Dumb And Dumber
Yang pertama sekali ialah jangan guna istilah teknikal . Kita cakap dalam ' Bahasa Malaysia ' .Penulis nak sebut di sini mengenai wang yang kita serah kepada pihak lain yang menjanjikan keuntungan untuk suatu tempoh . Lepas serah wang , untung tiada dan modal pun lesap . Tetapi pihak yang janjikan keuntungan dah beli kapal , beli kasino , beli kapalterbang dan beli segala macam dia nak beli
Apa kita nak panggil situasi ini ? Tak perlu pening kepala untuk debatkan samada si pemberi wang cuma mangsa penipuan atau seorang penipu . Nanti akan timbul istilah seperti ' bukti ' , mahkamah , bla bla bla dan banyak lagi
Tak perlu semua itu . Sebabnya ? Si pemberi wang yang tandatangani pembayaran wang tersebut kepada pihak yang satu lagi adalah seorang yang LEMAH DAYA FIKIR .Walau apa juga niat si pemberi wang , beliau adalah seorang yang tidak boleh di harap untuk memimpin sekumpulan besar manusia yang di namakan sebagai rakyat . Jika beliau ada niat untuk jadi penipu , maka beliau adalah penipu yang sangat tidak bijak . Jika beliau sebenarnya kena tipu , maka beliau juga sangat tidak bijak kerana jadi mangsa penipuan dengan budak mentah . Dalam kedua2 keadaan si pemberi wang telah melakukan ....
SILLY MISTAKE ..kerana dia TIADA BIJAKSANA
Orang utara kata pusing kut mana pun si pemberi wang adalah tidak layak menjadi pemimpin No 1 negara
Selamat Malam
Rayyan Adam
28 Februari 2018
28 Februari 2018
Comments
Post a Comment