pasti mereka menjadi bahan belasahan anda seperti mana Bruce Lee membelasah Chuck Noris sehingga mati dalam filem Way Of The Dragon
Oleh itu kepada rakan2 dalam PH , bersyukurlah bahawa kita ada Mahaguru yg amat bijak dalam seni mengatasi lawan . Slogannya yg paling berbisa mengenai perkara ini ialah Kepimpinan Melalui Teladan . Kita perlu tunjuk contoh terlebih dahulu sebelum kita boleh mengatasi lawan . Hari ini Najib Razak telah hancur dari segi ini tetapi jika kita mengikut rentak beliau , sukar bagi kita utk mengatasi mereka .
Biarkan mereka tenggelam dalam dunia kebiadaban dan jangan sesekali kita ikut tenggelam . Mudah2an akan muncul lagi pelbagai2 kebiadaban dari pihak mereka agar kelebihan akan berpihak akhirnya kpd Pakatan Harapan . Semoga Allah turunkan sebuah lagi peristiwa seperti yg telah berlaku pada PRU 2013 dan seterusnya menjadi ' turning point ' kpd PH untuk memenangi pilihanraya ke 14 dengan gemilang . Doakan
Selamat Malam
Rayyan Adam
30 Mac 2018
30 Mac 2018
Comments
Post a Comment