Fitnah dan Media Sosial
Hari ini seorang ahli Ppbm telah tanpa sengaja melakukan kesilapan dengan membuat posting kontroversi . Ia memberikan respon luarjangka . Namun begitu segalanya telah selesai . Alhamdulillah
Manusia melakukan kesilapan . Manusia yg cuba menjadi sempurna pun boleh tersilap . Apabila kita boleh berfikir dengan jelas dan sentiasa belajar dari kesilapan orang lain , biasanya kita sentiasa dapat mengatasi lawan . Tetapi hukum kehidupan tetap menyatakan manusia mesti buat silap dalam hidupnya
Jeneral perang yang paling sempurna pun boleh buat silap . Napoleon Bonaparte buat silap dengan menyerang Russia . Ahli politik yang paling sempurna pun boleh buat silap . Mahatma Ghandi buat silap dengan mengabaikan aspek keselamatan kerana menyangka semua penganut Hindu sayang padanya . Tokoh senibela diri terhandal seperti Bruce Lee pun buat silap . Beliau terlalu angkuh dengan sifat suka mencabar orang lain untuk beradu kehandalan . Oleh itu manusia yang hebat kerana kesempurnaan dari segi keperibadian atau dari segi kekuatan fizikal , tetap melakukan kesilapan .
Janganlah di hairankan apabila terdengar berita rakan2 buat silap di Media Sosial . Kerana biasanya tidak lama selepas itu pihak lawan juga akan melakukan perkara yg sama . Jika kita rajin berfikir dan melihat isu ini dari lain2 perkara
Pada December 1941 , Tentera Laut AS buat silap sehingga mengakibatkan Pearl Harbour teruk di bom Jepun . Namun pada Jun 1942 , Tentera Laut Jepun pula buat silap dalam pertempuran Pulau Midway yang mengakibatkan mereka hilang empat buah kapal pengangkut kapalterbang dalam sehari . Itu adalah contoh dari sudut sejarah . Tidak selamanya kita akan buat silap dan di hukum oleh pihak lawan dan tidak selamanya pula lawan tidak buat silap . Akan sampai waktunya lawan pula tersilap dan mendapat giliran untuk di hukum . Itulah keindahan hidup ini . Cuma percaya sahaja bahawasanya Allah itu Maha adil bagi mereka yang berusaha .
Berkaitan kemaafan terhadap lawan yang buat silap , itu memang perkara terbaik untuk di lakukan . Manusia yang kuat akan memaafkan walau tanpa di minta . Sesungguhnya Allah amat menyayangi hamba2nya yang bersifat pemaaf .Berkaitan ini ada satu kategori manusia yang di fitnah dan di aib di Media Sosial hanya mendiamkan diri . Tanpa melawan semula atau menuntut lawannya memohon maaf . Mengapa ? Sebab dia memahami bagaimana dunia ini berputar . Memaafkan secara diam2 perbuatan manusia yang menganiayanya , walaupun manusia tersebut tidak pernah datang memohon maaf padanya , adalah satu perbuatan yang amat mulia .
Namun perbuatan seperti ini sangat memberi kesan besar kepada pihak lawan yang menganiaya , iatu amat cepat balasan Allah datang kepadanya . Inilah perbezaan antara mereka yang mahu mengaku kesalahan mereka , memohon maaf dan di maafkan . Nescaya Allah berikan dia rahmat berbanding hukuman .Sementara pihak yang satu lagi pula menganiaya , menfitnah dan mengaib kan lawannya , tetapi tidak mahu memohon maaf dan selepas itu di maafkan secara diam2 oleh lawannya .
Golongan ini biasanya di berikan suatu hukuman berpanjangan , seolah2 tiada berpenghujung . Tetapi ini sebenarnya hukuman yang jauh lebih menyeksakan berbanding one off . Ada sebuah lagu dari penyanyi Aishah untuk menerangkan situasi kedua ini iatu ;
Kemaafan Itu Dendam Yang Terindah
Penulis banyak.membaca dalam kitab2 agama mengenai fitnah dan kemaafan . Penulis cuba mencari2 seorang tokoh untuk di bayangkan . Tokoh itu mestilah seorang yang benar2 ' cool ' dan boleh bersabar dengan fitnah dan kata nista tanpa mahu melawan semula dengan cara yang ekstrem . Penulis menyangka tokoh tersebut memakai jubah dan serban . Rupa2nya tidak samasekali . Sebabnya ? Tokoh tersebut adalah Tun Dr Mahathir Mohammed .
Dari beliaulah penulis dapat banyak inspirasi untuk menjadi seseorang yang kuat dan dapat memperolehi ketenangan dalaman walaupun ribut taufan sedang hebat melanda di luar . Beliau bukan retorik yang bercakap mengenai agama tetapi 22 tahun tempoh berkuasa , tiada satu pun saman di kenakan kepada lawannya , termasuk yang membuat fitnah berbakul2 terhadapnya . Inilah sebenarnya manusia hebat lagi kuat seperti yang di sebut dalam buku2 motivasi
Kepada Herman Haassan , tindakan memohon maaf adalah suatu tindakan yang mulia . Sesungguhnya rahmat Allah sentiasa ada bersama . Suatu hari nanti apabila lawan pula tersilap kerana tidak sengaja , giliran kita pula untuk memaafkan , tanpa mengira lawan memohon maaf atau terus tenggelam dalam arus keegoan masing2 . ' From A Distance ' , Allah sentiasa memerhati , menurut lirik sebuah lagu . Tetapi sebenarnya Allah sangat dekat sehingga tidak boleh di bayangkan betapa dekat . Oleh itu setiap kali manusia itu memohon maaf atau memberi maaf , kehadiran Allah akan di rasai
Jangan sesekali lupa , Kemaafan Itu Dendam Yg Terindah
Selamat Malam
Rayyan Adam
12 Mac 2018
12 Mac 2018
Comments
Post a Comment