Dana Untuk Buka Cawangan

Penggubal undang2 Swiss akan bahaskan usul untuk
memulangkan semula 400 juta ringgit wang 1mdb yang di selewengkan di negara itu kepada RAKYAT negara ini menerusi NGO yang boleh di percayai . Maksudnya samada mereka tidak percaya samasekali dengan regim Najib Razak atau pun kerajaan Malaysia telah timbul ' bintang ' di kepala tak tahu nak buat apa . Tuntut salah , tak tuntut meleleh air liur melihat 400 juta ringgit pergi kepada NGO pembangkang
Mengikut pendapat penulis , NGO yang ada kaitan dengan Umno atau pun Barisan Nasional akan di senarai hitamkan oleh kerajaan Swiss dari menerima agihan 400 juta ringgit tersebut . Secara logiknya jika NGO ini menyokong sebuah kerajaan yang penuh ' koyak rabak ' di sana sini , sudah pasti mereka juga mewarisi sikap yang tidak boleh di percayai ;
Bapa Borek Anak Rintik . Kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi
Penulis juga berminat nak tubuhkan NGO bersama Herman Haassan . NGO ini berkaitan memudahkan urusan kewangan bagi lelaki yang ingin berkahwin dua atau tiga . Mudah2an berkurangan jumlah ibu tunggal dan sekaligus dapat menyelesaikan masalah negara . Kalau ada peluang , penulis pun nak tumpang sekaki kerana masih solo . Herman pun jangan malu2 untuk maklumkan jika ada niat . Dan tidak lupa juga sahabat penulis dari Johor iatu Hawarie Md Khalid . Boleh maklumkan pada bila2 masa sahaja jika dah bersedia . Semoga kerajaan Swiss boleh mempertimbangkan NGO ini di dalam senarai mereka
Doakan semoga perbahasan mengenai usul ini berjalan lancar agar segala hak rakyat negara ini dapat di pulangkan kembali . Terimakasih kepada kerajaan Swiss . Orang kafir lebih peka terhadap hak2 kita berbanding ahli2 politik yang beragama Islam
Selamat Minum Petang
Rayyan Adam
14 Mac 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF