Input Selepas 100 Hari PH Menang

Saya telah menerima beberapa input dari rakan2 mengenai apa yang perlu Perdana Menteri dari Pakatan harapan lakukan selepas hari pertama mengangkat sumpah . Berikut adalah antara input yang saya terima ;
Hari Pertama
Tutup Media elektronik pro bekas kerajaan yang banyak membuat fitnah . Jual syarikat tersebut dan beri pampasan kepada pekerja untuk membolehkan mereka hidup sehingga pencen . Syarikat akhbar milik bekas kerajaan akan di ambil alih oleh Parti pemerintah yang baru dan bakal menjadi sumber maklumat yang bersih dan adil
Hari Kedua
Ubah semula Pulau Jerjak kepada pusat tahanan politik . Mereka yang terlibat dengan rasuah dan telah di buktikan oleh pihak ketiga akan di hantar kesini sementara menunggu hari perbicaraan .Sekiranya pusat tahanan Pulau Jerjak telah penuh ( dan ia memang di jangka ) , kerajaan Pakatan Harapan akan memohon kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk menyewa Penjara Alcatraz berhampiran San Francisco . Perbelanjaan menyewa dan membaiki penjara ini akan di perolehi dari bekas kerajaan Kelepet Tokrasi . Harta2 mereka akan di sita untuk tujuan ini
Hari Ketiga
Semua kontrak dan projek kepada China akan di batalkan . Tender terbuka akan di buka kepada semua negara asing dan syarikat tempatan . Syarikat yang menawarkan syarat terbaik seperti perkongsian dengan syarikat2 tempatan akan di senarai pendekkan
Hari ke empat
Sebuah permohonan ektradisi akan di ajukan kepada kepada AS untuk membawa pulang Jhe Low serta merta ke negara ini . Beliau bersama2 ramai lagi yang terlibat dengan kes 1mdb akan di letakkan dalam tahanan di Pulau Jerjak sementara menunggu perbicaraan Mahkamah . Kapal beliau akan di sita dan di letakkan di Pelabuhan Klang . Rakyat negara ini boleh makan angin dengan percuma dengan kapal tersebut . Paris Hilton akan di jemput untuk menghiburkan pengunjung kapal tersebut . Ini sebagai tanda terimakasih kepada rakyat yang memilih kerajaan Pakatan Harapan dalam pilihanraya . Bagi yang alim sikit , mereka akan di hiburkan dengan kumpulan nasyid dari Timur Tengah sambil belayar di Selat Melaka . Mereka juga di beri pilihan untuk di hiburkan oleh penari tarian gelek yang di import dari Lubnan . Apabila kapal melewati Pulau Jerejak , hon akan di bunyikan dengan sekuat2nya
Setakat itu input yang saya terima setakat ini . Jika saya menerima input2 dan cadangan baru , akan saya sambung dalam siri berikutnya

Rayyan Adam 

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF