Input Mengenai Kapal Mewah Jhe Low

Saya telah menerima banyak cadangan dari pembaca mengenai isu kapal mewah Jhe Low yang di rampas oleh pihak berkuasa Indonesia kerana menurut mereka kapal tersebut di beli dengan wang kejahatan . Mereka ' membutuhkan ' lapan hari sebelum berjaya merampas kapal tersebut dengan kerjasama FBI Amerika Syarikat sementara rakyat Malaysia terus ' membutuhkan ' kerajaan mereka dari maksud yang berlainan pula
Di bawah ini saya telah menerima beberapa input mengenai apa yang perlu di lakukan terhadap kapal tersebut dari facebooker Malaysia ;
Input 1
Membuat permohonan kepada kerajaan Indonesia agar kapal tersebut di letupkan dan di jadikan tukun di Pulau Angsa Pelabuhan Klang
Input 2
Memohon kerajaan Indonesia ' parking ' kapal tersebut di perairan Batam . Parti Pakatan Harapan akan membiayai rombongan rakyat Malaysia yang akan dipilih dari kubu kuat Umno di negara ini ke Batam untuk melihat dan menaiki kapal tersebut sambil menerangkan dari mana asalnya wang yang di perolehi untuk membiayai segala kemewahan yang boleh di saksikan oleh mereka sendiri di depan mata . Ini adalah sebahagian dari program kempen pilihanraya ke 14 Pakatan Harapan
Input 3
Cadangan yang terakhir saya terima agak ekstrem iatu memohon kerajaan Indonesia mengizinkan konsert dangdut dan menjemput Inul dengan tarian gelek goyang gerudi nya di atas kapal tersebut semasa rombongan jemputan Pakatan Harapan datang melawat .Cadangan ini terpaksa di tolak awal2 kerana ada kemungkinan yang di jemput itu adalah Haji Wak Karto dari Tg Karang dan Lebai Masdor dari Taiping
Itulah antara input2 yang saya terima

Rayyan Adam 

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF