Jadilah Modal Insan Berkualiti
Mengapa Indonesia dan India gagal menjadi kuasa dunia ? Penduduk mereka cukup melayakkan mereka menjadi ' Super Power ' . Tetapi realitinya masih jauh bagi mereka . India masih bergelut dengan kemiskinan dan Indonesia sedang berenang keluar dari seksaan rasuah di bawah Presiden Jokowi . Tetapi mengapa pula Jepun , China dan Korea Selatan , berserta Barat yang telah lama mendominasi dunia , berjaya menjadi kuasa ekonomi yang di segani ? Secara ' common sense ' jawapan itu terletak kepada kualiti rakyat . Apakah faktor yang meningkatkan kualiti rakyat ? Jawabnya ialah pemimpin atau ketua mereka
Di negara kita siapakah pemimpin yang membina kualiti rakyat ? Yg membangunkan sikap berdikari ? Yg membangunkan sikap berusaha bersungguh2 berbanding hanya menunggu bantuan kerajaan ? Adakah orang itu Dato Seri Najib ? Atau seorang pemimpin yg lain ? Sila jawab dalam hati ? Jika pemimpin tiada sifat sebegitu , ia ibarat seorang suami yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dalam rumahtangga . Anak2 tidak di tanam dgn nilai2 moral yg tinggi dalam kehidupan . Mereka membesar sebagai anak yg biadab .
Lihatlah negara kita pada hari ini . Modal insan telah hancur . Kebiadaban di sana sini . Pemimpin di hamun , di maki , di cemuh setiap hari . Yg mengajarnya ialah pemimpin . Insan berjasa kepada negara di cemuh tanpa soal siasat . Di momokkan dalam media . Menimbulkan rasa marah dan benci sesama kaum . Inilah kualiti modal insan di zaman Dato Seri Najib . Kebiadaban , kebongkakan , keegoan di sana sini . Samada di alam realiti atau di Media Sosial , nilai2 kesopanan telah hilang . Modal insan negara ini berada di tahap paling dasyat di era Dato Seri Najib . Artikel ini bukan fitnah . Sesiapa yang pernah menonton video live sebuah kumpulan penyokong tegar Dato Seri Najib , pasti terkejut melihat ' kebiadaban ' terpekik terlolong seolah2 manusia yang telah hilang kewarasan
Mari kita berdoa agar kesopanan dan kesusilaan di kembalikan kepada negara ini agar rahmat Allah di turunkan semula dan menghentikan bala demi bala yang silih ganti datang melanda . Semoga rasa aman , rasa selamat , rasa di lindungi di zaman gemilang Tun Dr Mahathir akan berulang kembali . Amin
Selamat pagi Sabtu
Rayyan Adam
10 March 2018
10 March 2018
Comments
Post a Comment