Dunia Ini Ibarat Roda

Jika esok bubar Parlimen , nasib mereka yang menjadi talibarut kepada sebuah kerajaan yang sarat rasuah ibarat telur di hujung tanduk . Ia mungkin suasana beberapa jam selepas Jeneral Itagaki menyerah kalah kepada pihak Berikat pada 17 Ogos 1945 . Maka P.Ramlee menggambarkan ia di dalam filem Sarjan Hassan . Pengkhianat yang menjadi talibarut Jepun bukannya berjuang demi bangsa seperti Ibrahim Yaakob yang bersekongkol dengan penjajah negara Matahari Terbit demi memerdekakan Tanah Melayu . Tetapi mereka menjadi talibarut Jepun demi kepentingan peribadi . Hari ini istilahnya ialah " Pendedak "
Semakin dekat hari mengundi , semakin berdebar2 golongan ini . Hari ini mereka begitu megah dengan kuasa oleh tuan besar mereka di Putrajaya . Pantang tersentuh atau tersilap sedikit , mereka menjerit dan mengugut pihak lawan . Mungkin hendak di selongkar kisah2 lama atau di aibkan di Media Sosial . Itulah bahana apabila manusia sedang mabuk kuasa . Namun dunia ini tidak akan selamanya jadi milik mereka . Sampai waktu nya , mereka akan berkeliaran di pintu pagar rumah Perdana Menteri yang baharu di Putrajaya membuat protes kerana tidak puas hati . Itu adalah ulangan kisah pengikut Umno di pintu pagar SUK Selangor . Mereka di tertawakan oleh rakyat Selangor . Dan harinya akan sampai seluruh negara akan mentertawakan pula pengikut Umno yang berdemontrasi di pintu pagar pejabat Perdana Menteri dari Pakatan Harapan . Insyaallah . Doakan
Selamat Malam
Rayyan Adam
22 Februari 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF