Dato Seri Najib Berkata Pertumbuhan Ekonomi 5.9 %
Tidak dapat hendak di tulis panjang lebar apa yang boleh di fahami dari kenyataan tersebut . Kalau di tulis panjang2 pun , nanti ada yang berkata negara masih aman , KFC masih ramai orang dan ramai orang makan angin di musim cuti ini . Biarkan saja mereka yang gajinya di bawah 1500 rm untuk bercakap .
Kerana dengan pembelian 100 kilo ikan kembung yang berharga 15 ringgit sekilo , wang gaji mereka semua habis . Ikan kembong 100 kilo cukup untuk stok sebulan dengan sehari 3.3 kilo di perlukan bagi keluarga yang besar . Bagi keluarga yang kecil , anggaran separuh dari itu adalah wajar . Ini bermakna 750 ringgit habis hanya untuk makanan . Istilah ikan kembong itu sebenarnya mewakili lain2 keperluan dapur seperti beras , sayur , tepung , gula , dll
Oleh itu bagi sebuah keluarga yang kecil , ada berbaki 750 ringgit untuk membayar ansuran rumah dan kereta . Tetapi tak perlu di tulis di sini kerana ia bakal mendatangkan kesedihan . Biarkan 1500 ringgit yang merupakan lebih separuh dari pengundi PRU14 terus bercakap dan mengeluh . Tidak perlu di panjangkan lagi keluhan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional sehingga tiba hari membuang undi . Sememangnya matlamat kita untuk menjatuhkan mereka di peti undi dengan cara begini .
Biarkan agen2 propaganda mereka berteriak di Media Sosial bahawa KRIM gagal kerana Mydin dan bukan kerana kerajaan , bahawa akan ada berpuluh pasaraya akan di buka , bahawa ramai yang beratur panjang untuk membeli tudung mahal .Biarkan mereka menyakitkan hati golongan 1500 ringgit dengan semahu2nya
BIARKAN MEREKA MELAKUKAN KERJA BAGI PIHAK KITA UNTUK MENARIK UNDI KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG
Selamat bercuti dan berehat
Rayyan Adam
17 Februari 2018
17 Februari 2018
Comments
Post a Comment