Jangan Buat Kempen Sia2

Kempen2 politik di Media Sosial muncul dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan terhadap pemimpin dari parti lawan . Ia samada berasas atau tidak berasas . Buat masa ini dua orang pemimpin iatu dari Parti pemerintah Umno@ Barisan Nasional dan dari Parti Pembangkang Pakatan Harapan menjadi fokus serangan oleh kedua belah pihak . Mereka ialah Dato Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohammed
Serangan terhadap Dato Seri Najib Razak oleh Cytro Pakatan yang kebiasaannya berkaitan dua aspek pemerintahan beliau iatu isu ketiadaan INTEGRITI dan KEBIJAKSANAAN . Ini adalah isu2 yang sedang membinasakan karier politik beliau dengan cara yang amat mengesankan rakyat . Isu2 ini gagal di neutralkan oleh Cytro Umno @ Barisan Nasional secara profesional . Mereka seperti merenjis air air ke atas sebuah kebakaran yang melanda sebuah hutan . Mana mungkin isu2 seperti siri pembohongan beliau berkaitan kegagalan besar 1mdb dan isu2 tertekannya rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi , di jawab oleh Cytro Umno dengan posting gambar2 Dr Mahathir sedang menunggang kuda ?
Sementara segala tuduhan2 Cytro Umno terhadap Dr Mahathir dengan mudah dapat di patahkan oleh Cytro Pakatan dengan mudah dan bersahaja . Semuanya berpunca dari peneutralan isu . Segala isu yang cuba di bawakan ke atas Dr Mahathir sebenarnya adalah isu2 umum dalam sebuah dunia politik . Isu2 kekayaan anak2 Dr Mahathir , isu2 projek yang di dakwa gagal di zamannya , isu2 berkaitan agama iatu mengenai aurat isteri dan pemeliharaan anjing . Semua isu tersebut adalah isu2 lumrah yang tiada unsur luarbiasa sehingga tidak boleh di terima rakyat .
Negara ini telah merdeka lebih 60 tahun dan rakyatnya tidak boleh di perbodohkan dengan cara begitu . Sebagai contoh , gambar2 kuda Dr Mahathir yang bertujuan memburukkan negarawan tersebut dengan mudah boleh di balas dengan gambar mesin2 kuda di kasino Las Vegas iatu tempat di mana mereka yang ada kaitan dengan Dato Seri Najib pernah menghabiskan berjuta2 wang 1mdb di situ . Dengan petik jari segalanya telah di neutralkan
Artikel ini bertujuan menyedarkan pihak2 yang masih jahil mengenai apa yang di namakan berkempen secara bijaksana . Jangan sia2 kan masa penyokong untuk membaca kempen2 yang tidak berfaedah dan seterusnya ' duplicate ' semula apa yang mereka baca kepada rakan2 lain di Media Sosial atau di kedai kopi . Ia seperti menviralkan ' sampah ' dari satu minda ke minda yang lain . Akhirnya negara kita di penuhi minda yang sarat dengan sampah
Buatlah kempen yang ada ' substance ' . Buatlah dakwaan yang tidak akan boleh di neutralkan oleh pihak lawan . Seperti kempen Cytro Pakatan yang menekankan kepada dua isu iatu integriti dan kelayakan Dato Seri Najib untuk terus memerintah negara ini . Ia tidak ada cara untuk di neutralkan oleh Cytro Umno kerana Dr Mahathir adalah pemimpin yang memiliki kesemua empat ciri yang di tuntut oleh agama untuk melayakkan beliau sebagai pemimpin .
Bukti dari kegagalan Cytro Umno untuk meneutralkan serangan Cytro Pakatan terhadap Dato Seri Najib jelas di lihat apabila mereka tidak menulis ' Dr Mahathir ' dengan istilah sopan seorang bekas Perdana Menteri yang wajar di hormati , tetapi sekadar sebuah panggilan biadab iatu ' Madey ' atau ' Kutty ' , seolah2 negarawan tersebut adalah adik2 mereka . Dan banyak lagi kempen kebudak2an seperti yang di sebutkan di atas iatu posting gambar kuda , posting temuramah Datin Sri Hasmah mengenai pemakaian tudung ( seolah2 Datin Sri Rosmah adalah sebaliknya ) , selebihnya pembaca boleh baca sendiri di fb
Penulis ingin berpesan kepada Cytro Pakatan agar menjaga imej Cytro pembangkang supaya tidak di pandang rendah oleh semua pihak , terutamanya golongan atas pagar . Inilah pihak yang ingin kita rebut undi mereka . Jangan terikut dengan kempen2 yang tidak memberi kesan kepada pemikiran rakyat oleh Cytro Umno . Pihak yang berkempen secara bijaksana dengan membuat isu2 yang tidak boleh di neutralkan oleh pihak lawan , pasti bakal di berikan undi oleh mereka . Manusia yang bijak akan memilih manusia yang bijak juga sebagai pemimpin pilihan mereka
Selamat Pagi Rabu
Rayyan Adam
28 Februari 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF