Dalil Mengapa Dato Seri Najib Razak Tidak Layak Memerintah Negara

1. Kebijaksanaan
Dato Seri Najib Razak tidak memiliki kebijaksanaan yang sewajarnya ada pada seorang pemimpin . Beliau tidak ada latarbelakang akademik yang membanggakan . Najib Razak tidak mempamerkan sebarang idea yang jelas atau pembaharuan yang benar2 segar semasa 8 tahun pemerintahannya . Prinsip pemerintahannya adalah 'Copycat ' dari Perdana Menteri yang memerintah selama 22 tahun . Sebagai contoh apabila Presiden UMNO sebelumnya tidak di cabar selepas pemilihan Parti 1987 , maka beliau juga ingin mengikut amalan yang sama . Sememangnya cadangan tiada pertandingan itu datangnya dari Pemuda UMNO , tetapi beliau tetap berkuasa mutlak untuk membenarkan pertandingan .
Oleh itu Najib Razak sentiasa meletakkan dirinya di ' bawah ' dari tahap Dr Mahathir , samada dari segi kebijaksanaan , keberanian , dan keyakinan diri . Sekiranya beliau memiliki kebijaksanaan , apa yang perlu di lakukannya ialah membuat sesuatu yang bertentangan dari amalan semasa pemerintahan era lama . Namun apa yang di lakukannya ialah mengikut amalan lama yang di lihat boleh menguntungkan beliau .Tetapi dalam masa yang sama beliau terlupa pandangan rakyat yang melihatnya hanya lah pengikut kepada Dr Mahathir dan tidak memiliki kelas tersendiri yang boleh membezakan beliau dengan Dr Mahathir dan semua Perdana Menteri sebelumnya
2. Amanah
Dato Seri Najib Razak tidak memiliki sifat amanah yang di perlukan sebagai seorang pemimpin negara . Seringkali apa yang di ucapkannya tidak sama dengan realiti . Dan seringkali ia juga bersifat ' flip flop ' . Hari ini cakap lain esok cakap lain . Janji permulaan beliau ketika menjawat jawatan Perdana Menteri ialah Rakyat di Dahulukan . Apa yang benar2 terjadi ialah kepentingan beliau dan keluarga lah yang sentiasa di dahulukan . Ketika rakyat sedang marah akibat berita2 kurang enak 1MDB mengenai beliau dan anak tirinya Reza Aziz , dengan selamba sahaja beliau membawanya bersama dalam lawatan ke China .
Ketika itu kononnya pihak berkuasa gagal mengesan Reza Aziz . Perasaan rakyat di persetankan . Kemarahan rakyat berkenaan 15 billion ringgit yang di lencongkan ke syarikat Aabar BVI palsu yang selepas itu menyalurkan ratusan juta kepada syarikat Red Granite milik Reza Aziz di persetankan . Semuanya kerana ingin mendahulukan ego dan perasaan beliau sebagai Perdana Menteri yang berkuasa buat apa sahaja di dalam negaranya . Itulah mesej yang kelihatan cuba di sampaikan oleh beliau kepada rakyat negara ini umumnya dan pihak lawan khasnya apabila tersebar foto Reza Aziz turun dari tangga kapalterbang dalam lawatan bersama beliau ke negara China . Jika sekalipun Reza Aziz ada misi penting untuk hadir di sana , sepatutnya jika beliau memegang teguh prinsip rakyat di dahulukan , Reza Aziz akan di terbangkan secara diam2 dalam penerbangan yang berasingan
Pada Julai 2015 , Wall Street Journal melapurkan wujud kemasukan 2.6 billion ke dalam akaun peribadi beliau . Dato Seri Najib Razak menafikannya dan berjanji akan menyaman akhbar tersebut pada hari Selasa . Tanpa berfikir panjang , dalam keadaan gopoh beliau terus saja membuat kenyataan yang akhirnya memalukan beliau selama bertahun2 . Di sini jelas gabungan kebijaksanaan dan sifat amanah beliau langsung tidak terserlah . Sepatutnya beliau mendalami dengan semasak2nya risiko tindakan beliau itu dengan peguam .
Namun di percayai ada perkara yang cuba di sembunyikan dari pengetahuan rakyat semasa pengumuman saman itu di lakukan tetapi akhirnya di ketahui pihak yang mengeluarkan berita tersebut memiliki bukti2 yang cukup . Tetapi telah terlambat kerana pengumuman telah di buat . Menyaman pihak yang memiliki bukti samalah seperti membunuh diri . Jika beliau benar2 amanah , maka sudah pasti tiada sebarang kesalahan yang di sembunyikan dan saman akan di teruskan . Tetapi kerana ada perkara yang telah berjaya di buktikan oleh pihak lawan , semuanya menjadi kacau bilau dan huru hara . Untuk memperbaiki kerosakan yang telah berlaku , seluruh jentera penerangan UMNO dan juga negara yang menjadi mangsa . Dan akibat masa hadapan juga telah menyebabkan kerosakan kepada jentera Penerangan Parti dan kerajaan . Ini berlaku pada Julai 2016
Pada Julai 2016 , Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat telah mengumumkan Lapuran DOJ 1.0 . Ia merupakan sebuah lapuran yang amat membinasakan . Apa yang di nafikan secara bermati2an oleh Pejabat Perdana Menteri , jentera Penerangan UMNO dan seluruh Media pro kerajaan bahawasanya wang 2.6 billlion itu bukan berasal dari wang 1MDB telah di buktikan adalah kenyataan palsu . DOJ telah menunjukkan dengan lengkap carta pengaliran wang beserta bukti transaksi perbankan , bahawa wang tersebut sebenarnya berasal dar Terbitan Bon 1MDB pada March 2013 . Ia sangat jelas di dokumentasikan secara lengkap dan teratur .
Apa yang boleh di nafikan oleh Pejabat Perdana Menteri cuma nama pemilik akaun yang tidak menyebut nama Dato Seri Najib tetapi di sebut dengan istilah MO1 . Tapi ini pun akhirnya di akui oleh salah seorang Menterinya ia adalah merujuk kepada Dato Seri Najib Razak . Tiada penafian dari kerajaan Malaysia mengenai segala bukti transaksi perbankan yang menunjukkan alirang wang yang bermula dari AS , masuk ke Singapura dan seterusnya berakhir sebanyak 2.6 billlion ke dalam akaun peribadi Dato Seri Najib Razak
Apabila ini berlaku , tidak perlu lagi sebarang pertuduhan di Mahkamah bahawa suatu kesalahan jenayah di lakukan untuk membuktikan bahawa Dato Seri Najib bersalah kerana rakyat negara ini yang berpendidikan sedar semua bukti yang di sediakan oleh DOJ adalah bukti yang sahih dan telah di sahkan oleh institusi perbankan yang terlibat . Pertuduhan di Mahkamah hanya perlu untuk menyeret yang bersalah untuk di hukum tetapi bukan sebagai cara untuk menafikan bahawa segala transaksi itu tidak pernah wujud . Samada Dato Seri Najib Razak berjaya atau tidak berjaya di dakwa dan seterusnya di sabit atau di lepaskan dari pertuduhan , ia tidak mengubah apa2 hakikat dan fakta yang telah berlaku . Fakta itu ialah sememangnya telah berlaku pemindahan wang dari Terbitan Bon 1MDB 2013 ke dalam akaun peribadi Dato Seri Najib Razak
Ini berikutan Peguam Negara Malaysia telah membebaskan Dato Seri Najib dan membersihkan namanya dari pertuduhan jenayah berkaitan 2.6 billlion . Namun ia sekadar hujah tanpa bukti , dan Peguam Negara juga tidak pernah menafi atau menyatakan bahawasanya semua bukti transaksi di dalam lapuran DOJ 1.0 itu sebagai tidak benar atau fitnah . Oleh itu ia sebenarnya tidak mengubah apa2 pun kepercayaan yang telah wujud dalam pemikiran rakyat berpendidikan tinggi di negara ini . Kepercayaan di dalam minda rakyat tidak perlukan sebuah pertuduhan khusus di Mahkamah bagi menyabitkan Dato Seri Najib dengan kesalahan
Yang penting ialah bukti telah di wujudkan dan bukti tidak di sangkal atau di nafikan . Buatlah penafian , kempen atau apa saja di pihak kerajaan menerusi agen2 mereka seperti JASA , agen propaganda di Media Sosial , Media elektornik , forum dan dialog di kaca TV , tetapi selagi mereka tidak boleh menyangkal atau menafikan bukti2 transaksi seperti yang di lapurkan oleh DOJ 1.0 , ianya cuma tindakan sia2 yang tidak akan mengubah apa2 di dalam pemikiran rakyat . Kecuali mereka hanya menipu diri sendiri dengan menyatakan ia sekadar fitnah pembangkang . Bagi pihak yang tidak menyokong kerajaan dan parti UMNO , mereka akan menyuarakan kemarahan dan protes secara terus terang . Tetapi bagi penyokong kerajaan dan Barisan Nasional , walaupun mereka sebenarnya sedar hakikat yang telah berlaku , namun tiada pilihan yang boleh di buat selain berpura2 akur dan mendiamkan diri .Namun di dalam hati mereka hanya Allah yang mengetahui betapa rasa kesal , marah dan kecewa dengan apa yang berlaku
Di sinilah jelas ketiadaan sifat amanah yang di gabungkan dengan tiadanya sifat kebijaksanaan . Tidak seperti bekas Perdana Menteri Malaysia yang menghadapi situasi yang hampir sama ketika di fitnah berkaitan isu rasuah empangan Pergau dalam tahun 80an dahulu . Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah mengkaji dengan mendalam tindakan yang sewajarnya di ambil tanpa menjejaskan reputasi beliau berkaitan dengan prinsip kepimpinannya . Menyaman akhbar tabloid British yang membuat berita fitnah tersebut bakal di lihat sebagai cakap tidak serupa bikin . Sebelum itu beliau telah memperkenalkan kempen saman menyaman tidak membawa untung
Hampir saban hari kedengaran kempen ini di corong radio . Dalam keadaan beliau masih berkuasa tetapi melanggar apa yang beliau sendiri nasihatkan kepada rakyat , adalah sesuatu yang tidak berprinsip dan bakal mencemar integriti beliau . Akhirnya beliau membalas dengan kempen ' Buy British Last ' . Kempen ini memberi pukulan hebat kepada kerajaan British yang ketika itu di bawah Iron Lady , Margaret Thatcher . Tindakan beliau ini telah memberikan kemasyhuran kepada negara ini lama selepas peristiwa tersebut berlaku .Malaysia di lihat sebagai tegas dan tidak akan tunduk kepada mana2 kuasa Barat yang cuba membuli negara2 kecil yang di anggap lemah dan boleh di perbuat sesuka hati . Walaupun Malaysia cuma sebuah negara kecil yang tidak memiliki kekuatan untuk bersaing dengan Great Britain dari segala segi pada waktu tersebut , tetapi kepimpinan tegas lagi bijaksana Dr Mahathir telah menjadikan mereka sangat menghormati Malaysia . Ini di akui sendiri oleh Margaret Thatcher selepas beliau bersara . Mesej nya ialah jangan main2 dengan Malaysia kerana mereka ada Dr Mahathir
Oleh itu di sini kita boleh lihat perbezaan ketara di antara pemimpin yang memiliki sifat bijaksana dan sifat amanah . Apabila tiadanya kedua sifat ini , maka kata2 dan tindakan bakal menjadi flip flop . Dalam kes saman terhadap WSJ , kebijaksanaan akan suruh tunggu dahulu sebelum buat keputusan . Sifat amanah akan berkata tiada apa hendak di bimbang kerana tiada salah yang telah di lakukan . Namun apa yang di syaki berlaku , wujud sesuatu kesalahan yang di sembunyikan . Apabila tiadanya kebijaksanaan , maka secara gopoh dan tergesa2 , keputusan telah di buat . Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi . Daripada mendapat kemasyhuran seperti Dr Mahathir akibat dari keputusan dan tindakan yang betul , Dato Seri Najib sebaliknya mendapat aib di persendakan sehingga ke hari ini - Selamat Berhujung Minggu

Rayyan Adam
20 Februari 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF